Tarawikh tadi Imam dari Gaza yang imamkan. Dia bagi ceramah sikit pasal Palestin. Tapi ayah cakap dia tahu bahasa Arab je. Gi mano nak bagi ceramah gitu? Aku sah2 tak faham. Ayah cakap dia muda, nampak rock. Nak makan ayam goreng dengan kurma je, tak nak nasi. Senang dapat laki macam ni, alim pun alim, makan pun simple je. Kau nak senang kau je Nadia kan? hahaha
Tempahan biskut raya insyaAllah minggu depan siap la kot. Minggu akhir boleh relaks2, shopping, buka puasa kat luar. Eh Beron kau taknak kejar 10 malam terakhir Ramadhan ke? Ni la orang kita, 10 malam pertama melimpah ruah ke masjid. 10malam terakhir melimpah ruah ke ekspo raya (terasa). InsyaAllah, tahun ni kita cuba sehabis baik eh Nadia? :D
Da nak raya ni mula la teringat arwah2 tok dan pah aku. Tok Tahir da 18 tahun tinggalkan aku, Pah da 15 tahun, dan Tok Nan baru 2 tahun. Tapi sampai sekarang kalau siapa2 cerita pasal dorang, mesti bergenang air mata aku. Rindu kot. Ingat lagi, dulu Pah jual biskut bakar. Tahu? Tak tahu pergi google. Kadang2 bila aku balik kampung, aku tolong letak ceri atas biskut tu, sambil baring je aku buat. Hebak tak hebak? Pah jual murah gila oi, lepas tu banyak lebihkan, sedekah katanya. Macam mana la nak jadi baik budi pekerti macam beliau?
Raya tahun ni tema kaler purple. Berdebar raya kali ni, sebab mungkin ni tahun terakhir aku terima duit raya. Mungkinkah? Mungkinkah? Tidak mungkin! (geleng2 kepala, lari dari ruang tamu ke dapur 10x) Kita tak dapat duit raya, makna kita kena bagi duit raya. Ayomaa. Cousins belah mak ayah campur2 mahu 5dozens. Ala apa susah, duit baru sekarang kan macam Saidina. Beli saidina sekotak cukup la, baru RM45. Kau nak 5,000 pun aku bagi. Nak hotel? Nak rumah? Nak tanah? Ha amek2.
Da la, malas layan kau da! Bye!
*Fasa ke-2 Ramadhan adalah fasa keampunan. Mari2, jangan lepaskan peluang! Mintak lah ampun dengan niat tak kan ulang lagi dosa2 lama, banyakkan istighfar :D
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!