Bulan lepas memang hidup aku penuh dengan travel sana sini tapi apakan daya, dah nak masuk April pun aku masih belum habis update lagi kehidupan aku Februari yang lalu. Kehidupan Mac mungkin tahun depan gamaknya baru update haha.
Blog ni sekarang tempat simpan kenangan je, dulu rajin jugak cerita benda lain kat sini, pandangan pasal hidup, pandangan pasal dunia. Sekarang ni nak pandang diri sendiri pun tak sempat haha.
Lepas je aku balik dari Indonesia hari tu, terus kena ke Penang 2H1M, ada mesyuarat. Nasib dekat sini je tak perlu ke seberangg. Dah alang2 kat sana on the way balik aku singgah Design Village nak cari hadiah hari jadi Mak.
![]() |
Tahun ni tema hadiah adalah jam haha. For my beloved Mak 💖 |
Lepas tu hari Jumaat Didi ada training rugby dekat KL, dah ke KL pulakk haha. Dah sampai KL, dia tak pergi pun training tu. 😑. Pastu aku ajak dia cari hadiah hari jadi Ayah pulak. Mak dengan Ayah lahir bulan yang sama. Semalam je kami kat sana lepas tu balik rumah Mama nak sambut Ramadan.
![]() |
For my beloved Ayah 💖 |
Lepas tu Didi ajak pergi 1 kedai kasut distributor dari Indonesia, apa lagi mestilah kasut running. Kasut aku + kasut Didi memang dah boleh buat showroom. Nanti kami mati rasanya harta faraid kasut je ha haha.
1st Ramadan dekat rumah Mama. Mama masak ayam masak merah dengan udang masak kari. Marbelesss.
![]() |
Kampung kami ada Disneyland, kampung korang ada? Haha |
Hari tu aku ada komen dekat IG story officemate lama aku sebab nampak dorang iftar ramai2, rindu semuaa. Lepas tu kawan aku reply 'we talked bout you'. Aku tanya la ngumpat apa, then dia cakap 'Nadia tu ke mana-mana je hidupnya, kejap kat Perak kejap kat KL kejap kat Johor kejap kt Thailand kejap kat Mesir' Hahaha.
Begitulah rezeki Allah nak bagi, badan tengah sihat walaupun duit tak berkepuk tapi Alhamdulillah cukup untuk mengonjeng sana sini. Semoga Allah yang Maha Kaya terus limpah dan mewahkan kita semua dengan rezeki yang baik 💖
Wah! Suka la mak & ayah dapat hadiah jam raya!
ReplyDeleteDisneyland sana maskot dia apa? :D
Hehe Alhamdulillah dorang suka
DeleteMaskot bermacam ada snow white & 7 dwarfs, ada mickey mouse and friends tapi semua gred copy ori la haha
Itu yg saya suka dari tulisan2 di sini, banyak ttg random things walaupun skr ini memang lebih banyak ke traveling. Tp malah sukaaa 😄. Apalagi cara penulisannya macam bercerita 😄👍
ReplyDeleteSama macam suami saya, sukaaaa sangat beli sepatu. Padahal ada banyak jenis sepatu dia di rumah lah 🤣
Kalo saya memang suka sepatu, tp hanya 1 brand, Vivaia. Saya tak nak beli brand lain sejak dah merasakan Vivaia. JD tiap ada model baru kluar, pasti nak beli.
Hihi travelling mestilah top kesukaan Kak Fanny. I wish I had more time to write more often here.
DeleteVivaia tu brand Indonesia ke? Boleh cari nanti kalau ke sana :D *aduh, mau ditambahin lagi sepatunya haha