Nak dijadikan cerita bulan Feb hari tu aku dengan Didi dengan yakinnya pergi daftar event larian Half Marathon 21.1km! Yakin kan? Haha. Time tu kami agak aktif, weekdays ada 2-3 hari lari 5km/ sesi and weekend ada buat 10km.
Lepas tu terjadilah Ramadan which aku memang tak work out langsung la haa. Lepas habis Ramadan aku jadi sibuk gila dengan kerja, balik lambat, weekend pun kerja. Kalau tak kerja pun weekend mesti ada hal itu ini. Ahhh itu semua alasannn! Haha.
Konklusinya aku memang tak sempat nak training untuk first HM aku ni. Didi ada dah buat beberapa kali HM ni. Aku paling jauh pun sebelum ni 15km jee haha.
So Jumaat lepas kami dah gerak ke KL. Time lunch hour aku dah gerak ambil Didi dekat office dia. Aku ambil half day. Kami terus ke Ampang, sewa hotel Oyo je sebab nak tidur semalam je kat sana. Tempat kami sewa tu hotel dekat rumah kedai je, aduh punyalah sesak nak cari parking, nasib ada. Hotel tu area Ampang Point, memang sesak tapi best sebab banyak kedai makan. Bilik dia ok2 je la untuk tidur.
Malam tu aku teman Didi training rugby dekat Taman Permata, sebelum dia start training sempat la kami brisk walk kejap, warm up untuk event hari Ahad. Tak berani nak lari takut injured hehe.
![]() |
Kat hotel dapat parking depan Kopi Kenanga, tersinggah la pulak tapi tak terbeli yang ni. Saja ambil gambar sebab lawa hehe |
![]() |
Hari tu pejabat Didi ada buat sambutan hari raya. Tak pahey aku dah habis raya pun ada sambutan lagi haha. Tapi aku suka je sebab dapat kambing bakar. Nohh 2 bekas dia kaut haha |
Esoknya pukul 12pm checked out and terus ke kedai kasut dekat Ampang jugak, Didi nak beli boots baru untuk tournament rugby dia. Sekali dah try tak sedap pulak, Didi ni orangnya amat cerewet yee haha.
Sebelum gerak ke Cyberjaya kami singgah makan Ayam Gepuk dekat Saltys Wangsa Maju, biasa2 je rasa dia, boleh telan haha rasa standard kedai yang lain, sambal pun biasa je.
Malam tu kami tidur dekat Mutiara Ville, Cyberjaya. Sampai Cyber pergi kedai boot dulu, nasib ada yang dia berkenan dan sedap pakai.
Dah settle kami pun checked in dekat AirBNB tu. Rehat2 kejap then pergi IOI untuk dinner. Memang tak berjalan pun, pergi makan je sebab nak save energy untuk event esoknya. Aceyyyy haha. Debo woiii, keje gila apakah masuk HM tak training.
![]() |
Eh sempat ke Decathlon beli stokin. Takde dalam perancangan pun nak beli stokin ni, Comel kan? Haha. Sepasang RM25. Sedap pakai, sesuai untuk long distance. Tak panas, tak buat kaki melecet 👍 |
![]() |
Pemandangan dari beranda studio yang kami sewa |
![]() |
Nasibb adaaa size. Dah la cerewet, size kaki pun rare haha |
![]() |
Keropok dia tu sedapp |
D-DAY
Kami bangun seawal 3.30 pagi untuk bersiap. Ohh bangun tahajud punya liat, bangun berlari menyakitkan diri boleh pulak *kata netizen kepada kami haha. Flag off pukul 5am. Perjalanan ke Dataran Wawasan tempat bermula ambil masa dalam 20min.
Aku minta Didi tolong strapping kan lutut sebab ada bau2 akan injured. Pukul 4am kami gerak, not fully prepared, mental and physical haha tapi larian tetap kena redah, dah bayar mahal oiii! Haha.
Sebelum start kami memang tak makan apa, minum je. Oh sebelum tidur aku makan supplement magnesium untuk elak cramp.
Sebagai preparation masa perlarian *lari la sangat haha, kami bawak enery gel, 1 choc snickers dengan gula2 garam Himalaya. Dengan lafaz bismillah, kami pun mulakan larian jam 5pagi.
Layan je tak fikir banyak sangatt. 10km pertama ok je, smooth je walaupun banyak jugak jalan naik flyover dia bagi. Haippppp biasa dia tuu! Tapi kita layan je la ek sebab apa yang naik mesti akan turun haaha.
KM ke 5 aku makan segigit snickers and Didi habiskan yang lain. Aku time lari memang jarang nak makan2 ni, tak selera. Water station dia banyak jugak, sangat membantu. Aku tak ingat ada berapa tapi rasanya yg 3-4 terakhir memang ada disediakan air 100+.
KM ke 10 kami makan energy bar tu pun share je jenama LAC. Yekk tak sedap, kena sulam dengan air. Dalam pukul 6am ada berhenti solat dalam 10minit, ada 3 surau mobile disediakan. Didi solat atas jalan tar je, terpaling kusyuk dia cakap haha.
Masuk KM ke 15 aku dah mula rasa sakit lutut kiri dan hip kanan. Pandai main silang gitu. KM ke 17 memang kesakitan lutut kiri aku tu dah tahap kronik, terasa bengkak dia. Time tu jalan lagi sakit dari lari. Tapi nak lari hip pulak tak bagi kerjasama and energy pun dah drain.
Adalah aku lari sikit dari KM ke 17-19. Didi ajak lari habiskan dari KM 19 ke FL tapi memang aku tak boleh dah time tu. Jalan pun memang paksa and seret kaki je time tu. Pegang tangan Didi untuk tarik aku haha.
Alhamdulillah berjaya tamatkan sebelum COT walaupun dah nak menghampirinya pun adoi hahaha. COT 4jam, aku dekat FL pada jam yang ke 3h33m33s haha. Still proud of myself sebab berjaya habiskan walaupun tak training and tak jaga makan huhu.
Dah sampai tu ambil medal dengan finisher tee. Aku ambil juga pisang dengan air kelapa tapi pisang tu segigit je aku makan sebab rasa nak muntah. Pinggang ke bawah pulak rasa macam baru kene gelek dengan bulldozer haha.
Aku ajak Didi duduk sebab memang rasa nak pitam. Dah relaks sikit baru kami balik bilik. Sampai bilik dalam 930am, mandi dan tidur la apa lagi haha. Bangun tidur je perghhh sakit satu badan. Lutut kiri aku memang out, maka jalan la macam penguin rengkat. Pukul 12pm kami checked out and pergi makan lunch dekat Sungai Ramal Dalam.
![]() |
carbo load |
Habis makan gerak ke KL pulak Didi ada tournament rugby touch. Ajee gila, tak reti penat ke orang tua ni hahaha. Sebelum pergi padang sempat la kami tidur recaj kejap dalam kereta. Dah masuk padang sekali hujan lebat amat siap guruh petir. Tunggu sampai pukul 6pm hujan tak berhenti, tournament pun dibatalkan. Cisss tau baik balik je terus, tidurrr. Sembang kalau tau kan, masa depan ni Tuhan je tauu. Ha tau pun kau! Haha.
Kami dinner dekat RnR Sg Buloh, Didi nak makan Satay Kajang. Alhamdulillah sampai rumah dalam pukul 10pm gitu. Basuh baju semua, kami pun tidur. Sambil tu tuam ais kat lutut aku.
Oh aku ingat dah kenapa aku yakin pergi daftar HM time tu, sebab hari Isninnya cuti Wesak so boleh la rehat. Kami dua2 bangun pukul 1030am lepas solat Subuh. Bangun lutut memang hell lagi rasanya. Didi ajak pergi cari brunch.
Dengan lutut gitu pun gigih lagi ride ke Taiping untuk brunch haha.
![]() |
RM2 |
![]() |
RM1 |
![]() |
RM5 |
![]() |
RM5 |
*psst, sekarang macam ada rasa nak masuk lagi HM walaupun hari tu dah rasa tobat taknak masuk event dah haha.
Saluuut lah nad... Saya sendiri belum pernah ikut HM apalagi marathon full 😅. Ntahlah sanggub atau tak. Memang bisa terbayang, kalo dah jalan sejauh itu, rasa mual dan nak muntah makan apapun.
ReplyDeleteTp saya teringin juga sebenarnya. Untuk challenge diri sendiri. 😄
Cuma kalo tak ada teman, macam tak semangat hahahahah.
Btw nad, saya baru baca komen nad di blog saya. Saya ada email juga tadi 😄
FM memang tak mungkin saya join sampai kiamat haha.
DeleteCuba la Fanny, saya ada rasa nak register lagi HM ni hehe walaupun hari tu seolah taubat taknak join tapi bila dah selesai rindu pulak hehe
Ajak la Raka register sama2 hehe