Semalam aku Cha and Maria keluar pergi Alor Star nak cari baju dinner Cha. Tapi last2 jumpa dekat Jitra -_-''. Breakfast Secret Recipe uolsss, Dr. Rozmey yang ada hotel tu pun breakfast nasi lemak dekat rumah je. Kikiki. Then pergi Star Parade, dress hunting tapi hampa sebab takde.
tadi ada orang tanya kitorang kembar ke. Haha. Kembar otak tak betul ye.
Lepas tu pergi Tesco nak makan Noodle Station. Kemain makan besar semalam. Dari Star Parade nak ke Tesco Mergong adalah kenangan paling hambar. Tiga2 otak GPS tak boleh pakai, pusing dekat 5x baru jumpa tu pun selepas called Dira di rumah, berhenti Petronas tanya orang, tanya abang kereta sebelah time berhenti dekat traffic light.
Tanya abang dekat traffic light kelakar. Hahaha (gelak dulu). Kitorang bukak tingkap, then lambai2 abang kereta sebelah. Abang tu tengah makan apa entah, dia pandang kitorang muka yang macam 'Eh budak2 ni nak ngorat aku ke? Eh aku kenal ke budak2 ni? Lepas beberapa saat baru dia bukak tingkap. Kitorang terus 'Bangg, nak pergi Tesco Mergong macam mana?'. Dia pun ooooooo, lebih 8 harakat. Apa? Ingat kitorang nak hijack kereta abang ke? haha
Lepas makan cari baju kat sana pulak tapi tak jumpa. High taste jugak Cha ni bahaha. Lepas tu singgah booth pengantin, berangan sangat haha. Nampak banner buat inai ukir. Terus masing2 nak buat. Approach la tuan kedai, sekali yang bangun laki. Terkezut tite laki yang nak buat inai. Pandai ke? Karang nak bentuk bunga jadi bentuk orang lidi guano? So bagi tangan Maria experiment dulu haha. Sekaliii, fuhhhh tangan anugerah Allah betul abang tu, seni dia simpang siur. Tabik. Relax je dia buat sambil dengar kitorang sembang masalah negara.
tadi ada sorang India tegur aku tanya aku buat kat mana. Rupanya isteri dia bisnes benda ni. Dia siap ambil gambar tangan aku, nak tunjuk kat isteri la kot. Malu titewwww hikhikhik
Then pergi Jitra pulak nak tengok Lawak Ke Der 2. Hahahaha lawak please. Korang wajib tengok. Macam biasa Harith Iskandar punya lawak bijak. Nabil boleh tahan bangang dengan Oppa Gangnam Style dia. Boboi Harun Salim Bachik tak habis2 jadi datin haha. Jozan tak payah cakap la, buat perangai atas pentas macam takde siapa tengok. Dalam 2 jam, 10minit je kot aku tak gelak, ambil nafas. Tapi kalau korang pergi tak lawak, jangan maki aku pulak sebab hormon lawak aku terlebih sikit hehe.
Akhirnya Cha jumpa dress dia kat Jitra. Aku pun ada rembat satu tshirt. RM18 je, menangis sebab murah sangat dan lawa. Pukul 11 balik UUM. Tepat 12 jam keluar. And I had an awesome moment with my lovesss. ;)
She is the one of my most favourite girl. Ni sementara tunngu Cha dalam fiiting room
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!