”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/28/2011

jadilah pemandu yang berhemah..ajal kau mungkin sedang menunggu di hadapan!

tengah hari tadi, selepas seiya sekata tak nak pergi kelas BM, dalam bahasa kasarnya, ponteng kelas! aku and the geng bercadang nak lunch dekat Marrybrown..wah selera bukan main gajah lagi! nasib baik dekat Changlun ada Marrybrown je, kalau ada McDonald harus aku da macam gajah sekarang..

on the way nak pergi, kitorang nampak kereta kancil accident..perghhhhhh! scary dan insaf seketika..betul2 depan hotel UUM accident nya..dengar cerita, accident pagi tadi, 3 orang mati..huhu..berdasarkan pemerhatian, aku rasa owner dia perempuan coz kat tepi jalan ada tempat letak tisu colour pink plus teddy bear kecil2..CSI tak mata aku?? hehe..tapi kalau owner dia laki, sah berlaku kecelaruan identiti di situ

tengok keadaan kereta dia buat aku meremang bulu roma..sungguh!..nampak sangat ajal di mana2..dan bila2 masa je woiii!..niat baik nak pergi kelas pagi2 buta, siapa sangka lagi 3km nak sampai, ajal datang menjemput..hati gembira nak balik jumpa ayah mak, siapa sangka sebenarnya korang sampai dengan van jenazah bukan bas ekspress..nauzubillah..bukan aku nak elak mati, tu siapa pun tak boleh nak elak..tapi biarlah bukan mati denga cara mengerikan..huhu

kadang2 bukan salah kita..kita punyalah sebelum start enjin kereta pakai seat belt, check signal, tayar, cermin bagai, betulkan kedudukan seat, letak lip gloss sikit kat bibir, sambil turunkan hand break kumat kamit baca doa..da start jalan, asyik2 jeling meter takut overlimit..sekali time turun bukit, lori belakang punya brek tak breakfast pulak..apa kan daya?? tu namanya takdir ye adik2..perlulah redha di situ..

aku terdiam setiap kali tengok accident sebab terimbau kenangan lama..*switch ke scene hitam putih*..dulu aku accident paling teruk injured bahagian kepala..17 jahitan jugak la aku kena..darah dari kepala tak payah cerita la macam mana, dengan likatnya, warna nak dekat hitam *eh tercerita pulak*, habis 1 muka aku berbedakkan darah, basah 1 baju dengan darah, mata pun tak boleh bukak sebab darah bertindak sebagai gam..time tu aku on the way nak pergi KL..time doktor koyakkan baju aku, alihkan kaca2 dari luka aku, dan paling sadis botakkan kepala aku! aku menangis! meronta-ronta..sambil menjerit "nak pergi KL, nak pergi KL"..psycho tak aku?? keadaan da macam tu pun aku nak pergi KL lagi -_-''..bila difikirkan balik, cukup lah aku accident sekali je! peritttt!..dan Alhamdulillah aku masih hidup dan diberikan kesempatan untuk merapu di sini ^^,

kereta yang accident pagi tadi..dapat bayangkan tak apa jadi kat manusia dalam tu?? huhu..nauzubillah

5 comments:

  1. benda2 mcm ni lah antara sebab ayah k.bel mrh gila kalau sewa kete...

    ReplyDelete
  2. btw, dah kua sinar harian, mmg owner dia pompuan pon ;p

    ReplyDelete
  3. o yeke?? huhu..Nadia tgk kt blog spe entah..ad gmbr mgsa lagi..scaryyy!..huhu..kete sewa ke tu?? ayyo!

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!