Alhamdulillah, lagi seminggu je nak raya, macam tak percaya da 23 hari berpuasa, cepatnya masa berlalu. Dari hari 1st puasa sampai la hari ni, mak gigih menyiapkan tempahan biskut. Aku tolong2 je, kadang2 curi tulang, susun kerusi meja makan rapat2, tidur! haha. Kadang2 mak ingat aku dalam bilik, rupa2 nya bawah meja, bila mak panggil, dari berbaring atas kerusi aku duduk maka die terkejut haha.
Mental torture jugak buat biskut raya ni sebenarnya, sebab bukan jiwa aku, Mak and adik perempuan suka la kerja2 macam ni. Lagipun aku tak suka biskut, lagi la rasa macam kenapa bukan orang yang nak makan yang buat? haha -_-''.
Aku bila buat sesuatu kerja memang serius (macam menipu), tapi jangan bagi aku rehat, sekali aku rehat nak sambung balik memang malas tahap petaka ke 21! Tapi mak selalu buat lawak, aku punya la cover tak nak gelak sebab sekali aku gelak, 5 jam tak berhenti. Tapi selalunya tergelak jugak. Kadang2 aku tak layan mak, then dia macam cakap dengan biskut. Nak menangis ke gelak? T__T.
Isnin hari tu ayah ambil cuti, tolong mak buat biskut. Alololo tomey ayah titew wat besekut! haha. Ayah aku bukan jenis pandai buat kerja perempuan ni, dia boleh basuh kain, angkat kain, basuh pinggan, goreng nasi je aku rasa (nasi goreng dia sumpah lagi sedap dari mak buat hehe). So sekali dia tolong buat biskut hahahaha asyik kena gelak dengan aku. 1st trial memang hancur! Susun kuih terbalik la, cabutkan cup plastik sekali 4 la (patut tebal semacam aku rasa). Tapi lama2 da expert, sorang2 je buat kerja bila aku masuk bilik, rehat sejam! haha. Kebetulan mak tak sihat hari tu.
10 ribu order, hampir siap walaupun lari masa sikit. Mak aku la lembut sangat, janji tutup order 1 Ramadhan, tapi bila ada yang nak order lepas tu, boleh je dia terima! Aku yang mengamuk, siapa tanya kat aku memang dengan tangkas aku jawab 'order tahun depan!' haha. Mak cakap, 'sian dorang nanti raya takde biskut', Assalamualaikum mak, sedar tak rumah kita pun takde biskut lagi? hahaha Y_Y. Lepas tu kalau biskut senget 0.001 cm je pun dia reject! Orang tak ukur la mak, orang ngap je! Aku memang tak boleh jadi peniaga, mak aku je boleh.
Aku tak de lah nak demand upah banyak2, sikit2 da la kan? Bukan orang lain pun aku tolong, mak aku jugak, bakal mak mentua kau jugak! (entah kat siapa2 aku cakap) haha. Mak, kasut converse sepasang dengan seekor jam tangan Puma sudah la! teheee :)
50% hasil air tangan gua. Gua tak jamin kalau ada yang tergoda kah kah kah!
wow...tgk header awk,awk sgt cntik...
ReplyDeletejom bce entry ini,mst ngisnye
http://clickheartyamereen.blogspot.com/2011/08/salam-readers.html
erk..ok :)
ReplyDelete"wow...tgk header awk,awk sgt cntik..."
ReplyDeletevery the ngampu kan..bulan2 pose nih tak elok nak kembang sangat nad. tawww! haha
haha mne kembg weh, terkedu jerk! :D
ReplyDelete