ok first, aku nak promote 1 kedai makan ni..ye, di bulan2 puasa ni harus wajib sunat dan halal untuk promote kedai2 yang best walaupun tak dapat royalti..kedai ni special untuk orang Perak yang duduk area Taiping, Kuala Kangsar dan seangkatan dengannya..kalau orang Johor nak datang pun apa salahnya, harap bertolak selepas sahur..insyAllah sampai :)
paling kaw kat sini kueytiau goreng *sumpah da umur 20 pun aku tak tahu ejaan betul kueytiau*..special tak specialnye, keytiau goreng special harga RM9..huh mak ko, kalau makan mamak dapat 2 pinggan..tapi aku suka nasi ayam dia..ayam sangatlah marvellous..kalau KFC jual ayam macam ni, sure mekdi tak berani keluarkan produk yang menyerupai ayam lagi..ayah aku yang tak kuat makan, bila pergi kedai ni, tiba2 macam da dua hari puasa tanpa henti..dia boleh tibai 2 pinggan kueytiau and 1 nasi ayam..*nape tibe2 aku rase lapar ni*
dulu kedai ni sumpah buruk..tapi orang datang jugak..sekarang da grand, ko nak buat majlis kahwin dalam tu pun kira on..ada air cond, ada pintu automatik, pelayan semua lelaki hansem2..aku selalu main aucak2 dengan pintu tu..bagi dia gabra sikit, baru nak bukak aku lari, die kene tutup balik..kalau lalu pun aku jalan laju2, aku risau dia kepit aku, yela tak puas hati punya pasal..
tak perlu guna DSLR utk menyampaikan kesedpnnya
oh lupa nak bagitau..nama kedai ni Doli..tapi bila baca signboard dia yang bertulisan jawi, aku terbaca coli..haha..tapi kalau nak berbuka kat situ, sila la boking tempat tepat jam 3 petang..kalau tak sila makan bersila di tepi longkang..aku suggestkan, sila la pergi Ramadhan tahun depan..sisa2 akhir Ramadhan ni berbuka je la kat rumah, senang nak pergi masjid..kat sini nanti korang melencong ke shopping complex berdekatan..caye la..sebab aku pun macam tu..haha
ak da la peminat kuewtiaw (tak reti eja gak) sejak dulu2.knp nmpk sedp gle wehh! bawalah aku ke sana.
ReplyDeletewa ternmpak minuman feveret wa, teh o ais limau..:)
ReplyDeleteeyda : thn dpn eh? hehe
ReplyDeletesengal : haha, mc lwk pulk letk name ko sengal..same weh, my fav jugk :)