”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/18/2026

Pre Umrah

Sebagai orang Islam, siapa je tak teringin nak ke Tanah Suci kan? Nak ke haji macam lambat lagi dengan kos yang makin meningkat dan slot yang limited. So aku memang pasang niat nak ke Umrah dulu, tengok orang pergi alahai seronoknya, tengok orang boleh ziarah Makam Rasulullah saw alahai jelesnya rasa.

Aku keep doa untuk Allah jemput aku dan Didi ke sana. Target nak pergi 2025 tapi takde rezeki tahun tu. Memula ingat nak pergi dengan makcik pakcik aku tapi dorang banyak halangannya lagi jadi aku dengan Didi yang tengah berkelapangan ni kami gerak dulu.

2 Disember 2025 aku message dengan agent Rayhar di Ipoh. Kami pilih Rayhar sebab dia company yang berdaftar dengan Tabung Haji and family aku pernah pergi dengan Rayhar dan dapat pengalaman yang menyenangkan.

Untuk keselesaan dan memandangkan kami berdua ni introverts haha maka kami ambil pakej bilik berdua, so mahal sikit lah berbanding pakej bilik berempat tu kan. Dengan bajet yang ada kami pergi sekejap je, 4 malam di Makkah dan 3 malam di Madinah InshAllah. Ada rezeki kemudian kita pergi haji pulak duduk sebulan kat sana hehe inshaAllah ameen.

Pakej kami RM6,950/pax dari 7-14 April 2026 (touch down KLIA 15 Apr pagi), bilik berdua, luggage 30kg/pax. Group kami yang terakhir masuk untuk umrah sebelum group haji pulak mula masuk pada 18 April 2026.

8 Dec 2025 aku dah submit borang pendaftaran dan buat bayaran booking RM1,000.00/pax, hari yang sama jugak dapat surat pengesahan dan jadual penerbangan.

14 Februari 2026 kami berdua mengikuti kursus Umrah yang Rayhar buat di pejabat Rayhar Meru, Ipoh. Kursus 3 jam dari 9am-12pm. Ustaznya best, tak mengantuk. Siapa first time nak mengerjakan Umrah memang wajib attend kursus bagi aku, banyak benda belajar, banyak salah faham selama ni dapat dibetulkan and dapat la jugak sedikit sebanyak gambaran bila kat sana nanti, InshAllah.

18 Februari 2026 aku buat bayaran RM4,000 sorang, ada baki sikit lagi nak dilangsaikan sebelum bertolak.

24 Februari 2026 aku pergi hantar 4 keping gambar ke Pejabat Rayhar untuk urusan visa. Aku dimaklumkan yang berkemungkinan akan guna visa pelancong sebab visa umrah dah nak tutup, dah nak start orang haji masuk Tanah Haram.  Apa bezanya? Visa Umrah ada peluang masuk raudhah 2x, visa pelancong sekali je tapi rezeki Allah tentukan. Kelebihan visa pelancong adalah dia valid setahun, so kalau dala masa setahun ada rezeki pergi lagi, tak perlu buat visa dah.

10 March 2026 hari ni aku buat full payment. Then pergi cucuk vaksin lepas berbuka puasa untuk umrah. RM150/pax. Vaksin ni valid for 5 years. Didi la paling gelisah time tu sebab dia takut jarum HAHAHA

11 March 2026 elok je semalam dah cucuk vaksin, tup2 hari ni dapat perkhabaran tak best! Kelulusan aku nak ke luar negara majikan tak approveddd! Disebabkan Kerajaan Malaysia ada keluarkan press release yang rakyat Malaysia dinasihati untuk elak ke negara-negara Timur Tengah. Dinasihati je kan? Kalau tak nak ikut nasihat takpe kan? Haha. Aku dah bayar habis kot duit pakej. Bukan TA yang batalkan, kalau TA batalkan takpela boleh dapat refund.

Berengsek punya Trump si ongtuee gilaaa!! Geramm aku, menyusahkan! Started from that day, gelisah hidup aku then bertambah kerja nak buat rayuan bagai. Aku dapatkan surat sokongan dari TA and surat kelulusan Didi. Yee Didi dah lulus, aku je belumm. Mula aku fikir bebukan, Allah taknak jemput aku lagi ke? Banyak sangat ke dosa aku sampai tak layak lagi nak ke Tanah Suci? huhu. Ujian betul.

17 March 2026 pepagi buta aku bangun solat hajat, khaskan berhajat untuk isu ni. Tup tup Alhamdulillah dalam pukul 9am camtu aku dapat khabar gembira yang majikan aku dah bagi kebenaran untuk aku fly. Ya Allah syukurrrrr sangat2. Terus inform dekat TA balik dah approved and TA terus bagi visa semua. Oh kali ni kami pakai visa pelancong sebab visa umrah dah tutup.

Hari yang sama jugak aku book slot raudhah dekat apps Nusuk. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah. Hati pun dah lega nak beli barang keperluan mana yang takde lagi. Aku beli sikit2 je sebab banyak pinjam Mak dan adik punya.

Seminggu lepas raya aku sibuk sangat, almost everyday balik malam and weekend pun datang kerja. Kerja memang tak pernah surut tapi aku kejar nak siapkan mana yang patut sebelum aku pergi beribadah, aku memang pulun mana yang aku mampu siapkan. 

Preparation barang nak berangkat - zero! Aku just dah bawak balik baju Mak dengan adik yang aku pinjam tapi bergelimpangan la lagi dekat dalam bilik. Barang² yang aku beli pun aku main campak je ke mana-mana, memang tak sempat nak uruskan properly.

2 Apr 2026 dalam petang macam tu dapat perkhabaran pakcik aku dah nazak, doktor suruh be ready je. Memula aku nak pergi melawat esoknya sebab aku balik kerja pun dah pukul 9pm hari tu, dengan berbuka time Isya' nya hari tu sebab time Maghrib tengah meeting.

Baru nak rehat sekali dapat perkhabaran pakcik aku makin tenat, so sepantas kilat aku bersiap ke pergi hospital. Sebab keadaan dia dah macam tu, pihak hospital bagi je masuk sampai pukul berapa pun. Aku sampai hospital 10pm and stay sana sampai 2am, then aku balik tidur. 

Esoknya lagi sekali aku pergi melawat pakcik aku yang dah tak sedar apa time lunch hour. Kemudian macam biasa mengisahkan hal pejabat yang tak setel². Hari Isnin depannya aku dah start cuti tapi ada pulak meeting adhoc penting so aku terpaksa la pulun siapkan presentation untuk boss aku.

4 Apr 2026 bangun Subuh dengan penuh dukacita bila baca dalam group whatsapp family yang pakcik aku dah pergi mengadap Ilahi. Innalillah. Terus siap² pergi hospital. Jenazah dimandikan dan dikafankan di hospital, lepas Zohor dikebumikan di kampung kami di Kuala Kangsar.

Sedih sangat, pakcik aku tu baik sangat orangnya. Sedih tengok cousins aku yang masih muda dah kehilangan Abah mereka, adik beradik dorang sorang laki 3 perempuan, sorang pun tak sempat diwalikan oleh Abah dorang.

Hari yang sama sebenarnya hari doa selamat untuk aku berangkat ke Tanah Suci. Siapa sangka doa selamat digabungkan dengan majlis tahlil untuk arwah pakcik aku. 😭 Side ayah aku, Cik Duan yang pertama tinggalkan kami, kalau side Mak, Ayah Lop. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.

Pakcik makcik aku ramai and kami rapat, ramai lagi aku nak hadap ni kalau umur aku panjang. Tiada perpisahan yang tak menyakitkan. Itulah cerita dan dugaan kami sebelum berangkat untuk menunaikan umrah.

5 Apr 2026  aku datang office walaupun hari Ahad. Seharian jugak aku dekat ofis. Malam tu baru start packing barang weh hahah kerja gila! Esoknya aku dah gerak ke KL.

6 Apr 2026 sebelum gerak singgah rumah Mak Ayah, Abah Mama dulu mintak maaf sebelum pergi. Dorang tak dapat nak hantar, takpe kami okay je pergi sendiri. Sedih weh time salam peluk cium dengan dorang, Allah je tahu perasaan tu, teresak-esak kami nangis. Minggu tu memang minggu nangis aku.

Gerak ke KL pun banyak sebak je. Nape eh nak pergi sana mesti rasa sedih gila? Kalau pergi negara lain takde pulak rasa gitu haha. 

Kami singgah Mid Valley pergi tukar duit and beli baki barang-barang kecil yang tak cukup lagi. Kami stay dekat Cyberjaya malam tu. Kereta nanti nak tumpang park dekat rumah kawan aku dekat Bandar Serenia, 15 min dari KLIA.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!