”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

11/20/2025

Long weekend dan tetamu istemewa

Hari yangg mantappp, aduhh sedappp haha entahlah kenapa intro aku begitu. Aku banyak kerja ni tapi terpaksa update sebab dah ada orang menunggu bak pucuk rindukan bulan apa aku merepek ni.

Macam biasa, cerita dah basi baru nak update. Ni pun dah ingat-ingat lupa. Haha. 

Awal November hari tu, hari Jumaat cuti di Perak sempana Hari Keputeraan Sultan. Hari Khamis Didi ajak cuti settle kan hal cermin kereta dia retak kena batu lori. Aku kena ikut sebab kereta atas nama aku, nak claim insurans. Maka cutilah kami.

Pagi tu baru google kedai mana yang ok, Didi pilih satu kedai dekat Tasek, Ipoh. Apa entah nama kedainya. Didi kalau nak cari tempat untuk makan/ servis dia akan tengok dekat TT, aku pulak jenis cari dekat google.

Aku baru 1st time nak claim insurans cermin, rupanya buat dulu, submit insurance then kalau lulus, Alahmdulillah. Kalau tak kena bayar balik lah. Aku guna Etiqa, memang superb service dia so far, senang je approved semua via apps je dia bagitau. 

Sementara nak tunggu kereta siap kami pergi kedai jahit, Didi nak tempah baju batik dia. Kalau dekat Ipoh nak buat baju batik ke suit ke baju korporat ke boleh pergi Chicago and Master Manshop, mahal sikit tapi berbaloi. Untuk baju Didi kami ke Chicago.

Then pergi lunch dekat Bumbu Babah yang baru bukak dekat Klebang, Ipoh. Tak kena dengan tekak aku, cukuplah sekali cuba. Aku tak suka sangat Nasi Padang, kalau nak makan aku prefer makan dekat negara asalnya sahaja 😉


Malam tu kami balik rumah Mama, esoknya balik Ipoh balik tapi sebelum tu ke Kg Sitiawan dulu cari ketam, Didi teringin ketam rebus.

Ambil kau makan lah sampai muntah haha

Layan hindustan sebelum tidur

Hari Sabtu adalah hari yang ditunggu-tunggu. Kami menunggu tetamu istemewa kami yang datang nun jauh dari Jakarta! Terharu sangat mereka sudi datang ke Ipoh, pertama kali katanya. Tapi perjalanan mereka dari KLIA ke Ipoh dah diuji, sepatunya boleh sampai Ipoh pukul 3pm tapi sebab jem mereka sampai dalam pukul 6pm. Aduhhh pisanggg! Extra 3 jam atas bas memang boleh buat bebal haha. Nasib bas selesa katanya.

Kami jemput mereka di stesyen bas Amanjaya, Ipoh. Selamat datang Fanny dan Raka ke Ipoh. 😍

Sebelum hantar ke hotel, AC Marriot, aku dan Didi bawa mereka makan di Jendela Mikail, Ipoh. Aku dengan Didi pun 1st time ke sana. Haha. Makanannya bagi aku 3/5, ada rasa tapi macam tak umphhh sangat.

Banyak yang kami bualkan sambil makan. Kami 1st time jumpa Raka, Alhamdulillah suami isteri itu sangat mudah didampingi. Memula risau jugak awkward sebab aku dengan Didi introverts haha. Jam 8.30pm, memandangkan mereka pun dah menghadapi hari yang panjang dan memerlukan rehat, kami pun hantar mereka ke hotel. Hari kami diakhiri dengan isu politik Malaysia-Indonesia, sungguh ilmiah 😂

Hadiah dari Fanny. Banyak sangat! Segan kita. Thank you so much Fanny! 💕

Kotak perfume pun galau ya? haha

Hari Ahad aku dengan Didi duduk rumah je. Aku masak breakfast roti canai segera dengan sardin. Roti canai tu dah expired ahhaha tapi sebab duduk dalam freezer aku tawakkal je makan, Alhamdulillah tak kena food poisoning dan hidup sampai sekarang haha. 


Petang sebab tak makan nasi lagi Didi ajak makan dekat Ayam Gepuk Pak Didi hahahah tu bukan restoran dia punya, nama je sama. Antara ayam gepuk and geprek yangs sedap dekat Ipoh adalah Ayam Gepuk Terduduk, Ayam Gepuk Pak Didi, Ayam Geprek Nefa Station. Tolonglah percaya tekak aku hahaha.

Lepas makan kami lepak dekat Ipoh Parade, saja buang masa. Balik tu lepak luar pulak sambil teman Didi bakar kotak2 kasut yang dah setinggi menara taming sari dahh. Haha.

Didi suruh bakar ayam atas ni, rindu camping letteww haha

Esoknya, aku hantar Fanny and Raka ke stesyen bas untuk mereka ke Putrajaya. Harapnya Fanny dan Raka enjoyed Perak so much. Aku suruh datang lagi sebab nak bawa ke daerah lain pulak yang lebih alami. InshaAllah 💜

Hingga ketemu lagi Fanny dan Raka. Semoga kalian dah fall in love dengan Ipoh 😘 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!