”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/05/2026

FREMMIN's Reunion @ Bangi

Ke Bangi balik kitaa. Aku dengan geng kawan-kawan sekolah menengah memang akan reunion setiap 2 tahun. Kirorang kumpul RM50/sorang sebulan, bank in ke akaun salah sorang kawan kami ni. Dah ada lebih RM5k dalam akaun, dah mula plan nak ke mana.

Paling payah nak tetapkan tarikh yang semua available. Lagi satu payah nak cari villa yang ada 7 bilik with attached bathroom. Setelah bersusah payah akhirnya kami jumpa 1 villa yang sesuai dengan kapasiti kami di Bangi, kami semua 27 orang termasuk kids.

Memang decide nak cari dekat centre walaupun dekat Port Dickson/ Melaka lebih banyak option. Sebab ada kawan kami yang dari Pantai Timur, nanti jauh sangat dia nak patah balik, dah la Ahad tu terpaksa pontengkan sekolah anak-anak dia haha.

Villa ni besar gila, atas bukit sikit. Ada 10 bilik dan 11 bilik air tapi bukan semua bilik ada bilik air. Floor plan rumah ni agak memeningkan, aku rasa dia expand sikit-sikit. Nak masuk bilik-bilik di tingkat atas kena lalu bilik karoake dulu. Kalau pintu tutup rapat, orang dalam tu melalak, memang kau kena guna tangga kat beranda luar untuk turun ke bawah.

Tingkat bawah pulak, ada 1 bahagian tu ibarat rumah lain tapi attached, and situ agak spooky kalau duduk sorang-sorang walaupun siang haha. Disebabkan kami memang nak bersuka ria je, catering pun kami ambil dengan owner rumah sebab dia pun caterer. Ah mudaah kerjaaa. Walaupun harga catering dia agak pricey, nasib baik masakan dia semua sedap-sedap. Terpaksalah bayar lebih demi sebuah kemalasan haha. Yela weh, kalau mak-mak ni nak masak, bila nak main game nya? Bila nak bergossip lagi? Haishh haha.

Kami tidur 3h2m je kat sana. Check in Jumaat, seawal pukul 12pm dan check out Ahad pukul 2pm. Hari-hari kami dipenuhi dengan gurau senda, gelak tawa, main games, gossipsss haha. Syukur gila husband kami semua pun boleh blend dengan kami and dengan each other, semua sportingg, semua perangai masuk air haha.

Dua-dua malam masing-masing tidur 2-3 pagi. Malam pertama bersembang, malam kedua main game wajib, werewolf sampai 3 pagi haha ajerr gila. Sebelum main werewolf ada pertandingan karoake, 1 family hantar sorang wakil. And guess whatttt? Didi dapat no syatuuuuu hahhaha. Dapat hadiah gift card decathlon RM80, sorang kawan aku sponsorr. Macehhhhh sebab hadiah tu aku punya walaupun suara tu Didi punya hahaha.

Balik je dari reunion terus ke IOI City Mall ye beli tracksuit dekat Decathlon, Didi pun beli tapi guna duit sendirilah hahaha.

Rindu, rindu semuaaa. Seronok sekali sekala berkumpul macam tu, update pasal kehidupan masing-masing dan kehidupan orang luar 😝

Seronok tengok keletah anak-anak time main sukaneka, comel eh semuaaa yihh geramm. Tapi bab sukaneka ni, mak bapak pun naik sheikh hahah, semua sejenis darah pendekar haha.

Kitorang ada main teka peribahasa, team wife vs team husband. Kena lukis untuk teka peribahasa, memang chaos habis sebab perempuan mana nak kalah kan and memang team wifeyyy menanggg! Peribahasa last yang buat team husband kalah bila kitorang guna peribahasa 'yang kurik kundi, yang merah saga' hahahhaha ha mampuih kau nak lukis macam mana. Time tu dorang lukis kereta proton saga warna merah, tapi yang lain tak dapat teka sampai akhir masa hahaha. Puas hati kami! Hahha

Rumah tu ada kolam tapi kecik je, so kami just bagi bebudak je enjoy dalam tu, kalau kami masuk mau melimpah air dalam tu keluar haha.

Jumpa lagi 2 tahun kawan-kawan, InshaAllah. Lurvee uolsss 💕

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!