”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/14/2013

Mak; kau duniaku

Wanita ini;
Yang mengendong aku hampir 9 bulan
Yang menahan sakit hampir 24 jam untuk meneran aku keluar ke dunia
Yang menyusukan aku hingga umur hampir menginjak 3 tahun
Yang bersusah payah berjaga siang malam memastikan aku sentiasa dalam keadaan tenang dan sihat
Yang mengorbankan kerjanya untuk menjadi suri ayah 24 jam, untuk membesarkan kami adik beradik dengan tangan dan di depan matanya sendiri
Yang bangun awal pagi menyediakan rumah yang lengkap, dan menutup mata di kala malam juga memastikan rumah dalam keadaan yang lengkap
Yang sentiasa menadah telinga untuk mendengar keluh kesah anak2 dan suaminya, tanpa jemu
Yang membantu ayah menjana ekonomi keluarga
Yang sentiasa amanah menjaga maruah keluarga
Yang sentiasa positive bila kami semua dalam keadaan negative
Yang sentiasa ketawa walaupun dalam kesempitan hidup
Yang sentiasa membuat orang sekelilingnya ketawa dan senang dengan kehadirannya
Dan banyak lagi pengorbanannya yang mustahil untuk aku coretkan di sini

Ya Allah,
Jika kau beri seluruh harta di dunia ini kepadaku untuk membalas jasa emakku, sumpah itu tidak cukup.
Oleh itu, aku berdoa, kau kurniakan wanita kesayangan aku ni syurga terbaikMu, kerana bagiku di situ sebaik-baik balasan untuk wanita yang paling mulia dan cantik di hatiku.
Jadikan wanita ini terus tabah untuk menghadapi apa jua rintangan hidup
Jauhkan dia dari sebarang kecelakaan.

Mak,
Selamat Ulang Tahun yang ke 46
I love you, lillahi ta'ala



2 comments:

  1. minggu ni nak balik kampung nak jumpa mak..nak cium pp mak..ok x?..hehehhe..

    ReplyDelete
  2. haha bolehhh. apa slhnya. dpt pahala trus hehe

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!