”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/03/2026

Phattalung & Hatyai 3H2M

Hari tu aku ada trip kelab office pergi Thailand; specifically Phattalung and Hatyai. My 1st time in Phattalung, almost 2 hours from Hatyai.

22 Ogos 2026

Kami gerak dari Ipoh seawal hari tersebut bermula. Baru beberapa minit mulakan perjalanan dah singgah di RnR Bukit Gantang makan nasi lemak pepagi buta haha lepas tu sambung membuta sampai lah pukul 5am gitu, kami sampai di area Padang Besar. Berhenti solat Subuh sebelum checked in. Kat masjid tu ramai gila orang, bas dekat 14 bijikk aduhh gerun macam mana la situasi dekat imigresen nanti.

Sebab kami small group, kami siap cecepat dan terus gerak ke imigresen sebelum rombongan bas yang berduyun duyun tu sampai. Oh btw, trip kali ni aku bawak Mak aku sebab tetiba ada sorang tu cancel pergi sebab anak dia masuk wad, so Mak aku ganti hehe. Rezeki Mak. Nak gerak malam tu, pukul 2pm baru aku call ajak dia haha. 

Aku macam biasalah kan memang tak pernah tak busy, so petang tu baru nak tukar duit bagai, so terus tukar untuk Mak sekali.

Alhamdulillah dekat imigresen smooth je semuanya, time kami sampai tu beratur tak panjang lagi, imigresen pun buat kerja laju. 1st time aku masuk Thailand guna border Padang Besar. Kecil je kawasannya tapi efisyen.



Sebab dah lapar kami terus breakfast dekat Chabura Dimsum Hatyai lah macam biasa kalau guna agent ni kan. Tapi layan je sebab makanan dia ok je untuk ditelan. Dah kenyang terus memulakan perjalanan ke Phattalung. Sepanjang jalan memang tidur je ha, van pun selesa kan. Penat oi sebab semalamam tidur tak lena dengan van office yang keras dan tegak je tu haha.

First pit stop kami dekat satu macam tempat bersuka ria yang ada slides warna warni tu tapi time tu sampai pukul 11am waktu tempatan, ya Allah memang panas gila yeee. Kami pulak semua dah kertu, dengan penatnya, tak sempat mandi dekat Masjid sebab toilet full so badan memang rasa amatlah tak best so memang tidekk le kami nak bersuka ria dalam keadaan macam tu. Berhenti situ untuk toilet break je then kami meneruskan perjalanan.

Kemudian kami ke 7e viral dekat Phattalung tu yang berlatarkan bukit apa entah tu. Kami lagi excited membeli dalam 7e sebenarnya haha. Kemudian berhenti solat di Masjid Phattalung sebelum ke 1 kawasan tasik dia. Aku mati-mati ingat laut, rupanya tasik. Besarrr gila tasiknya. Oh Phattalung memang terkenal dengan tasik dia.

Kat sini kami just bergambar dengan minum air kelapa fresh dia sumpah sedap namatiii 20baht jeee. Kemudian ke Pak Pra Canal konon nak naik sampan tapi sebab que panjang kami batalkan, kepala dah ingat shower, aircond dan katil je ha haha. Biasalah dik bila macik2 yang pergi rombongan, ginilah, banyak nak rehat dalam bilik dari berjalan kat luar especially kalau kat luar panas kakaka.

Checked in Sai Klong Song Lae Resort

Kami menginap di sini satu malam. Best betul suasana dekat sini, dia macam resort sebelah tasik. Pemandangan dia perghh breathtaking, suasana pun menenangkan. Phattalung ni kan macam Lenggong, vibes kampung gitu.

Dah mandi rehat semua, kami pergi dinner dekat kedai kayu buruk je tapi sedapnya yakmattt ye Alhamdulillah. Sini susah sikit nak cari makanan halal, tak macam dekat Hatyai. Nama kedai tu Alva Halalfood. Meja ada 4 je pun. Aku dengan Mak order Nasi Goreng Ketam, nak nangis makan sebab sedapp, isi ketam punyalah banyak dan fresh.

Malam tu takde aktiviti, just berehat.




23 Ogos 2026

Seawal 5 pagi kami gerak naik bot menyelusuri Thale Noi untuk tengok sunset and lotus hunting. Yang paling best, jeti tu dalam resort kami jugak, so jalan kaki je pergi jeti. Ini adalah agenda wajib kalau ke Phattalungg. Orang datang sini sebenarnya untuk tujuan ni je. Ya Allah memang berbaloi ye dengan harga 350baht sorang. Naik boat dekat 3 jam jugakk tapi tak rasa sebab pemandangan dia Subhanallah. Cuma dah makin menginjak waktu, dah mula panas mula tak sabar nak balik hahaha.





Nak tengok video sila pergi ke Tiktok gue haha

Dalam pukul 8am sampai balik bilik, siap-siap untuk check out dan gerak ke Hatyai. Dalam pukul 11am kami gerak, sebelum tu ada singgah kedai kraftangan jual beg-beg mengkuang. Lawooo dan murah gilaaa, tote bag yang besar baru dalam 200baht. Kenapa la aku tak beli untuk beg fail eh? Nyesel pulakk tapi naik van leceh nak angkut ke sana sini huhu.

Kami singgah di Songhkla untuk makan lunch. Lepas tu pergi Seaverse Cafe Hatyai untuk bergambar. Aku 1st time masuk sini walaupun dah banyak kali ke Hatyai. Besttttt! Lawa sangat banyak OOTD spot, ada tasik yang bersih and ada itik. Ada mini petting zoo, dah la tiket masuk murah gile, 30 baht tak silap.

Kemudian pergi tempat wajib pergi jugak, floating market. Ikutkan aku memang taknak pergi sebab takde apa pun tapi sebab ikut rombongan, kita layankan je la. Hehe.

minyak angin wajib beli kalau ke Thailand

Setting powder ni besttt, beli dekat 7e

Hampir nak beli kasut bundle tapi takde size hehe selamatt

beli untuk ambil gambar je, tak sedap


Checked in Grand Plaza Hotel, Hatyai

Ni pun 1st time aku duduk area Lee garden ni. Perghhh sesak nak mampus. Malam tu aku turun dengan Mak jalan depan tu je sambil beli kudap-kudapan untuk makan dalam bilik. Kami beli pulut ayam je sebab nak beli nasi goreng entah-entah esok belum tentu dapat haha.

sesakkk

24 Ogos 2024

Macam biasa sebelum balik sebab singgah kedai souveniers Thanyada - tak best sangat, mahal. Then pergi Macro, Central Festival - had lunch here, dan singgah Erawadee - beli serum rambut je, memang best.

Sepanjang kat sana entah berapa puluh 7e kami singgah haha. Alhamdulillah settle dekat border semua dengan bag yang beranak pinak dalam pukul 6pm. Terus shoot balik Ipoh. Just singgah RnR gurun untuk dinner. Alhamdulillah sampai rumah dalam pukul 11pm gitu. 

Wajib beli dekat Central Festival - sayang nak minum haha

Viral dekat Central Festival. Sedappp. Rezeki time aku pergi tak payah beratur. Yang spoilnya, mesin buat crepe tu ada 1 je. Kau reti meniaga ke tak? haha

Borong jajan dekat Macro

sunscreen ni bestttt! beli dekat 7e dan Macro

Till then Hatyai

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!