Pages
8/12/2025
Windows or Macbook?
8/10/2025
My Veronica
Hi hi! Lama kan aku menyepi? As usual, alasan yang sama, busy 😝 Didi dah merentan bila aku nak update blog haha, dia cakap bila stress nak baca blog aku tapi takde update, bertambah stress dia hahaha. Ok, marilah kita update serba sedikit apa yang jadi dalam hidup lately.
Aku sebenarnya ada niat nak beli scooter, pakai untuk basahan nak pergi kedai Acheh bagai, nak keluar ronda malam2. Motor Didi, si Jericho tu besar sangat nak bawak keluar dekat2. Dulu aku dah hampir nak ambil Benelli Panarea 125, dah pergi tengok dah dekat kedai tapi ada masalah sikit time tu, tak jadi beli.
Ada jugak pujuk Didi nak beli Vespa tapi dia tak bagi, tak berbaloi katanya. Apa yang tak berbaloi aku pun tak tau, aku memang sejenis tengok paras rupa je haha.
Then banyak pulak masuk FYP aku pasal motor ni, lawaaaaa, Allah jatuh cinta. Biasalah kannn benda kalau kita dah tengok, tu je lah yang masuk FYP. Tunjuk dekat Didi dia pun kata lawaaaa.
Korang ingat tak kes Jericho tak boleh start dekat Behrang tu and Isnin tu kami ambil cuti uruskan dia. Hari yang sama kami pergilah saja ushar2 motor idaman aku tu. Kebetulan ada kedai dia dekat Simpang Pulai. Saja nak cari awek untuk Jericho sebab rasanya buat hal tu sebab kesepian haha.
Belek punya belek siap tess drive, tau2 letak duit booking RM100 haha. Order kaler latte, dia cakap 4 bulan baru sampai. Takpelah, bukan nak guna rush punn.
Lepas 3 minggu SA whastapp cakap ada ready stok warna matcha, nak tak dia tanya. Tu memang 2nd choice kami, lepas bincang dengan Didi kasi on lahhh! Haha. Didi pergi uruskan bayaran deposit untuk daftar bagai.
Makanya tanggal 26 Jun 2025, hadirlah si Veronica di dalam hidup kami haha, awek si Jericho. Hihi
Memula aku bawak agak kekok sebab ye la aku dah lama oi tak merempit. Tapi sekarang tidak lagi, aku dah jadi minah rempit balik hahaha.
Veronica ni agak tinggi, aku tongkat 1 kaki kene jengket sikit. Dia yang tinggi ke aku yang pendek? Haha.
Review dah pakai sebulan lebih ni, dia menang bab body la. Memang comel dooh. Suspension agak keras, kalau naik atas line kuning tu jelas terasa gedak geduknya haha. Tanya pengguna lain dorang cakap nanti makin lama makin lembut. We'll see.
Hari tu ada masuk bengkel sehari sebab ada time susah nak start. Rupanya ada fius longgar. Haishh la motor dah cun, ada jugak problemnya. Takpelah, all is good now.
Ada masa aku bawak pergi office, dah redah hujan panas ribut dah dengan dia. Time aku bawak la hujan lebat pun, kuyupp haha. Time aku bawak kereta elok terang benderang hari haha.
Kalau nak lepak malam2 sekarang ni memang bawak si V ni je lahh. Jadi passeger tak sedap sangat sebab belakang dia lebar and seat dia side belakang macam rasa nak jatuh ke belakang kalau duduk haha. Kene betul2 rapat dengan Didi kalau aku jadi penumpang. Mungkin sebab faktor Didi pun besar hahaha.
Thank you Allah for this rezeki. Thank you Didi support hehe. Dia janji nak bagi aku bawak jauh tapi masih tinggal janji, entah bila nak tepati haha. Setakat ni memang pusing sekitar Ipoh je lahh.
![]() |
Mine 💕 250cc |
![]() |
Dua-dua comel kan? Kan? Kan!? *paksa* hahaha. Helmet pun comel, dapat free hehe. Worth RM450. |
![]() |
jimat minyak kereta bawak V pergi kerja |
pergi hi tea dekat dalam taman kami hehe |
7/23/2025
Ride asah tayar
Sabtu lepas Didi and kekawan office dia plan nak makan Lemang To'Ki dekat Bentong, Pahang. Didi yang plan perjalanan tu. Kami gerak 5 motor dari Perak.
Seawal 8.00am kami dah gerak dari rumah dan janji berkumpul di RnR Tapah, kami sampai dalam 8.40am. Aku dengan Didi memang sejenis punctual. Tapi biasalah janji Melayu (walaupun ada sorang Singh join), janji pukul 9.00am, 9.30am baru semua nampak muka.
Dalam pukul 10am kami pun bergerak ke destinasi. Sepanjang perjalanan banyak jugak kami singgah, biasalah ride dengan veteran haha. Next kami singgah RnR Ulu Bernam. Then sebelum naik Bukit Fraser singgah Petronas Kuala Kubu Bharu nak isi minyak.
Maka naiklah kami menyelusuri jalan berliku ke Bukit Fraser, layan kona, asah tayar Didi cakap haha. Kami berhenti kejap dekat Bukit Fraser then terus turun menuju ke Raub. Ingat nak merasa durian Raub tapi tak mandang pun orang jual.
Maka terus ke Lemang To'ki, sumpah lapar gila sebab tak makan proper breakfast. Kami sampai Lemang To'ki pukul 1.30pm, memang ngam! Ambil nasi putih, tempoyak patin, ayam bakar, lemang 2 set, cendol durian, air soda herbs haaaa tersandar kekenyangan hahaha. Alhamdulillah semua makanan sedap tapi harga agak keras. Ok lah sekali sekala.
Kami lepak situ sampai pukul 3pm jugak la, tunggu nasi hadam haha. Perjalanan balik bawa haluan masing2 sebab masing2 ada hal lain. So balik kami berdua je lah. Sebelum gerak kami bincang dulu nak ke mana. Memula nak lepak KL la, lagi gila Didi ajak ke Terengganu, lepas tu nak balik rumah Mama je la, last sekali decide balik rumah sendiri jugak hahahah.
Didi plan nak lalu Sg Koyan tapi sebab kami je tak berani pulak. So kami lalu Genting Highlands - Batang Kali. Haishh asah tayar lagi haha.
Time naik GH ni aku dah ngantuk gila, yela perut pun dah kenyang kan. Kami berhenti solat dekat Masjid tepi GPO. Disebabkan badan dah rasa penat, aku pun mandi dekat sana nak segarkan badan. Perghh memang segar pekena air sejukk haha.
Selesai solat Didi nap kejap dekat masjid then kami pun turun ikut Batang Kali. Dekat area KKB aku tertidur jugak atas motor haha. Kalau aku tertidur mesti Didi akan sedar, nasib baik dia alert haha. Dia genggam tangan aku lepas tu tanya 'tidur ke?'. Aku just jawab dalam keadaan mamai 'hmmm'. 'Aku la dia niii', Didi bebel hahahahha. Lepas tu aku tak tidur dah.
Kami singgah RnR Tapah lepak sebab badan dah lenguh oiii haha. Then meneruskan perjalanan, berhenti solat Maghrib dekat Tol Ipoh Selatan. Sebelum sampai rumah, singgah dinner di Woodfire Ipoh.
Nah kalau nak tengok video perjalanan kami. Please tengok sebab ada sunset lawoo 😍
Alhamdulillah sampai rumah pukul 9pm lebih gitu. Mandi semua terus tidur, nasib esok masih weekend.
Esoknya bangun aku terus masuk dapur, masak ikan masak merah dengan ayam goreng kunyit. Didi pulak cuci toilet. Jarang kami ada kat rumah time weekend, so kene well spend.
Lepas Zohor aku ajak Didi ke Ipoh Parade, aku nak tukar spek mata dekat kedai OWL. Alhamdulillah tunggu 2 jam je then spek siap. Siap ada promosi Buy 1 Free 1. So aku pulang dengan dua spek mata. Yeayy.
Sementara menunggu tu kami lepak dekat Secret Recipe. Then pergi jalan2 dekat Miniso, saja cuci mata. Ternampak blind box yang viral tu. Ya Allah mahal gila 1 kotak, RM80. Benda yang sama aku shoppee baru RM23 siap boleh terus pilih patung yang mana kita nak haha.
On the way nak balik, tersinggah Gintell, TERBELI treadmill. Astagaa, apa iniii miskaaaaa! Sumpah takde dalam list aku, random batul. Haha tapi memang ada dalam list Didi. Hari tu kan dia injured lutut so alasan beli sebab nak recovery main incline. 😏 We'll see, risau jadi penyangkut baju je.
Semalam treadmill tu sampai rumah. Semoga bermanfaat, semoga cepat sikit kurus, dah takde alasan tak bersenam sebab hujan ke panas sangat ke haha. Kalau treadmill ni aku memang tak boleh nak berlari sangat sebab pening, tak tau kenapa, kita briskwalk je main incline. Moga otot kaki keras lepas ni kahkahkah.
7/09/2025
Future Nadia #1
If this time I'm not anymore in this world, please spare your some time, recite Al-Fatihah for me and forgive me for my all wrongdoings. Thank you so much.
7/07/2025
Penang
Jumaat lepas, lepas kerja kami gerak ke Penang atas urusan Didi ada tournament rugby dekat sana. Lately aku agak busy and hari2 balik lambat. So Jumaat tu aku janji dengan Didi nak balik on time - 4.45pm tapi apakan daya, 5.45pm baru aku boleh gerak haha. Member siap ugut nak pergi dulu, pergi laaaa. Haha tak beraninya dia, dia tau bini dia boleh buat kerja gila, karang tau2 sampai dengan motor 😝
Kami sampai terus pergi AEON Big mana ntah, Didi belikan air dan jajan untuk tournamnet tu. Then kami pergi dinner dekat Denterra Cafe & Bistro. Kedai dia besar ada pelbagai menu; western, thai, chinese. Kami ambil set thai. Ok la rasa dia tapi bagi aku harga agak pricey. Aku migrain time tu, on the way nak sampai pun aku tidur je dalam kereta.
Kami menginap dekat S Hotel Seberang Jaya - RM102, deposit RM50 (cash) and RM2 tourist tax. Sejak bila ada tourist tax ni? Bukan untuk foreigner je ke? Haishh. Sebab RM2 aku bayar je la, kalau RM20 aku bertumbuk dulu baru bayar haha. Bilik dia ok lah untuk tidur je. Time check in nampak 3 orang bapok tak lawa keluar dari hotel, aku tanya Didi ni hotel ayam ke haha. Didi cakap ye la kot. Bilik besar, ada lif, toilet okay2 la. Parking under majlis and susah nak dapat tapi ada rezeki tak ke mana haha.
Time ni aku migrain gila, aku telan ubat dan tertidur. Bangun tidur pun rasa sengal2 lagi kepala.
Esok pagi aku hantar Didi ke padang rugby UiTM Permatang Pauh then aku balik hotel sambung tidur. Penat betul badan aku rasa sebab weekdays nya memang otak aku drained, too much to settle, too much too digest. Aku tidur macam tidur malam lenanya.
Then aku checked out. Pergi makan sorang2 dekat Restoran Meokja, Korea's cuisine. Belakang hotel aku. Sedapppp tapi agak pricey.
![]() |
RM39. Portion lauk dia tu banyak, aku siap tapow bagi Didi habiskan. |
Settle makan aku ke Sunway Carnival, dah mintak kebenaran Didi nak shopping office attires and granted hehe. Aku jalan dalam tu sampai dekat pukul 3pm. Dapat la 2 seluar, 3 baju. Aku gerak sebab Didi cakap dalam 3.45pm habis kot. Pentipuuu! Dekat pukul 6pm baru habis.
Sampai je UiTM aku pergi solat semua dulu dan menunggulah Didi sampai settle sambil baca buku dan masih sakit kepala. 6pm lebih kami dah gerak nak balik, Didi suruh berhenti perhentian Juru, dia nak makan sikit.
Tengah makan tetiba datang idea otak seminit dia, dia ajak masuk pulau, tidur lagi semalam haha aku pun cari hotel sambil tunggu dia habis makan.
Settle kami pun patah balik masuk pulau haha takde kerja cari kerja. Kami tidur dekat Hotel Cititel Express. Penang - RM158. Bilik dia kecik je tapi lengkap la semua, selesa, tilam best, selimut best, sabun 1 botol besar, parking free.
Konon malam tu nak pergi jalan2, harammm, tidur je hahaha.
Esoknya bangun tidur terus lapar (as always). Sementara aku siap mintak Didi carikan kedai, nak makan roti canai. Then decide nak ke Roti Canai Gemas Road, sampai dah 11am lebih, orang dah tak berapa nak ada.
Sedappppp! Aku makan roti canai daging special, Didi ambil roti kahwin kambing, and kami shared roti bakar. RM26.
Kemudian kami ke arah Balik Pulau nak makan durian. Tak sempat sampai atas jumpa port macam best, berhenti and terus decide nak makan kat sana je.
![]() |
HOLO. RM26 sebijik. Puas hati makan berdua, sedappp! |
Settle makan terus gerak balik Ipoh. Didi suruh aku waze ke Jambatan Kedua, ai ai sir. Sekali waze bagi jalan yang ikut jambatan pertama untuk ke entrance jambatan kedua. Apoooooo! Hahhahaha kami punya gelak dalam kereta sampai aku gelak angin la. Dia jadi kelakar sebab Didi salahkan aku, aku salahkan dia dengan waze hahaha.
Redho je la ek, nasib kat Juru tak jem sangat. Sampai Sg Bakap aku take over drive sampai perhentian Bukit Gantang, berhenti nak solat. Didi punya lena tidur. Then dia pulak drive sampai rumah. Alhamdulillah sampai rumah dalam 3.30pm.
Petang tu just santai tengok Netflix, cerita The Old Guard 2, biasa je cerita kali ni, lebih kepada naratif. Ada sambungan tu rasanya.
Lepas Maghrib ajak Didi makan nasi daun pisang dekat Restoran Seni Sattisorru, kedai India tapi ada JAKIM Halal certified. Sedapppp! Harga reasonable. Lauk banyakkkk! Kami ambil set untuk 2-3pax lauk kari kambing, tambah ayam goreng, papadom dengan 1 benda macam coeslow tapi nama dia apa ntah, air 7up dengan air kosong RM59.