Akhirnya aku menginap jugak kat DPP ni. Setelah seminggu angkut barang. Gila banyak oi barang aku, mana datang ntah. Itu pun aku da ketepikan satu guni barang yang aku tak nak guna and nak hantar balik rumah. Encik Ayah, sila jemput Nadia cuti sem nanti huehuehue.
Terima kasih tak terhingga untuk kawan2 tersayang sebab sanggup korbankan tulang 4 kerat tolong angkat barang2 aku ke tingkat 4 yang beratnya mungkit 4 kali ganda berat badan sendiri. Ye, hari ni berkonsepkan number 4
Semalam aku kemas barang dari pukul 10 sampai pukul 12. Bilik ni kecil, so kena guna otak architect nak organise macam mana, nak berfikir pun ambil masa 40 minit. Acece macam otak aku boleh tukar channel nak ke bidang mana :P
Kehidupan dekat sini agak scary. Keluar mandi pukul 12 malam haruslah mulut kumat kamit baca ayat Quran apa2, kadang2 tersasul jugak menyanyi lagu untukmuu, untukmuu, kerna ini semua untukmuu, terus tutup mulut takut ada entiti lain berjoget atas bumbung. Aku duduk tingkat 4, mungkin pihak pengurusan tahu aku tak kan bunuh diri, so dia bagi aku duduk tinggi, malam2 boleh feel angin bayu dari tasik sebelah blok aku ni ha. Aku memang tak suka tengok atas bumbung malam2, ni semua pengaruh buruk langsuir la ni. Ciskek! Bilik air boleh tahan jauh. Nak pergi ambil wudu' mungkin dapat pahala lebih. Postif Nadia, positif! Heee :D
Da la semalam tak boleh tidur, mungkin pindah tempat baru. Golek2 pun tak boleh tidur. Sedar2 da Subuh. Bangun pagi sakit2 badan. Baru pindah DPP Beron, belum pindah negara lagi. Camne nak duk Australia nanti. Eh?
Roomate aku cakap sini takde koop sebab dekat dengan V Mall. Dekat jadahnya! Pergi balik boleh terbakar setengah kalori aku. Aku tak tahu aku boleh survive kat sini sorang2 ke tak. Tapi redah je la. Ok la dia bagi bilik, dari UUM bagi aku khemah suruh berdikari sebelah tasik lagi naya, malam2 memcandat sotong (candat tu tak tahu betul ke tak, bunyi macam lucah. Sejak bila tasik ada sotong pandai?).
Aku tak kenal siapa2 kat sini. Aku tak tahu sistem dia. Pejabat pun boleh tahan jauh, kalau bagi semut da ibarat bermusafir. Nak pergi lunch kena pergi sorang2. Ni aku lemah ni. Sanggup aku tak makan tak pun minum je nanti haha. Malu la, sekali ada orang ngorat camne? hahahaha. Bukan malu, malas sebenarnya. Nasib baik bilik dekat dengan cafe, jerit order dari bilik pun bolehhhh :P
Bila aku cerita environment sini kat mak, mak tak bagi aku tidur sorang2 kalau takde roomate, tak bagi pergi toilet after 10pm. Aku ha kan je, nanti melawan lagi mak banyak bebel. Aku jenis tak suka nak berfikir kemungkinan itu dan ini. Aku suka redah je. Entah, aku memang camni. Mak pernah tanya, boleh ke aku hidup kat sini takde kawan2. Boleh je, kalau banyak fikir tu yang rasa tak boleh. Hidup ni kena berani meredah, apa nak jadi, jadi la, baru la nama pengalaman hidup. Kalau asyik nak fikir itu ini, itu tak boleh, ini tak boleh, sampai sudah kau duduk takuk lama je. Eh berceramah pulak di hari Ahad. Oh hari ni and esok aku takde kelas, lecturers takde. Yaribba hungaa hungaa haha tak senonoh perangai. Bakal menantu siapa la ni, mak bapak aku sah2 da terima aku seadanya. Harap begitu juga dengan bakal mentua hahaha tiberr.
Da la, penat type. Nak solat and lunch. :D Cuba kira ada berapa number 4 dalam entri ni ;)
orang kuala kan kalau tak silap?
ReplyDeletehaah. npe? :D
ReplyDelete