”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/21/2024

Jakarta 3h2M

17 Mei 2024

3am - naik bas Yoyo dari Ipoh ke KLIA

6am - sampai KLIA, solat Subuh. Settle solat pergi cari breakfast. Flight pukul 11am, memang santai2 je jalan sana sini dengan beg backpack kurang 7kg.

Alhamdulillah flight departed on time. Atas flight beli nasi ayam sebungkus sebab lapar haha. Didi layan movie, aku layan mata.


Pukul 12pm lebih touch down Soekarno Hatta International Airport, selesaikan imigresen and kastam. Sekarang nak masuk Indonesia kena isi visa online time arrival and kena isi borang kastam pun online saja. So pastikan handphone ada internet connection.

Kami memang dah deal dengan company sewa motor. Nama IG rentalbike.id. Ambil dia sebab dia je boleh hantar motor ke airport. Sejam tunggu tak de, 2 jam takde, masuk jam ketiga aku dah baran. I hate waiting!

Memula cakap pergi solat Jumaat then ok la, lepas tu tayar pecah pulak. Aku book motor NVX, memula cakap ada then cakap takde, bagi Lexi. Lepas tu cakap tak available pulak, nak bagi Vario pulak. Kami tak kisah pun motor mana janji boleh jalan.

Aku whatsapp admin. Memang aku bebai time, aku cancel kan. Dia cakap bukan salah dia. Aku cakap aku dah bagitau awal2 aku punya ETA and patut dia dah ready sekitar airport at that time, solat jumaat dekat area situ, ni dari masjid entah berapa jauh lagi. Nak ke airport lalu hiway, bukan jem pun.

Lepas tu dia suruh bayar kos budak dia dah on the way ke airport. Memang tak la, aku tanya dia kos aku buang masa 3 jam siapa nak bayar? Diam dia. Lepas tu dia merayu-rayu suruh sewa jugak. After hard nego, aku setuju sewa sehari je and dia hantar motor ke hotel. And dapat motor Lexi yang allignment dah lari 😡

Kami ke hotel naik taxi airport, mahal! Lari bajet 😠. Pengajarannya, lepas ni kalau pergi Jakarta apa2 naik je la grab/ tuk2.

Sampai Favehotel Melawai dalam pukul 4pm. Kami mandi solat semua and ambil motor pukul 5pm. Time tu mendung, kami decide nak makan depan hotel je. Location hotel very strategic sebab bertentang dengan shopping complex and nak makan memang senang, seberang jalan je.

Dah setel makan kami balik untuk rehat dan tidur. What a long day!

18 Mei 2024

Agenda utama adalah hari ni, Didi main rugby untuk Jakarta 10's 2024. Ni kali kedua aku teman dia. Pergi stadium naik motor, sesak gila dekat stadium sebab ada konsert artis kpop yang entah siapa. Nak masuk parking motor kena beli kad macam touchngo pulak, nasib ada orang jual depan tu.

Hari ni memang dari pagi sampai ke petang dekat padang rugby. Makan kat sana, solat kat sana. Between game ada keluar kejap isi minyak motor and nak topup kad parking. Ya Allah Jakarta panas gila, dah petang baru cuaca sedap. Panas dia yang jenis pedih tu, bertahan je la. Mat2 Saleh memang macam udang kena bakar dah.

Total Didi main 5 games, dia bawak aku memang untuk jadi photographer dia je 😒But I enjoyed being there, being by his side, watching he played hard. Geng2 isteri lain pergi shopping, dorang ajak aku tapi aku tolak dengan alasan nak ambil video Didi main padahal aku introverts haha. 

Dalam pukul 6pm kami gerak ke hotel, hari dah gelap, jalan macet as always. Sebelum balik kami singgah makan dekat Restoran Ayam Tulang Lunak Hayam Wuruk. Dulu pernah pergi restoran ni tapi kat Bali. Tulang ayam dia lembut boleh makan tapi isi ayam tak hancur, macam mana dia buat entah haha.



Kat sana aku gila minum Es Jeruk, ya Allah refreshing gilaaa. Dekat restoran tu aku order Es Jeruk Kelapa Muda, nikmattttt! Habis makan kami pun balik bilik untuk rehat dan tidur

Sedap and refreshing gilaaa!

19 Mei 2024

Gerak ke airport jam 10 pagi by grab. Memang kami tak ke mana, tak pergi mall, tak pergi tempat shopping, memang ke sana fokus Didi main je. 1 habuk souvenier pun kami tak beli. Duit memang habis ke transport and makan je.

Sampai airport 11 lebih tu pun sebab salah terminal. Aku set terminal 3, international departure, rupanya Air Asia bukan dekat situ. Tanya security situ cakap dekat Terminal 1. Jarak Terminal 1 dengan 3 macam KLIA ke KLIA 2. Dah sampai terminal 1, orang airport cakap Air Asia dekat Terminal 2F. Hayyaa. Salah aku jugak tak cek awal2, so lesson learned. Alhamdulillah dapat pemandu grab yang baik, dia yang turun tanya bagai.

Dah sampai memang awal lagi nak boarding. So kami jalan2 dulu kat airport, makan brunch dulu. Dah settle semua baru boarding. Alhamdulillah flight on time and selamat sampai Malaysia pun on time, dalam 5.40pm gitu.


Sampai je settle imigresen and kastam terus cari tiket bas balik Ipoh. Ada pukul 8pm, time tu baru pukul 620pm. So kami solat semua dulu baru naik bas. Alhamdulillah sampai Ipoh pukul 11pm. Sebelum sampai rumah sempat late dinner kedai tomyam depan rumah haha.

Esoknya pergi kerja monday blues teruk gila haha. Petang tu hujan tapi aku seret kaki aku pergi hiking nak hilangkan lemau. Alhamdulillah settle hiking memang rasa badan sedap balik.


Review Favehotel Melawai

Lokasi ⭐⭐⭐⭐⭐

Luas bilik ⭐⭐⭐

Kebersihan ⭐⭐⭐

Kos ke Jakarta

Tiket Flight Returns - RM578/ 2 pax

Travel Insurans - RM36/ 2 pax

Hotel - RM277/ 2 malam

Tiket Bas (KL-Ipoh) Returns - RM210/ 2 pax

Sim Kad - RM30

Makan hari game - RM100/2 pax

Total RM: RM1231

Grab - IDR 551k

Sewa Motor 1 1/2 hari - IDR 320k

Tiket Parking - IDR 71k

Minyak Motor - IDR 25k

Makan - IDR 888k

Total IDR: IDR 1,85juta = (+/-) RM540

Grand Total: RM1471/ 2 pax/ 3h2m

Boleh dapat murah lagi tapi kami memang hentam bab makan kaw2 punya sebab takde niat nak shopping so makan tanpa berkira hehe. Dah 2x ke Jakarta aku masih takde niat nak shopping. 

Kat sana bab duit memang Didi handle sebab aku pening dengan duit dorang, besar sangat haha. Kalau time aku bayar mesti Didi gelak dari jauh tengok aku terkial-kial haha.

*klik dekat tarikh untuk tengok my humble video TT 😝

8 comments:

  1. Tudiaaa...sana memang banyak scammer kalau bab transport...bengang je rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, memang kena tengok betul2, kalau tak boleh spoil mood

      Delete
  2. Eh? Tak sempat cari Fanny ke...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat uncle, apa pun tak sempat, nak shopping pun tak sempat hehe. Tu la next time kalau pergi memang niat nak cari Fanny hehe

      Delete
  3. Orang sana mana tak pernah scam. Dulu kami ada pangkat pak sedara AG yang tinggal sana..dia la datang ambil, bawak p hotel serta jalan2 dan pulangkan ke airport. Dah meninggal pulak. Recently AG pulak kalau ke sana naik bas dari airport ke destinasi tujuan. Sbb ada jalur khas so tak berapa macet sangat katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pandai naik pengangkutan awam memang bonus kat sana, tengok kat sana pun dah ada MRT. lepas ni kena explore hehe. Kalau kak fzy dah explore nanti jangan lupa share dekat blog, boleh saya tiru hehe

      Delete
  4. Kalo tak paham angkutan umum, saran saya naik grab atau gojek memang kak. Saya di JKT kali suami tak bisa hantar kemana2, pastj naik taxi bluebird. Itu yg paling terpercaya. Even saya tak hapal rute angkutan umum di sini saking jarang sangat pakai. Tapi suami paham sangat Krn dia pakai sehari2 😄. JD kalo ada teman yg tanya, biasa saya tanya suami dulu.

    Ayam tulang lunak itu di presto pakai pressure cooker . 1 jam saja dah buat tulang ayam jadi lunak tanpa menghancurkan daging. Makanya kalo ikan bandeng yg banyak sangat duri itu, lebih banyak dipresto juga, supaya tulang dia bisa dimakan 😄

    Kak Retna Anakomak pun sedang di JKT ini, saya janji hari Minggu esok nak jumpa. Dia pun tanya ITIN ke saya dari awal 😄. Saya bantu buat supaya rutenya tak berantakan. Tapi karena ramai kak Retna sewa mobil, tak mungkin motor.

    Seumur2 di jakarta, saya baru tahu lapangan rugby nya hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, diambol pengajaran. Saya cuba connect dengan bluebird tapi ada masalah dengan no telefon saya. makanya, grab saja lebih mudah di akses

      Oh begitu, boleh cuba buat sendiri :D tapi gravy nya tak bisa ditiru lagi haha

      Lepas ni kalau saya ke saya lagi, saya akan mohon suggestion dari Kak Fanny juga la, dan munngkin kita bisa ketemu di JKT? ;)

      haha ini lawak. tapi biasa memang lokal jarang tau apa disekitarnya berbanding orang luar haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!