rabu ni aku ada test criminal law..best belajar bab2 jenayah ni, macam enjoy je..punya la feeling sampai rasa nak buat jenayah..haha..tak la, memain je..
zaman sekarang ni orang jahat ada kat mana2 je..tak caya cuba selongkar tong sampah, ha ada la sekor dalam tu, dorang kan sampah masyarakat ;)..guna sekor sebab mereka tak layak digelar seorang!!..tapi penjenayah sekarang uuiii kauuu, bijak2 belaka..kau ingat jadi lecturer je kene ada PhD, jadi penjenayah pun kene ada tau sekarang, kata mengikut arus globalisasi..ada je idea bernas dorang kalau nak buat jahat, kreatif dan inovatif betul otaknya..berkompromi ngan syaiton la tu!!
macam2 tricks dorang buat..baru2 ni aku dengar cerita, orang jahat ni baling telur kat cermin depan kereta..so kepada perempuan2 di luar sana, jangan panik terus nak wipe, nanti lagi kau tak nampak depan!! so bila ko tak nampak, kau akan berhenti tepi jalan, ye la tak kan nak gamble terus drive, nak masuk bawah lori?? time korang berhenti tu la orang jahat tu akan serang..cool2 dulu, berhenti kat tempat ramai orang..tengah2 pasar malam ke, depan pintu masuk Hotel Istana ke, kat balai polis daerah lebih afdhal aku rasa..
lagi satu, jangan drive sorang2..kau tu da la perempuan, dalam kereta tak de M-16, pastu ada hati nak drive kat tempat sunyi sorang2..memang saja nak masuk muka depan Metro la tu..ceh! aku nasihat orang da macam Ketua Polis daerah Kuala Kangsar pulak..tu aku gertak diri sendiri jugak tu..aku kan mulia, suka bersangka baik..India mabuk ketuk tingkap kereta pun aku boleh pergi bukak..very the clever anak en. Roslan ni!! en. ayah dengan en. sayangg tahu, mampus lesen aku kena tarik..huhu..nasib baik tak jadi apa2..bukan apa, kadang2 benda tu involuntary action!! tak dapat berfikir ngan rasional..kadang2 spontan je tangan aku tekan button window tu, rasa macam polis yang ketuk, padahal entah sape2..eh polis pun tak boleh caya sekarang ni Beron oi!!
dunia luar sekarang amat menakutkan..nak ambil register letter dari postman pun da ketar2 lutut..nak buka pintu untuk pembanci pun fikir 28 kali..nak pergi raya rumah jiran pun rasa nak mintak duit raya..ok tak de kena mengena!!..tapi aku manusia yang tak suka fikir negative..dalam semua hal pun..aku berani je nak pergi mana2 sorang2..aku pernah je gamble kat KL tu sorang2..susah jugak kalau terlampau optimis ni..aku rasa macam semua manusia berhati malaikat, berperikemanusiaan, yang tak kan melaknat sesama sendiri..tapi aku lupa yang aku sorang je yang masih penuh dengan sifat2 mahmudah..haha..ok2 tak, korang pun baik..orang baik je akan baca blog aku..hehe *ayat bodek baik punya*
aku selalu ingatkan diri aku 'jangan percaya kat orang walaupun muka dia suci macam Nadia Roslan' *eleh nak google la tu sapa Nadia Roslan*..'jangan bersangka baik dengan orang walaupun dia lilit serban 10 kali atas kepala'..bukan nak menuduh, cuma tak nak percaya dan bersangka baik kat strangers..bahaya ooo!! aku da la tak kahwin lagi..kalau tak kahwin, macam mana Umar Rayyan aku nak keluar!! hahhaaha
ErR.. Umar rayyan tu sapa? Keluar dr mana? :p
ReplyDeletehaha..rhsia wanita ;)
ReplyDelete