Alhamdulillah, da selamat sehari berpuasa. Aku ada lebih kurang 23 hari lagi, korang 29 kan? kah kah kah. Yakin je aku akan tinggal puasa (tapi selalunye wajib =P). Oh I wanna wish Happy Ramadhan to all, may Allah bless us throughout this delightful month =) Wish lepas berbuka hari pertama baru feel 'Ramadhan' nya hehe.
Hari2 di bulan puasa agak terisi dengan benda berfaedah. Malam2 pergi tarawikh, 1 keluarga, nikmat rasanya. Sambil2 boleh ushar jodoh haha mati aku kena panah petir terpesong niat! Takdelah, yang pergi semua pangkat atok2 haha. Pagi sampai tengah hari tolong mak buat biskut raya. Oh mak aku buat bisnes, orang order dekat2 10k biji. Memang rasa nak ngap satu2 time buat! Memikirkan pulangan je aku gagahkan jugak, kalau tak aku smash oven tu! haha. Petang aku tidur kejap and tengok movie (berfaedah ke? hehe). Da nak dekat berbuka pergi la dapur, time tu perut da menangis, sian dia T__T
Selepas 8 tahun, tahun ni la 1st time aku berpuasa sebulan dekat rumah. Selalunye petang2 da kelam kabut pergi bazar ramadhan, makan nasi bungkus, air bungkus, kuih bungkus tskk tskk tskk. Tahun ni bersyukur sebab dapat berbuka dan beribadah bersama keluarga, just aku rindu nak berbuka dengan The Siblings dekat UUM ='). Tahun depan, kalau panjang umur, kita berbuka sama2 eh? ;)
Tapi puasa kat rumah maha hebat dugaanya. Mak aku kan jaga cousin2 aku, selama ni kalau makan apa, tak pernah dorang offer aku. Hari ni kemain mulia hati. Ayong, nak lat? (chocolate), bila aku geleng, gunakan paksaan nak sumbat juga.Oh hati sabarlah! Hadif lagi handal 'Kita kuasa (puasa), tapi kita boleh minum susu'. Apa kau ingat kau Hindu puasa boleh minum susu? =P. Lepas tu slumber badak je pow air yoghurt aku! Memang mengundang rasa marah! Tak hormat langsung!
Tapi takpe, ni budak kecil. Sekarang ni depan rumah aku ada buruh2 nak bina rumah, memang aku tak nafikan kerja macam tu ya amat penat tambah2 dengan cuaca sekarang. Tapi kalau ye pun kau tak puasa, sorok2 la sikit, tak payah la nak tunjuk sangat kau tak puasa! Tau hormat bulan Ramdhan tak? Memang la setakat kau hisap rokok, aku pun tak hingin! Tapi bulan2 puasa ni, rokok tu pun aku boleh nampak macam biskut Nini Cokelate Celup, celup celup! Hai apa nak jadi! Patutnye try puasa dulu, sampai tahap tak larat baru diharuskan berbuka, ni pagi2 buta makan bawah pokok apa cerita? Tapi aku musykil, mana dorang dapat makanan ha? Tak kan beli salted chicken. Erk!
Apa2 pun, Ramadhan setahun sekali, tahun depan entah sempat jumpa ke tak lagi. So, grab the opportunity, banyak rahmat tersembunyi.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!