”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

9/02/2012

Kisah Adam

Adam, jiran aku. Umur baru nak masuk 4 tahun. Comel dan pelat. Hari2 datang bertandang ke rumah aku. Dia lawak, ramai orang suka layan dia. Setiap kali datang rumah aku, dia akan bagi salam 'waalaikumsalamm' -_-''. Hari tu dia datang, duduk atas sofa, order mak aku 'acik, tolong bukak kipas'. Amboi kemaennn

Dia macam terbiar sikit. Emak ayah dia baru berpisah. Dia tinggal dengan ayah dia. Aku kesiankan dia, kecil lagi, berbanding dengan kanak2 lain, dia kurang bernasib baik. Ayah dia penoreh getah. Semua jiran2 cakap, ayah dia orang yang baik.

Pagi Khamis lepas, tengah aku baring2 lepas Subuh, aku dengar mak bagitau ayah 'Abang, ayah Adam meninggal, accident'. Tanpa sedar, mengalir air mata aku. Sekecil tu, hebat ujian hidup dia. Ayah dia accident langgar lori rosak, dalam perjalanan nak menoreh.

Sebelum ke Ipoh, aku pergi tengok Adam. Ternyata, dia tak faham apa2 lagi. Main2 lagi. Aku main2 dengan dia kejap, then aku balik sebab time tu air mata aku da mula bergenang. Mak cakap dekat Adam 'Adam, ayah adam da takde tau'. Dengan tenang dia jawab 'Au (tau), ayah atu (aku) accident kan?' pastu gelak2

Dekat bilik mayat, dia tercengang tengok abang dia meraung, yang lain menangis. Dia cakap dekat jiran aku 'Atu tuat, atu tak nangis' T_____T

Petang tadi, kitorang jumpa adik beradik dia, dorang da balik dari kampung arwah ayah dia. Kakak Adam kerja sebagai pelayan restoran, abang sulung dia baru nak cari kerja sebab selama ni ikut arwah ayah pergi menoreh je. Bila kakak dia cakap 'saya tak mampu sangat nak tanggung, setakat makan nasi dengan telur pun da cukup'. Allahhhhhhhhhhhhh, kuatnya mereka. Doakan mereka, kami sekeluarga hanya boleh tolong yang mampu je.

Mak dorang da bawa Adam entah ke mana2. Doakan Adam selamat dengan mak dia, dengan 'kawan' mak dia. Abang kepada Adam, Amirul (darjah 4) paling rapat dengan arwah ayah dorang. Tengok dia naik basikal tadi pun aku sedih, terpancar riak sedih yang dia cuba sembunyikan.

Ya Allah, Kau Maha Pelindung, lindungi lah Adam, dan adik beradiknya yang lain. Cucuri lah rahmat ke atas roh Ayah mereka. Ameen.

Tengok ujian adik beradik Adam, kalau aku tak jadi manusia bersyukur lagi, sila rejam aku.

Rindu Adam.

2 comments:

  1. sedihnya :( semoga Adam dan adik beradik dilindungi Allah dan semoga mereka tabah

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!