terlalu mahu dan mahu
terlupa apa yang perlu
Minggu lepas tok saudara aku meninggal, baru petang tadi nenek saudara pula bertemu Ilahi.Al-Fatihah. Lepas ni? Maybe aku, siapa tahu? Dalam Quran takde sebut, yang sakit akan mati dulu, yang tua akan mati dulu. Ajal setiap orang telah ditetapkan, mungkin cara mati yang boleh berubah. So janganlah kau riak harta berjuta, pangkat setinggi langit, memiliki tanah setiap pelosok dunia, kalau amalan tak cukup lagi! (insaf)
Janganlah ingat kau paling hebat dalam dunia ni. Jangan ingat dengan wang berjuta kau boleh beli syurga! Jangan ingat dengan pangkat kau boleh berdiri setanding malaikat! Kalau betul kau hebat, please answer my very simple question; bila tarikh kau akan mati? Heh!
Semua orang tahu hidup kat dunia hanya sementara. So buat apa nak buang masa dengki sana sini? Kenapa terkinja nak jatuhkan seseorang? Apa kau dapat? Kepuasan? Sementara je tu derr. Nikmat ketenangan tu la yang patut kau gapai. Pedulikan siapa yang tak datangkan faedah, nyahkan mereka yang suka mengaibkan orang.
ya Allah, lindungi aku dari fitnah dunia dan dendam manusia. Amin. :)
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!