”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

11/04/2024

Cyberjaya - Putrajaya - UPM

25 Oktober 2024

Hari ni kami ambil half day sebab nak ke KL. Walaupun ke Selangor sebenarnya, tetaplah aku akan cakap kami ke KL. Haha

Sampai terus checked-in. Kami sewa studio dekat Kanvas SOHO, Cyberjaya for 2 nights. Kalau ke sana kami memang suka stay kat sini sebab swimming pool dia cantik hehe.

Malam tu Didi ajak teman dia jogging dekat Masjid Putrajaya. Teman je sebab aku lupa bawa baju, merajukk dia lupa ingatkan aku, aku bawa swimming suit je.

Dalam pukul 8pm kami gerak ke sana, janji dengan kawan yang duduk Dengkil untuk jog sama2. So sementara tunggu dorang habis jog aku lepak melayan perasan dan brisk walk sikit hehe. Aku pakai baju kerja lagi time tu haha.


Meriah jogging kat sini, seronok vibes dia sampai Didi cakap tak rasa pun lari 8km. Cey cey cey

Lepas lari lepak mamak la apa lagi. Makan roti tisu. Orangya 3 je, airnya sampai 8 haha, penat sangat tu.

26 Oktober 2024

Hari ni takde aktiviti spesifik. Bermalasan sahaja. Bangun pukul 10am sebab perut berkeroncong. Terus siap2 mandi, kami brunch di Restoran Zam Ikan Bakar, Cyberjaya. Dah 2x lunch di sini. Kedainya besar dengan pelbagai menu makanan. Sedap cuma aku ambil siput sedut tapi susah nak sedut haha. Parking limited sikit.

Lepas makan haruslah bakar lemak di IOI Putrajaya haha. Takde plan nak beli apa2 pun tapi teracun jugak. Hayyaaa! Aku dengan Didi patut di banned dari masuk kedai2 sukan. Memula ke Decahtlon, aku beli satu pasang baju jogging sebab kononya malam tu Didi nak repeat jogging dekat Masjid Putrajaya. Then pergi cari pasal masuk running lab pulak. Sebelum kahwin aku jarang beli kasut, lepas kahwin Didi suka kasut, aku teracun sekali. Ayoyo *done salahkan orang lain haha. 

Minat yang pink putih tu (New York's version) 

tapi macam biasa takde size 😑. Aku pakai US 6. Saje bagitau kot ada nak bagi hadiah nanti2 haha

So kami teruskan berjalan. Beli bekal sikit nak makan tepi kolam. Then balik rumah. Aku saja tengok website New Balance kot ada kasut yang aku nak tu and sekali adaa, yang paling penting ada size. Siap ada diskaun 15%. Apa lagi? Terus check out la hoho tapi akhirnya tak beli pun yang putih tu sebab fikir balik nak lari pakai putih nangis mat. Aku beli London edition hehe

Balik tu kami nap kejap and lepas Asar pergi mandi koyamm. Didi buat berapa lap entah, aku mampu 1 lap je. Mengah weh. Panjang kolamnya haha. 

setiap 5 minit akan ada kapal terbang lalu


Jakuzi

Habis je swimming Didi cakap tak jadi jogging sebab kalau jogging mesti esok dia barai, yela dia dah full force swimming. So malam tu kitorang pergi makan je haha dekat SukhoThai Cuisine Cyberjaya.

Sedap. Portion besar. Harga premium sikit.

27 Oktober 2024

Hari ni agenda utama sebenarnya. Didi sekarang secara sambilan coaching bebudak rugby touch. So hari ni ada tournament dekat UPM. Game bermula seawal 745 pagi. Pukul 7am kami dah check out dan gerak ke padang. 

Lepas turunkan Didi dan barang2, aku pun pergi jogging sorang2 sekitar UPM tu, merasmikan baju baru haha.

Dapat la 5km. Aku sekarang buat MAF je, nak jaga jantung and elakkan injured. Buat MAF ni santai tapi ada masa langgar jugak sebab mental tak sampai2 rasanya haha

Settel jogging aku pun tengok game bebudak ni. Panass oi. Sempatlah aku jadi videographer untuk 2 games. Lepas tu aku pergi mandi, solat semua dekat Masjid UPM. Lepas solat aku pergi cari Tealive, dahaga haha. Aku try tealive yang watermelon tu, sedappp.

Sementara tunggu Didi habis dalam pukul 5 lebih, aku lepak dalam kereta je sebab koserr la aku dah wangi2 nak berpeluh balik tengah padang tu.

Habis je Didi pulak pergi mandi and solat kat masjid. Zass kemudian kami terus pergi makan sebab lapar gila, tak makan dari pagi. Kami makan dekat Restoran Alips Ikan Bakar &  Masakan Thai, Seri Kembangan. Random je carik dekat google. Nasib sedappp, puas makannn. 

Habis makan kami pun balik, singgah Rawang solat jama' takdim. Sampai rumah pukul 11pm gitu. Nasib Isnin ambil cuti.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!