awal2 sem ni macam biasalah, selang sehari call mak, tanya khabar sambil tu merenyeh la mintak duit..mukadimah kena jitu, supaya tak nampak niat sebenar..hehe..ye la weh, manusia macam aku ni walaupun keding sehari nak tak nak kena melabur RM10 untuk perut..pelaburan masa depan ni oi..perut lapar otak pun kurang bijak la jadinya, tak elok untuk student comel macam aku huehuehue..*padahal memang tak berapa nak bijak*..buku2 law pun tak nak harga macam 1 set perabot jati!
kalau aku segan nak cakap, aku text je mak mintak masukkan sekupang dua dalam akaun bank..then mak pun reply 'da masuk'..eh gembira bukan kepalang, harga buku sebenarnya 1/3 dari duit bank in je, yang lain harga perut..kepada en. bakal suami, sila la berkerja keras untuk menampung perut beta =P.dengan gelojoh lepas habis kelas terus menuju ke atm tapi disebabkan sebab yang dibagi kepada mak tak relevan dengan penggunaannya,maka bermulalah cerita *wah bukan main sakan mukadimah kau*..punyalah terkinja-kinja nak tunggu mulut atm tu bukak da kachingggg keluarlah duit kertas, tapi malangnya da 5 minit berdiri macam pak guard istana Queen Elizabeth, duit yang di nanti tetap tak keluar2..hampa bukan main, moral down lebih teruk dari putus cinta..
tanpa berputus asa, aku pergi atm lagi satu nak keluarkan kat situ pulak..mengharapkan sinar sampai ke petang, rupanya ribut di tengah hari..aku cek2, duit aku still kena tolak!!! hansap ayam betul..duit tak keluar, tapi dalam akaun kena tolak..marah tak marah??..nasib baik sisa2 duit masih boleh bertahan sampai esok..sampai je bilik, aku call mak mengadu..aku suruh ayah pergi report, sebab aku tak suka nak deal2 benda macam tu..ikutkan aku, anggap je takde rezeki..amount kecik boleh la anggap takde rezeki, kalau duit tu nak buat down payment VW Bettle, tak meroyan kau depan atm tu??
last2 aku yang kena call report sendiri sebab semua butiran hidup aku, aku je yang tahu..yela, ayah aku mana la tahu nama penuh boyfriend nombor kad aku, nombor akaun tahu lah..eh tak molek ye ayah tak tahu number akaun hehe..aku tak suke nak deal2 on phone ni, satu sebab aku ni kadang2 boleh tahan pekaknya, dua sebab aku ni kuat gelak..dah terbukti tadi, ada ke patut suara operator tu and cara dia cakap macam Karam Singh Walia, jenuh aku tekup mulut tak bagi gelak, karang dia kata aku gila, mintak nombor kad pun nak gelak ke??..tapi benda tu da settle, kalau duit tak masuk malam ni, masuk lagi 3 minggu!! aku nak makan apa oi?? tak kan nak makan rumput gaul dengan pasir!
ini cerita pasal bus pulak..bus baru kat sini, koridor dia punyalah kecik, muat2 aku je *sebenarnya nak bagitau aku ni kecik orangnya hehe*..tadi takde rezeki nak duduk, aku kena berdiri..bus tu berhenti kat bus stop, sekali semua lelaki belakang aku time tu la nak turun pulak..panjatlah pintu kecemasan kat bumbung tu, ni kat pintu jugak nak turun, kena melalui aku pulak tu, kalau tak kene mengena ngan aku, memang mak tak kisah nyah, lantak kauu!..muka aku da gelisah tak tahu nak tepi macam mana, nak tak nak dorang kene bergesel dengan aku, suka la tu..tapi tiba2 ada doraemon datang, *betul, badan dia macam doraemon sikit, kurang hajar Nadia, orang da tolong kata doraemon..eh doraemon comel apa*..dia suruh aku duduk tempat dia..oh very the prihatin..nasib baik kau bukan laki sejati, kalau tak aku ngorat dah..auwww! haha..sebab tu la kadang2 aku lagi suka kawan dengan laki yang lembut2 ni, kerana mungkin dorang juga memahami hati wanita...auwwww! haktuihhh! hahahahha
sbrla yer..~ hoho..
ReplyDeletehehe msih bersbr ;)
ReplyDelete