”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/29/2014

Filing Borang 6,7,8 & Notis Perbicaraan & Sijil Pengesahan Dokumen

Hari Selasa hari tu aku pergi filing borang2 di atas dengan penuh debar di Mahkamah Tinggi Jalan Duta KL. Aku tak suka court, I dont know why I choose Law as my course in University back then haha. Okay jangan melalut. Sebelum filing, pastikan papers in order. Begini susunannya;

1. Borang 6
2. Sijil perakuan ekhsibit A
3. Salinan sijil lahir
4. Sijil perakuan ekhsibit B
5. Salinan I/C
6. Sijil perakuan ekhsibit C
7. Salinan degree in BM & Salinan sijil kelayakan LPQB
8. Sijil perakuan ekhsibit D
9. Borang 7
10. Sijil perakuan ekhsibit E
11. Borang 7
12. Sijil perakuan ekhsibit F
13. Borang 8 & Sijil Ethic
14. Sijil perakuan ekhsibit G
15. Salinan sijil pengecualian BM
16. Sijil perakuan ekhsibit H
17. Sijil Penampalan
18. Notis Perbicaraan
19. Sijil Pengesahan Dokumen
*Bawa semua sijil asal, IC asal, sijil lahir asal untuk PKP buat pengesahan Dokumen

Procedure:
1. Kalau korang belum affirm borang 6, pergi kaunter bayaran, buat bayaran then pergi affirm. Sebelah kaunter bayaran ada kaunter pesuruhjaya sumpah. (RM20 - afidavit 1, sijil akuan ekhsibit 8)
2. Pergi kaunter 3 E-filing mintak borang presipi. Dekat borang Presipi tulis; (1) Borang 6, 7, 8 (2) Notis perbicaraan (3) Sijil perakuan dokumen. Means ada tiga instrumen
3. Pergi balik kaunter 3, kerani bagi nombor and amount caj biro perkhidmatan.
4. Pergi bayar caj biro dekat machine (RM30 - 3 instruments)
5. Tunggu nombor giliran, then kerani akan scan.
6. Tunggu nombor dipanggil lagi kat kaunter 17, ambil invoice
7. Pergi kaunter bayaran, bayar la apa lagi nak buat haha (RM256)
8. Pergi kaunter 18 kat kaunter e-filing, serahkan invoice yang da dibayar, nanti kerani bagi satu invoice cop BAYAR
9. Jangan balik lagi. Pergi naik ke RKKK, cakap nak buat pengesahan dokumen. Nanti dia tanya kau nak long call mana, kalau luar KL, dia bagi borang transfer. Letak 3 sebab; (1) Pempetisyen menetap di _____ (2) Pengajar dan mover menetap di _____ (3) Latihan dalam kamar di _______. Cukup, jangan bagi alasan lebih2, alasan je korang ni haha. Borang tu ada 2, and 2 salinan. So semua 4 keping.
10. Kalau korang pelajar outstation, bagitau kerani tu nak cek dokumen hari tu jugak, cakap la nak kejar bas/train, itik/ayam kat rumah takde siapa bagi makan
11. So tunggu kejap, kerani akan ambil semua sijil asal, salinan resit Disciplinary Fund dengan Instrument nak tunjuk dekat PKP.
12. Dia pulangkan sijil2 tu, dengan surat transfer dengan Instrument kat korang.
13. Keluar dari RKKK dengan rasa syukur, dan pergi tangkap gambar sebab entah bila lagi korang nak datang mahkamah tu. 

contoh tangkap gambar HAHA 

Dalam train on the way balik, aku da dapat email boleh extract sijil pengesahan dokumen.

Hari Rabu aku pergi High Court Taiping, serahkan borang transfer & Instrument. Tunggu tarikh dari mahkamah.

Sekian, for now. 

8/28/2014

Sijil Penampalan, Sijil Kelayakan LPQB, Bayaran Discplinary Board & Instrument

Isnin lepas aku berada di KL untuk menguruskan hal filing borang Long Call aku. Filing hari Selasa, Isnin uruskan macam2 hal untuk pastikan semua documents in order. 

Sijil Penampalan
1. Mula2 pergi High Court Jalan Duta, KL. Pergi bahagian RKKK (Rayuan Kuasa2 Khas). Budak Chambering memang akan familiar dengan department ni. Cakap dekat kerani situ nak buat sijil penampalan. Nanti dia bagi kau satu borang dengan bundle notis penampalan dari semua High Court Semenanjung Malaysia. Kerani tu akan ajar macam mana nak isi borang Sijil Penampalan tu.Jangan lupa cakap kau student outstation, nak extract cepat sebab nak filing esoknya.
2. Then kau pergi kaunter 3/4 bahagian E-filing, mintak kerani situ presipi. Dah isi presipi, bagi balik dekat kerani kaunter 3/4 tu, nanti dia bagi nombor giliran dan berapa kau kena bayar untuk biro perkhidmatan
3. Pergi ke mesin nak bayar Biro Perkhidmatan. Pastikan duit korang sado, supaya machine tak reject duit korang. Perasaan di reject sesungguhnya amatlah lahabau rasanya haha. (RM10.00)
4. Tunggu nombor dipanggil. Then bagi dokumen untuk kerani tu scan.
5. Dah siap scan tunggu nombor yang sama dipanggil kat kaunter 17. Ambil invoice kat situ.
6. Pergi bahagian bayaran, bayar harga e-filing untuk sijil tu. (RM40.00)
7. Dah bayar pergi balik bahagian e-filing, hantar invois yang dah dibayar ke kaunter 18. Nanti dia cop BAYAR.
8. Then korang keluar la dari court tu, buat apa lagi? Balik laaa! Haha
9. Petang sikit dapatlah email cakap sijil penampalan boleh extract

Dah siap urusan tu, aku pergi Wisma Maran nak bayar RM200.00 untuk Disciplinary Board dekat Tingkat 8. 

Then aku pergi bayar RM30.00 kat Bar Council untuk instrument. Resit yang bayar 200 tu jangan buat origami ye, sebab guna sampai hari filing dan simpanlah sebagai kenangan di hari tua. Kat BC pun dorang nak tengok resit 200 tu. Simpan dua2 resit.

Then tunggulah BC issue kan instrument korang. Simpan baik2, cium sikit instrument sebelum dimasukkan ke dalam fail sebagai tanda kasih sayang.

Lepas tu aku ambil sijil Kelayakan aku kat BC. Cek2 tengok nombor IC aku salah oiiii! Aku perempuan kot, apehal belakang 3, walaupun aku perangai sedikit jantan, tidaklah pula sampai nak tukar jantina.

Then aku pergi LPQB, dalam 200m dari BC, jalan kaki, dalam hujan, syahdu tak pengorbanan aku? haha. Aku tanya dorang macam mana dengan kesalahan tu. Dorang kata seminggu baru siap sijil kalau nak dorang betulkan. Gila! Esok aku nak filing, takkan nak duduk KL seminggu, takkan nanti nak datang balik.

Aku patah balik ke BC (masih hujan), tanya dorang macam mana. Dorang cakap, takpe filing je, nanti dapat sijil baru ekhsibitkan dan buat afidavit pembetulan. Pffft. Then aku patah balik ke LPQB, cakap apa BC bagitau. Lepas tu dorang pulak cadangkan untuk Director LPQB keluarkan satu surat mengesahkan nombor IC sebenar aku.

Panjang lagi cerita sebenarnya, tapi Alhamdulillah selesai. Pihak court pun tiada apa2 bantahan. 

Nanti aku sambung pasal filing borang 6,7,8.


Resort Cinta Sayang, Sg. Petani

Sabtu lepas aku pergi Sg. Petani, ada family day pejabat ayah. Bukan main jauuh buat, apehal tak ke Thailand terus, boleh makan pulut ayam. Yang up sikit kat SP ni memang resort ni kot, sebab dulu aku dinner UUM kat sini gak. 

Tetap macam dulu resort nya, tiada up grade apa, sendu sikit haha. Dinner tak sedap langsung haha. Breakfast okay la. Bilik pun so so la. Nasib baik free, kalau saja2 nak datang bercuti, tak kot aku ke sini. 

Family Mak Ida pun pergi sebab Pakcik satu pejabat dengan ayah. So time dinner budak2 ni masuk pakaian beragam, Fakhri johan weh sebab dia pakai baju Melayu dengan tengkolok kot. Kena dengan tema Raya + Merdeka. Siap kempen save Gaza.

Dinner

Pagi esoknya lepas breakfast masuk waterpark dia, The Carnival. Kecik je, tapi okay la dengan harga, air kotor sikit. Sebelum mandi budak2 ni masuk pertandingan mewarna. Gila kau mewarna dalam waterpark, memang tak keruan la budak2 tu, bukan tengok kertas, tengok kolam haha. Kali ni Kak Ngah pulak johan mewarna hihi.

time ni tengah breakfast, dorang da meroyan nak mandi

Kak Ngah menang! Yeayyy!

Aku lepas salin baju. Aku naik slide dia. Ada satu tu curam nak mampus. Aku jerit macam nak terkeluar anak tekak, tapi tak terjerit. Faham tak? Haha Sakit jantung aku. Dulu time budak2 main steady je, nampak sangat faktor usia haha

Malam Ahad tu aku gerak ke KL nak filing borang Long Call. Tu nanti aku cerita lain.

*Hari tu time pergi Sg Petani, nampak muka Kak Ngah macam kena cakar. Kitorang syak adik dia, sebab adik dia baran gak, tapi adik dia mati2 nafikan 'butan. butan adik buat' haha. Lama2 luka tu jadi pelik, jadi merah, lepas tu makin dalam. Bila tanya Kak Ngah siapa buat, kejap dia cakap adik, kejap dia cakap sepupu aku, lepas tu dia cakap 'perempuan tu'. Nasib baik aku ada sorang pakcik memang belajar perubatan cara Islam ni. Dia pegang Kak Ngah, dia cakap ada 'benda' berkenan ke Kak Ngah. Ya Allah, moga Kak Ngah dilindungi. Tapi aku pelik, kalau berkenan kenapa cakar? Berkenan ke jealous? huhu

8/22/2014

Tepi! Tepi! Aku busy ni

Ahad lepas 2 orang kawan aku dari zaman Asasi *zaman konon, macam jadi sejuta tahun lepas* turun Ipoh. So sebagai tuan rumah, Azam, Affan dengan aku bawa lah mereka pusing Ipoh. I didn't contribute any idea where to lepak coz later I realize I know nothing bout Ipoh except JJ, court, and other typical places. Actually Ipoh has so many cool cafes / restaurants / kedai makan tepi jalan. Yeah I do define one place as amazing depends on what they can offer in term of makanan haha. And shame me, I don't even know my own place and I classified myself as tourist last Sunday.

Aku lepak dengan Tasha, Melle, Azam dengan Affan dari tengahari sampai la ETS dorang gerak pukul 9 malam. We just tour cafes around Ipoh till our stomachs bloated haha. Bermula dengan Nasi ganja, Taufoofaa Funny Mountain, Stan n Brew, STG, and lastly Harold's Bread Cafe. Kat Harolds sumpah aku dah rasa nak muntah tapi kena paksa dengan Tasha makan spageti carbonara, kena sumbat dengan Pizza oleh Melle haha.

Walaupun da tak jumpa 6 tahun, but they never changed a bit, tetap loqlaq haha. How I miss my Asasi time. Setahun yang penuh suka. Yang duka cumalah picisan kehidupan. Gituhhhh. Hope to see others soon. Group B Asasi Law KPTM 2008/2009. Time Asasi aku nakal sikit, suka keluar semalaman, sampai kolej 6 pagi lepas tu meroyan tak boleh tidur sebab terlampau penat haha. Tak de lah buat benda bukan2, just tengok wayang, lepak mamak, lepak kat Putrajaya sampai kena halau dengan JAKIM kah kah kah padiaa kitorang berkumpulan kot, bukan berdua-duaan. Memori, heh, memori *geleng2 kepala sambil senyum*

Okay enough recall memories. Isnin aku pergi Taiping ada open house office sana. Then mintak sign bos untuk Sijil Kerajinan. Bos tanya 'Rajin ke hang ni?' Dengan laju dan pantas aku jawab 'ehh saya memang rajin' haha. Hidup kena konfiden. Siapa claim dia rajin tapi takde sijil kerajinan baik diam haha. Jumpa Kak Dayah mintak sign sijil kelakuan baik, jumpa Jau untuk gossip dan pulangkan notes haha. Sijil2 ni akan ku tunjuk pada bakal mak mentua sebagai prove evidence yang anak dia akan berbahagia di samping aku kah kah kah. Tak lah, sijil ni untuk aku filing nak long call next week. Tehee

Selasa pulak aku ke Ipoh kutip sijil YBGK. Da berbulan benda tu siap baru nak collect. Syabas betei syabas, you never change haha.

Rabu aku siapkan kerja. Khamis siapkan dokumen nak filing, tapi tak siap2 lagi -_-". Lepas tu pergi open house Agrobank dengan Bank Persatuan dekat Ipoh. Aku mati2 ingat Bank Persatuan tu da bankrupt, wujud lagi rupanya haha. Sedap2 makanan open house hari ni. Rezekiiii, Alhamdulillah.

Hari ni hari berkabung untuk MH17. Salam takziah kepada semua keluarga mangsa. InshaAllah they are now in better place. Al-Fatihah. 

InshaAllah Isnin ni aku ke KL untuk urusan filing borang 6,7,8. Doakan segala urusan aku dipermudahkan. Aameen

8/13/2014

Training Programs - Done

Result training programs yang aku pergi secara tiga minggu berturut-turut, yang macam orang gila turun naik KL, akhirnya keluar jugak. And Alhamdulillah, aku dan kawan2 seperjuangan lulus ketiga-tiga exams tersebut.

Dah boleh pergi filing paper 6,7,8. Kena ke KL lagi -_-''. Lagi two weeks kot baru pergi, borang hape tak isi lagi. YBGK certificate pun tak collect lagi. Dasar last minute! Haha

Doakan segala urusan aku dipermudahkan, ya?  

Oh dont be mistaken, law graduates from UUM je perlu attend training programs ni :)

InshaAllah I'll be a legal lawyer soon. Aameen :)

8/11/2014

Padang Kota Lama, Penang

Sabtu lepas, aku dengan family pergi Penang, nak makan2. Kemain jauh kan pergi makan. 3 kereta semuanya. Aku kerja Sabtu lepas, mula2 ingat da kena tinggal. Sekali balik semua ada lagi tunggu aku. Hikhikhik terharu pulak kita. Pastu bising salahkan aku bertolak lambat. Haha aku tak suruh pun tunggu :P

Memang semata-mata pergi makan je, singgah sana sini, sampai Padang Kota pun da lewat petang. Mula2 pergi area Queensbay, kat situ da takde orang jual2 makanan tepi laut, ada pun 5 6 gerai je. Nak pergi tempat lain da lewat sangat. Pergi je la Padang Kota. Pergi on weekend, biasala, kena cekik oi harga! Nasib baiklah mampu bayar lagi, kalau tak basuh pinggan :P haha. Kat sana sedap Pasembor, coconut shake, kerang bakar. 

Kitorang lalu Jambatan baru. Panjang perjalanan, bersimpang siur and tol dia mahal sikit  dari jambatan lama. Nak merasa boleh la, tak ramai lalu sana sebab dia jauh sikit nak ke Georgetown. Dari Kuala Kangsar ke sana tol RM20 lebih tak salah.

Lepas makan2, bagi budak2 tu main taman kejap, then balik la. 

gambar atas kanan mulut aku tengah kecoh nak control dua2 eko tu. Bantai nya nak terjun laut dari benteng tu. Sebelah tangan pegang Haziq, sebelah pegang Arissa -_-'' Ummi2 mereka tengah kusyuk menketedarah haha

8/10/2014

Tak habis2 isu kahwin

Aku tak tahu kenapa lately isu kahwin buat aku sedikit pressure. Bukan pressure sebab aku nak kahwin,tapi orang lain yang nak aku kahwin.

Why bother? *pinjam tagline Azwan Ali* What to worry? I'm 24, remember? Not 42. Even kalau 42 aku tak ditemukan jodoh lagi, who am I to question fate?

Sebelum ni orang tanya pasal kahwin,memang masuk telinga kanan keluar kot hidung kanan. Dekat sikit perjalanan,telinga kiri macam jauh je haha. Aku tak pernah ambil hal. Peduli apa aku haha. Sambil kena bebel siap aku browse tempat cuti best2, browse about my dream cars.

Ayah da 2x menyuarakan isu kahwin aku. Siap cakap aku kena mandi bunga *in a joke way of course*

Mak siap ngadu kat makcik aku 'tak tahu la siapa yang dia nak, semua nak kat dia, dia taknak'. Nadia nak Johnny Depp mak, tak pun Arjun Rampal hahaha.

It's not something forceable. I believe it will comes when we least expect it. Isn't?

And I promise mum to consider whoever come to ask for my hands if it will make my parents happy and less worry. *terms and conditions applied* haha

Orang suka aku,aku tak suka dia. Aku suka orang, aku rasa dia tak suka aku hahahaha.

Kenapa nak Nadia kahwin mak? Ayah? Mak Ayah da tak larat jaga Nadia ke? Am I too naughty and burdensome to both of you? Hahaha emo pulak.

Nak Nadia kahwin bagi Nadia pergi Krabi dulu Oktober ni *ugut* hahaha

Maybe mak ayah risau sebab aku tolak cara baik semua orang yang nak 'berkawan' dengan aku. Its not aku tak suka laki yang datang kat aku, its just we dont have chemistry huhu. Marriage is  about two hearts who willing and promise to live together forever. Its not a matter of one two three or four years. Its forever.

8/06/2014

Boikot dan Poligami

Apa yang aku nak cerita ni, hanya pandangan aku sebagai manusia biasa yang UPSR PMR SPM Agama Islam dapat A, tapi hanya teori semata-mata, ayat2 hafazan dulu sumpah aku dah tak ingat semua T___T. Hanyalah pendapat aku yang naif dan punya banyak khilaf.

Bagi aku dua2 isu ni (boikot & poligami) adalah option dan hak individu. No one can blame others for accepting or rejecting it, neither right nor wrong. 

Aku telah sedaya upaya aku untuk memboikot produk2 yahudi. Tapi ada benda yang memang tak mampu nak boikot. 80% barang dorang ada kat Malaysia ni aku rasa. Mc'D tahan lagi, banyak option lain. Ayam Black Pepper MarryBrown sedap nak mampus weh (aku puasa, sila faham exaggerated aku sekarang). Tapi produk Nestle, tudiaaa, rumah aku pandang atas kanan kiri tepi belakang celah kankang, semua produk nestle T__T How maaa?

Aku difahamkan Nabi kita dulu tak boikot produk Yahudi, baginda boikot cara hidup Yahudi. So kita utamakan sunnah. Aku tak kata tak perlu boikot, dengan perangai Israel yang serupa jahannam sekarang, memang harus la kita boikot produk dorang. But again, Islam ni tak menyusahkan umat dia. Kita buat yang kita mampu, but in a same time, kita bagi sumbangan dan doa untuk mereka2 yang dizalimi.

Bagi aku, jangan berhenti kerja (contoh: Perkerja Mc'D) unless memang da dapat kerja lain. Menganggur tak tentu hala, menghabiskan duit mak bapak pun lagi worst aku rasa. Its just my humble opinion la.

Janganlah kau caci dan pandang sinis orang yang tak boikot. Kau boleh jamin yang kau akan boikot sampai nyawa terpisah dari badan? Jangan sembanglah bang! Cakap jangan besar, nanti kena balik dekat hang. Kita ada nafsu yang kadang2 tak terkawal haha. Hang nak boikot silakan, tapi jangan kau pandang orang minum Milo tu macam minum todi pulak.

Boikot, bagi sumbangan, mendoakan, itu semua kerja murni. You choose.

Poligami; ha ni lagi satu isu panas, panas, panas! Haha. It is a sunnah, I never deny it. Agama pun membenarkan lelaki kahwin 4. 

Tapi kan kan kan, Nabi dulu berpoligami selepas Saiditina Khadijah meninggal dunia, dan If I'm not mistaken, dia kahwin semua janda kecuali Saiditina Aisyah. Kebanyakan janda adalah suami yang syahid time perang so Nabi kahwini mereka as one way of helping. Nabi sendiri melarang anak dia, Fatimah dari dimadukan. Am I right?

Apa motifnya poligamy anak dara? Nak tolong apa kalau anak dara tu ada kerjanya, boleh hidup sendiri. Kasar tak kalau aku cakap sebab nafsu? Haha -_-''

Aku perempuan, aku tahu apa perasaan perempuan. Bukan mudah hidup berkongsi ni woi. Perempuan ni bab material tak kedekut, bab kasih sayang kedekut sikit bahahaha.

Ya Allah, jauhkanlah aku dari cinta suami orang. Jangan sebab aku teruntuhnya masjid yang terbina teguh, sebab aku tak dapat janjikan masjid yang akan aku bina tak rapuh. Aku manusia biasa. Lindungi aku ya Allah.

Nak cari suami bujang, solat penuh, puasa tak tinggal, tak merokok, kerja stabil. Kat mana ada ha? Haha. Kadang2 orang2 yang 'kacau' aku buat aku rasa nak kahwin esok!

8/04/2014

Seminggu berhari raya oi!

Bukan main meriah raya aku tahun ni. Tiap hari pergi beraya. Paling tak sangka, dapat duit raya lagi hahaha. Sakann la. Seronok tau benda yang kita tak sangka dapat tapi dapat mihmihmih.

Raya Pertama:

Ramainya perempuan family aku 



Tahun ni tema family aku warna warni di Aidilfitri. Raya 1st raya dengan family mak, dan sepupu2 ayah.

Raya kedua:

Dari pagi sampai senja tak putus orang datang rumah aku. Sedara mak dan ayah. Rasa nak halau pun ada hahahah. Tapi memikirkan tetamu datang bawa rezeki, and balik bawak dosa kita keluar, aku redha akan kepenatan ittewww hehe.

Malam beraya dengan family side ayah pulak. Ada sorang pakcik aku ni, rebe kau tau! Haha. Nak dapat duit raya dari dia kena cium pipi 3x. Urghhh. Aku anak sedara last pergi ambil, tu pun kena paksa. 2x try baru lulus cium 3x. Cesss! memang gamat rumah aku malam tu dek angkara dia haha.

Lepas tu pasang mercun. Lagilah gamat.


Raya ketiga:

Kawan2 datang rumah aku, mak masak lontong. Then aku pulak ikut dorang beraya, sampai ke malam. 5 buah rumah, sendat perut aku haha. 

Lepas beraya, jumpa client pulak. Raya2 pun kerja T__T

Kawan2 MRSM Lenggong

Bila masing2 da kerja, mula la sembang pasal kereta, rumah. Adoyai, da besar, da ada komitmen. Takutnya nak hidup huhu

Raya kelima: 

Pergi Tapah, rumah bakal pengantin. Hewhewhew. Setengah hari satu rumah je. Sampai kawan aku Muhammad, cakap dekat aku 'Korang ni raya setengah hari satu rumah je, dalam kereta sembang lagi, whatsapp pun whatsapp, korang sembang apa haaa' Hahaha.

Terima kasih Muhammad, layan kami bahahaha

Raya keenam:

Pergi open house rumah Syakira, kawan time aku praktikal dekat Mahkamah Tinggi Ipoh. Then pergi rumah Syafikah pulak. 


Raya ketujuh:

Pergi raya dekat Pizza haha. Petang pergi rumah Maksu makan mee kari.

Sekian sahaja raya aku selama seminggu.

Hari ni da start kerja. Urghhhhh.

Boleh la start ganti puasa selama 10 hari dah T____T

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
andai terkasar bahasa, terlebih gurau, termengata bila2

:)