”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

12/09/2013

Bayan Lepas-UUM-Danok

Ni cerita Sabtu lepas. Ya Allah busy nya hidup aku kebelakangan ni *campak diri atas katil*. Sabtu lepas aku dengan Cha bertolak dari Kuala Kangsar pukul 930pagi nak ambil Maria dekat airport Bayan Lepas. Maria cakap sampai 10.30, rupanya dia lupa nak update yang dia sampai 930. Ha molek benar, kawan tu da sampai 930, kitorang baru nak gerak dari KK. Kah kah kah nasib la menunggu, da la hujan je sepanjang jalan, den nak memecut sangat pun tak berani.

Nak sampai Bayan Lepas sonang je, signboard berlambak, siap ada sign kapaltorbang, kalau sesat jugak memang dungu la haha. Lepas tu terus shoot ke UUM nak ambil jubah konvo. Da lepas ambik, pening nak tidur mana malam tu haha. Konfiden je tiga2 bagitau kat parents masing2 da dapat bilik. Padahallllll haha. Kalau parents masing2 tahu, memang tak lepas la kitorang nak berjimba hari tu 

Time tu masing2 da flat, memang nak cari tempat pembaringan je. Try call junior, Baby, dia cakap sebelah bilik dia ada stor simpan barang, ada katil seketul. Stor?? Haha. Apa ke nasib kena tidur dalam stor. Stor pun stor la, janji boleh tidur. Not bad la, besar gila bilik tu, stor khennnn haha. Tingkap tak boleh tutup, takde langsir, mengadap hutan, pintu tak boleh kunci, nice! Pedulik, janji aku nak tidur. Baby siap bagi extra tilam dengan cadar. Thank you Baby :)

Masing2 pengsan lepas tu. Da maghrib baru bangun, nak masuk Danok. Kali ni aku masuk Danok ada boarder pass tau. Sekarang imigresen da strict, dulu dorang tak heran sangat pun takde passport setakat nak makan2 kat Danok tu. Da la bawa kereta masuk, dorang nak tengok geran kereta, oi ingat aku da bayar habis ke kereta, nak geran pergi mintak kat bank la haha. Tapi apa guna jadi perempuan, kalau tak pandai pujuk2 abe polisi hahaha. Maka kami lepas masuk Danok makan pulut ayam, daging salai. Donut kastard je tak dapat makan, da habis :( Bila la nak dapat lagi. Then pergi beli toiletries sikit, murah oi!

Keluar dari Danok 10.30 malam, shoot pergi Jitra nak tengok Penanggal. Hansap tau dorang, da la paksa aku tengok Penanggal, Midnight movie pulak tu. Sabar je la kawan2 ni, nasib baik sayangg. Tak seram sangat la cerita dia *sebab kau pejam mata* haha. Tapi tak faham oh cerita tu, sebab berseni sangat kot, aku da la buta seni. Out of 5 stars, aku bagi 3 je kot.

Da habis terus balik stor haha. Tidur sampai ke pagi. Sejuk oh stor tu, pasang kipas nombor 1 pun gigil lagi.


No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!