”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

12/10/2013

Pre-Convo Photoshoot

Cantik tak kehidupan gue? Convo pun ada pre-photoshoot bagai, kahwin tak tentu aku buat haha.

Pagi Ahad tu dimulakan hidup dengan jemput parents aku dekat stesyen ketapi Arau. Pagi tu macam kelakau sikit, kitorang ingat nak photoshoot pagi, da pakai jubah semua, da kepoh tak reti pakai selempang, sekali mak aku called bagitau da sampai. Haha. Cabut semua balik, rush ke Arau pulak.

Sebab tak boleh check-in lagi, kitorang pergi shoppping kat Padang Besar jap. Benda wajib beli Pes Tomyam dia, memang A+. Kalau nak tomyam rasa masakan thai, time masak tu campur susu cair, and kawan aku cakap nak lagi sedap, letak sos ikan sikit. Ha sempat selit resepi Dapur Beron haha

Pukul 2 gitu hantar parents aku pergi Pauh Inn dekat Arau. Pauh Inn betul2 dalam Politeknik Arau, memang Politeknik punya, macam UUM ada EDC. Bilik not bad, semua keperluan ada, environment pun cantik, siap ada swimming pool. Geram je aku tengok swimming pool tu, sebab tak sempat nak terjun tiruk dalam tu. Harga pun murah, just aku bayar mahal sikit sebab ambil melalui agen. 

Then balik UUM balik nak jumpa Iylia.  Iylia datang dari KL tau semata nak jumpa kitorang, sumpah sayang Iyliaaaa banyak2. Siap bagi hadiah, bertambah sayang. Weee. Lepas tu menggedik la kami ambil gambar. Wawa and Dira tak dapat join sebab baru sampai, masing2 penat, so kami tangkap gambar on behalf of them hehe. Sila meratapi gambar:









lovely Iylia. Taken. Haha

My Darlings. Taken. Haha

Lepas tu aku balik la hotel, ponat gilo. Da la Changlun jammed. Benci, Changlun pekan yang permai jam. Huh. Malam tu mak ajak pergi pesta konvo. Ayoooo fikir penat, memang malas nak pergi, tapi fikirkan ni la last nak pergi pun. Tapi pesta konvo kali ni suram gila, macam takde pape je. Tempat makan je okay, laksa sedap, kebab pak Arab sedap!



No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!