Jumaat lepas pejabat aku received surat jemputan untuk join that so called karnival. Which tarikhnya semalam! Terima kasih for your short notice! Boss aku suruh aku uruskan program ni untuk pengalaman katanya so aku terima dengan rela. Gitchuu
So Isnin ke Jumaat tungkus lumus sediakan bahan pameran. Yang bagusnya pihak penganjur tak sediakan board! Karnival takde board? Are you serious guys? So terpaksa pinjam board jabatan lain. Thanks God semua staffs berkerjasama, bagi apa aku nak without any heeshhhh. Terima kasih kepada semua my beloved staffs.
Hari Sabtu 4 pagi aku bangun dah weh! 4 pagi! Kalau sahur takpe, ni nak mandi untuk ke Karnival tu. Kitorang tak tidur sana sebab plannya Jumaat ada satu team setup barang tapi pihak penganjur tak jamin keselamatan barang-barang tu untuk malam tu. So kitorang kene sampai sana at least pukul 8 untuk setup booth. Nak sewa homestay pun tak sempat dah.
Driver ambil aku kat rumah and then ambil lagi 3 orang staffs kat rumah maisng-masing. Kitorang sembahyang Subuh dekat Masjid Batu Gajah. Lawa gila weh masjid tu! Ada esclator siap. Woawww kagum aku! Design pun cantik.
Kitorang sampai area pukul 8 jugak la. Karnival tu mengadap muara laut. Saujana mata memandang (hanya waktu pagi ye, bila tengahari panas rembang, mind youu T___T)
Dah setup semua pergi breakfast and tunggu la customer datang. Paling bangga booth kitorang paling meriah siap curi alas meja orang sebelah hahaha. Nasib baik dorang datang bawa alas sendiri. Kami punya tertinggal! Haha.
Ramai jugak yang datang booth kami. Semalam kami sediakan untuk pendaftaran online. And ada Q&A. Everything went smoothly. Alhamdulillah.
Yang aku peliknya, toilet sana kotor gila. Eyucks! Come on la penganjur, benda common kot. Kau panggil dekat 50 agensi, panggil YB bagai, tapi toilet tak reti cuci dulu? Ayooo, sivik mana sivik?
Penduduk Bagan Datoh tak ramai, pekan pun pekan lama. So dalam pukul 2 orang dah takde. So kitorang terus kemas nak balik. Mata aku dah rabak gila time ni, fikiran pun melayang-layang.
.
Team yang pergi dengan aku sumpah sempoi and kelakar gila. Tak berhenti gelak especially dalam kereta. Dapat tidur kejap je dalam kereta sebab dorang buat lawak haha.
Ada sorang staff cakap kat aku 'Buat masa ni saya senang sangat kerja dengan Cik Nadia, senang berurusan, tak segan nak bagi idea, Cik Nadia pun tak buat kita ada jurang, boleh makan semeja, gelak sama-sama, mintak mintak sampai bila-bila la ye hehe'. Alhamdulillah and inshaAllah :).
Singgah sana singgah sini, aku sampai rumah aku pukul 8.30 malam. Aku tak cakap apa dah, tanggal tudung terus tidur. Lepas tu baru bangun cuci badan and solat bagai.
And hari ni aku bangun pukul 10pagi. Rasa penat gila. Hari ni ada kawan aku kahwin kat Penang, aku mintak maaf kat dia sebab sumpah aku tak larat sangat nak drive. Sumpah hari ni kerja aku tidur makan je.
After all it's indeed a good experience for me. Thankyou boss bagi peluang ni event it just a small event. Small pun mengah jugak aku nak handle, sampai kerja office pun tak sentuh last week. Esok siap la. T____T
Rinduuuuuuu.... Sob3
ReplyDeleteOrang bagan datoh ke? Balik la. Tlg cuci public toilet sekali
Deletetakla... nape delete latest entry? saje kan... :P
ReplyDeleteaah saja. any problem?
ReplyDelete