Aku ingat lagi first time aku keluar dari rumah waktu nak masuk MRSM, tahun 2003. Alhamdulillah, genap 10 tahun, aku pulang ke rumah. Bukan pulang bercuti, inshaAllah pulang mencari rezeki.
Dalam masa 10 tahun membesar dengan kawan2, macam2 aku belajar. Dulu semua mak buatkan, sumpah tak sangka boleh survived duduk jauh dengan mak. Sekarang setakat nak uruskan hal2 rumah ni, takde hal lah. Basuh baju, lipat kain, kemas bilik, pejam mata je buat haha berlagak. Cuma skill memasak je tipis lagi haha.
Mak cakap dekat kawan dia, seronok aku da habis belajar, hati tak gelisah da fikir aku jauh dengan dia. Eh dulu bukan mak ke halau Nadia duduk asrama? haha
Ayah pulak cakap dengan kawan dia, setiap tahun dia kira berapa hari je aku spend masa dengan family, lepas ni nak lepas aku kahwin pulak. (yes, ayah da bagi kahwin hahaha) Bila ayah cakap macam tu, takde rasa nak kahwin dalam masa terdekat ni, biarlah aku spend masa dengan dorang dulu, berjasa. Amboi Nadia, sekali kau kahwin tahun depan, memang kena tumbuk aku rasa haha.
Adik2 untung sebab lepas aku, ayah da tak bagi dorang masuk asrama. Kalau mak, dia lagi kental nak bagi anak2 masuk asrama ni, ayah lain pulak, dia suka anak2 besar depan mata. Aku ni kira bahan eksperimen la haha T___T.
Tapi aku tak kisah pun, semua yang jadi ada hikmah kan? Mungkin kalau duduk sekolah biasa, aku tak macam sekarang. Aku tak macam Nadzirah, aku liar sikit, aku rebel, aku ego, aku degil. Ha makanya cikgu displin je la yang elok jadi 'ayah' aku haha. Nadzirah duduk rumah boleh dapat almost straight A SPM, satu je B. Aku duduk asrama bermacam-macam huruf SPM, kalau duduk rumah aku rasa satu A pun aku tak dapat haha.
Duduk asrama ke tak bukan alasan someone tu pandai or kurang pandai, semuanya berbalik pada displin.
Lepas SPM, aku masuk Asasi Law UiTM Shah Alam, pun banyak main. Alhamdulillah, result lepas masuk degree Law UUM. 4 tahun berhempas pulas, akhirnya Khamis lepas, tepat 12 tengah hari, habislah aku jawab 8sesi final exams, start tahun 2009.
Macam2 aku belajar sepanjang aku berjauhan dengan keluarga. Belajar akademik, agama, persahabatan, percintaan (sempat), tipu daya, kesetiaan, ragam manusia, tipu helah dunia. Semua ni mematangkan aku.
Terima kasih Allah. Terima kasih mak ayah, sentiasa support, tak pernah memaksa, walaupun jauh kasih sayang tak pernah pudar. Terima kasih semua tenaga pengajar atas segala ilmu dan tunjuk ajar. Terima kasih sahabat2 yang ada through thick and thin, masa ups and downs. Terima kasih kawan2 yang membuatkan 10 tahun yang berlalu ni tak hambar, tak rasa keseorangan.
Now, I'm officially home! Don't know yet for how long. 1 bulan? 1 tahun? 10 tahun? or perhaps forever? Doakan aku dapat kejar cita2 aku. Dalam masa terdekat ni takde niat nak sambung belajar, den da ponet! hahaha.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!