Eh eh aku tak citer lagi kan pasal test Land Law aku postpone hari tu? Sakit hati jugak la, bila da bersedia diri depan pintu kelas, tiba2 kata test cancel! Time tu tinggal nak mencurahkan ilmu di dada kertas je, bila tau postpone tiba2 rasa lupa semua, heh! Ganti 30hb ni. Ok2, thing happens for a reason :D
Lagi sebulan lebih start la final exam, so sekarang memang tahap busy semua assignments nak kena hantar, semua tests nak kena jawab, lepas tu dapat aku jenis last minute so padan muka. Doa mintak tambah sehari jadi 36jam pun tak tentu cukup lagi masa dan sure2 doa tak termakbul -_- Padan muka aku!
Ok lupakan pasal pelajaran kejap boleh?? hehe. Khamis ni aku pergi Klang, pakcik aku kahwin. Bus aku dari sini 5.30ptg, aku rasa sampai mahu awal pagi. Dilema ni weh! Memang la kawan aku Tqah kata nak pick up, tapi aku serba salah la pulak. Kau tak rasa bersalah ke nak suruh kawan kau redah hutan dari Puncak Alam tu nak pergi Klang semata-mata nak ambil kau yang tak datangkan apa2 faedah ni, then pagi esok dia ada kelas? How la la la? Lepak surau comel tak? haha -_- Da la aku tak tahu rupa Klang Sentral tu camne, karang sedar2 aku kat Melaka, naya! haha Tak pun aku berhenti Shah Alam paksa kawan teman aku kat Mc'D haha. Route bus; KL-Shah Alam-Klang-Melaka, yang kau nak berhenti semua tempat kenapa hoi?? Kalau sesat Melaka, pergi rumah Dira la *tiberrr. Ah gamble je la, malas fikir huehuehue
Sekarang ni kecoh UUM nak banjir macam tahun lepas. Semua benda kene postpone. Tak nak weh, lari semua rancangan semasa nanti. Aku nak kahwin cuti nanti hahahahahha ok just kidding. Tapi kalau itu da takdirnya, redha je la. Just doa semua tu tak terjadi. Ameen.
eh test ganti 30 eh? bukan 4disember eh?
ReplyDeletehaah! :D
ReplyDelete