Setiap kali aku cakap aku nak diet, mesti ada je komen;
Kau? Kau nak diet? Tak payah la Nadia, sekarang pun aku tengok kau macam papan lapis -_-''
Kau jangan nak mengada eh, celah mana kau nak dietkan entah
See. Berat aku 45kg last aku timbang. Da 2 tahun lebih stay, tak naik tak turun, mana entah pergi berdulang-dulang nasi yang aku telan tu, nak kata terbakar sebab exercise jauh sekali. Ramai orang cakap aku kurus, semua cakap. Sebagai perempuan biasalah, aku tak pernah aku rasa aku kurus, aku rasa aku normal.
Walaupun ramai claim aku kurus, tapi aku rasa aku tak fit. Makanya, aku buat research sikit, ha bukan senang nak datang kesedaran kat aku ni, siap rajin nak buat research bagai, nak mati da agaknya haha.
Aku da amalkan apa Nabi cakap. Tapi 1 part je la, jangan campurkan makanan laut dengan darat dalam 1 hidangan. Yang jangan minum buah dengan susu (contoh: Koktail) tu memang jarang pun aku minum. Tapi air yogurt kegemaran, tu tercampur tak? Ngeh ngeh ngeh.
Lagi nabi pesan berhenti makan sebelum kenyang, makan dalam kadar perlahan, kuantiti sikit2 setiap suapan. Hmmm 55% failed! Haha. Aku makan laju oh. Aku pakai telan je. Da cuba kunyah perlahan2, tapi kunyahan ke3 laju balik. Dasar gelojoh! :P
Selain tu aku buat research lain. Banyakkan protein dari karbohidrat. Aku memang suka ikan, so boleh la ni :)
Makan oat kosong. Aku da cuba. Eyucksss! Nak termuntah. See. This is me. Nak sedap je :P Tapi nanti nak try campur dengan madu. Harap boleh ditelan.
Minum banyak air kosong. Ni masalah besar aku, dekat rumah. Dekat universiti takde masalah memang aku boleh minum air kosong 24jam. Tapi kat rumah, kalau nak minum air kosong secara berjemaah, rasa nak muntah. Gedik? Yes you are! Kira nak minum air sejuk je, dan sahur aku pun adalah air sejuk. Sungguh tak sihat kau Beron!
Regular exercise. Aku da tengok jenis exercise yang boleh buat sendiri dekat rumah. Nak keluar ke gym ke apa ke, memanglah jatuh carta bawah dari terbawah haha. Makanya, aku buat knee circle exercise je la. Senang, boleh baring pulak tu kakaka.
Harap istiqomah Nadia. Good luck!
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!