”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/17/2013

Makan makan di rumah lecturers

Hari Jumaat sebelum aku balik, lecturer SDG jemput kitorang lunch dekat rumah dia. Sungguh tak beradab students, patutnya students yang belanja lecturer. Oh SDG tu self-development group haha sedap aku hentam, macam yeee je. So Mdm. Haslinda lecturer kitorang, dalam 1 group ada 10 orang. Macam mentor-mentee la, ada apa2 masalah rujuk kat lecturer berkenaan, tapi aku tak pernah ada masalah huahuahua. Perjumpaan sampai sem berapa je, tu pun berapa kali je buat and berapa kali je aku datang haha, terharu Madam ingat kitorang lagi T____T

Pergi pukul 12, dia bagi pembuka selera murtabak dengan ubi kayu. First time aku makan ubi kayu dengan gula merah dalam hidup. Kawan2 gelakkan aku. Aku tanya, ubi ni ke makanan zaman jepun dulu? Dorang mengiakan. Then aku cakap, oh takde la kesian sangat, sedap apa. Lagi sekali dorang gelak -_-''. Tapi betul la sedap.

Then tolong Madam sediakan lunch. Kitorang tolong sediakan bahan2 je, sambil2 mengumpat, hmmm penambah perisa haha. Banyak gila madam masak, and makanan sodappppp. Ada ikan bakar, ayam masak merah, kari nenas, sayur campur and gulai keladi. First time jugak aku makan gulai keladi, pun kena gelak. Kenapa mak aku tak pernah buat ha? So semua aku salahkan mak, kalau mak tak buat, haram la aku kenal haha.

Jiran Madam, lecturer Business kat UUM pun join, siap bagi laksam dengan air avocado. Laksam tu suami dia buat, perghhh kalau buat jual memang laris, sure. Aku da kenyang gila makan nasi  pun boleh sumbat lagi laksam.


with Madam Haslinda. Thank you so much madam. Madam masak sedap! Wanita macam ni la diperlukan negara dan agama, bukan je berkerjaya, malah pandai jaga rumah tangga (betul2 tudung - tak faham kenapa aku yang perlu betul2 tudung huahuahua)

Then dorang ajak pergi rumah Dr. Aspalela. Ingat nak jumpa2 kat luar rumah, salam2 laga pipi je. Sekali dia ajak minum. Suami siap pergi beli kuih oi banyak gila oi perut da sendat oi tapi 3 ketul jugak aku tibai oi haha. Dr. Aspalela sumpah kelakar. Time kitorang SMS dia suruh datang lambat sikit sebab dia baru goreng ikan masin dengan ikan bilis nak bawa pergi Turki, bila kitorang sampai dia da siap mandi wangi semerbak. Ayat first dia 'Cantik tak Kak Ton?' Hahaha. Tea time la kiranya kat rumah dia, bergosipp lagi. Gelak je kerja dengan dia ni.

Da nak balik tu, macam2 pesanan dia bagi. Sebak pulak :') Lecturers majority awesome, baik, tak kedekut, kelakar. Dorang la pengajar, dorang la ibu bapa. Hanya Allah je yang mampu balas jasa dorang :) Hope to see them all at my convocation day, inshaAllah.

with Dr. Aspalela. Thank you Dr hidang kitorang dengan hi-tea and gossips hahaha.

Sebelum balik bilik, Mira bawa aku pergi tengok rumah PNC dekat satu bukit dalam UUM, rumah banyak kat situ, tapi takde siapa duduk. Kalau aku pun taknak duduk situ. Da la atas bukit, dalam hutan. The most suitable place nak buat cerita hantu, serius! Aku naik pun seram sejuk.

Thank you madams, thank you kawan2. Moga kita berjumpa lagi :) I love you all *hug*

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!