”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/17/2010

wedding planner

woih pejadah tiba2 nak merapu pasal wedding ni Beron?? goreng ayam pun terlompat-lompat lagi ada hati nak kahwin..duit nak beli topup pun raba dalam poket seluar ayah, jangan beranganlah!! boooo...haha

eh suka hati I lah, ini blog aku yang punya!! haha..tak de lah, kita kongsi blog ni sama2 ya?? siapa2 nak aku tolong carikan jodoh sila tingglkan komen serta ciri2 yang di cari..haha..jangan nak buat gila, aku main2 je..jodoh sendiri pun kat mane lagi entah, ada hati nak match make kan orang..huh'

tadi aku tengok TV3 pasal wedding planner ni la..dulu aku ada juga terfikir kahwin nanti nak ambil wedding planner je *tak salah berangan :D*..senang!! aku goyang kaki je tunggu hari kahwin, bakal suami harusah gelabah nak akad nikah, tak kan tu pun wedding planner nak buatkan ye tak??

tapi tadi lepas aku terdengar talk tu, aku rasa 'ha tak payahlah, aku pun teror what bab2 nak menjahanamkan mendekorasi majlis aku nanti'..nak tau sebab ape?? minimum cost RM32k ok?? baik aku beli kereta nasional cash macam tu..tak de jadahnya aku nak habiskan banyak tu sebab kahwin!! cost tu A-Z la dia siapkan..baju tidur aku tak tahu dia sediakn jugak ke tak..kata A-Z kan..haha..

but memang superb la majlis tu..decoration bunga kat pelamin, aku agak2 la kan, habis satu taman bunga dia sodok!! baju pengantin perempuan tak nak berjela-jela pulak panjangnya..pengantin da sampai kat pelamin, kain dia baru sampai pintu utama dewan hotel tu..haha..



kadang2 aku fikir, what a waste la kan..tapi citarasa orang lain2..kahwin hanya sekali kata mereka, kononnya la sekali =P..bukan nak doakan yang tak baik, tapi jodoh kan kat tangan Dia..aku lagi suka perkahwinan simple but nice..walaupun kita mampu, tapi tak perlu rasanya nak melabur sebanyak tu untuk 1 majlis yang tak sampai 5 jam pun..nak menyediakan yang terbaik untuk tetamu tu bagus, tapi not in that amount..kepuasan dan penghargaan dari seseorang tu bila kita dapat melayan dia walaupun sekejap, bukan dia dilayan oleh pekerja hotel..

it's just my opinion..no offend eh..mana tahu tiba2 ada mana2 Sultan meminang aku ke, tak kan dia bagi urus majlis sendiri kan?? haha

2 comments:

  1. ak nanti ingt nk menyamar jd ikan duyung time kawen..

    ReplyDelete
  2. ko ingt ko maya karin?? haha

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!