Last week was a long weekend and I have love-hate relationship with long weekend. Siapa ja tak suka long weekend habaq mai. Tapi malam Isnin tu dah benci rasa nak apply cuti sampai kiamat. Haha inilah contoh manusia yang tak reti bersyukur. Aku lah tu.
Aku malas nak ulas isu Bersih ke kotor ke tengah kemas ke. Aku malas nak deklimasikan sajak untuk Malaysia sempena kemerdekaannya. Kat Mak Ayah aku pun aku jarang-jarang sampaikan rasa sayang, ni kan pulak kat Malaysia. Faham-faham sendiri la ye haha.
Disebabkan cuti sampai Isnin maka ramailah ambil kesempatan untuk berkahwin. Tidak termasuk aku. Sebab aku tak suka ambil kesempatan haha. So Ahad aku pergi kenduri Dinie. Tak sangka aku dah kahwin dah minah tu.
Tahniah Dinie. Moga berkekalan hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
First time jumpa Ahmad Mikhail Haziq. Dobot gila weh, aku picit-picitkan sebab geram sampai Zul berjanji takkan bawa bayi dia jumpa aku kelak haha. Semalam Ibu Dobot whatsapp cakap BMI Dobot tak normal. Hahaha aku gelak sampai tak cukup nafas. Aku tak tahu BMI juga penting untuk bayi. Kalau aku jadi doktor, tidaklah aku sampai hati nak cakap depan Dobot yang BMI dia overweight. Haha.
Lepas balik dari kenduri Dinie, aku dengan Ros lepak tepi Sungai Perak sambil menikmati burger tepi jalan yang panas sambil berkongsi kisah hidup dalam cuaca yang mendung baru lepas hujan. Sungguh ini antara nikmat dunia. Hehe.
Hari Sabtu aku ke kedai spek nak tukar spek. Bodoh jugak ayat tu, takkan aku ke kedai spek nak tukar bateri kereta! Aku sekarang dalam fasa berjimat cermat (masih gagal) sebab sebab sebab aku malas nak ulas, korang fikirlah sendiri haha. Aku cuba la spek yang harganya murah untuk bingkai spek, mak aku komen "Tak cantiklah Nadia, macam spek pasar malam" Haha *ketawa sambil nangis*. Lalu aku pergi pilih di rak bingkai yang mahal tapi aku ambil paling murah dan paksa cina tu bagi diskaun kat aku. Lalu aku berjaya dapatkan spek less than RM400, ada warranty setahun, dan memuaskan hati ibu ku haha.
Aku rasa telinga aku sengetlah. Bila pakai spek jadi senget, aku kene adjust sebelah batang (is it batang we called it? What ever) bagi naik sikit means dia tak terletak betul-betul atas telinga. Aku cerita dekat Mak tentang masalah body system aku itu. Dan sambil kunyah keropok Mak membalas dengan ikhlasnya 'Kamu memang senget pun'
Lalu aku berhuhuhu sampai Subuh.
Eh korang tahu tak cerita Lepat yang anak dia dibawa lari ke oversea tu oleh ex-isteri minah saleh dia? Kenapa aku tanya ramai orang tak tahu cerita dia? Kemon keluar mastika kot cerita dia haha. Tapi aku bukan tahu dari Mastika. Aku tahu dari youtube sebab tertarik dengan kecomelan anak-anak dia dengan isteri baru dia orang German tak silap. Hebat Lepat ni, omputeh je bini-bini dia haha.
Last week aku beli buku dia, cerita dia sendiri bukan cerita media. Tajuk Buku 'Terima Kasih Si Babi Hutan, Tuhan Kini Aku Datang'. Bila tengok tajuk buku tu terus aku teringat cerita Ustaz Mu Tunggu Aku Datang haha. Bahasa buku tu agak tinggi bagi orang yang dungu dungu alam bahasa macam aku.
Tapi aku boleh faham la, ada yang aku tak faham tapi buat-buat faham. Buku ni dia pertahankan bapak dia yang media tuduh ajar ilmu sesat. Buku ni buat aku banyak berfikir. Lepat dengan bapak dia belajar ilmu Makrifat which aku tak tahu apa benda. Ilmu ni lah yang menyebabkan dorang dituduh sesat.
Sekarang aku curious apa itu ilmu Makrifat. Curiosity killed the cat. Dari bacaan aku dapat rasakan ianya bukan calang-calang ilmu dan boleh gila kalau tersalah langkah. Wallahualam.
Tapi banyak isi dalam buku ni memang buat aku sentap ke ruang paling dalam. Kira ruang yang belum aku sendiri teroka. Sentap aku masih di situ, bersendiri dalam kegelapan tanpa teman. Aku sendiri pun takut untuk ke situ dan selamatkan nya. Harap sentap aku jumpa jalan yang akan membebaskan ia.
Aku tahu Allah itu wujud, aku tahu Allah itu satu. Tapi kenal sungguhkah aku pada yang Satu itu?
Kenal sungguhkah kita pada Dia yang Maha Berkuasa itu? Kenal sungguh kah?
Aku sedar aku ni pengecut. Pengecut nak keluar dari comfort zone. Pengecut nak find out sesuatu yang baru. Pengecut nak terima dan adapt dengan sesuatu yang baru. Pengecut nak terima hakikat yang selama ni aku salah percaturan. Pengecut!
Ada satu page dalam buku ni yang aku nak kongsikan bersama. Salah satu page antara beratus pages yang buat aku sentap:
Makin tua aku makin dapat pedoman hidup. Hidup jangan kerja nak menghakimi/menghukum orang je. Kita bukan wakil Allah yang pegang kunci neraka atau syurga Dia. Mana yang baik kita ambil buat pedoman, yang buruk kita ambil as pengajaran.
pinjam buku, nak baca dan hayati....
ReplyDeletekesian mak sendiri cakap senget, tapi percayalah, itu sume adalah gurauan utk anknye yang senget tapi comel...eh? heeeee
boleh boleh. meh alamat hehe.
DeleteHahaha mak sy mmg suka gurau kasar gitu. biasa dah haha
Lepat ni adakah sama denga Lepat kartunis majalah Ujang?
ReplyDeleteHahahah terhibur aku baca ayat2 entri ko part atas :))
tu aku x sure but dia memang pelukis. skrg dia duduk kt german hehe.
DeleteLepat ni yang ada kes pasal berebut anak tu rasanya...
Deleteye betul cero.
Deletesuke lah bace setiap entri akak. dulu sy sibuk google pasal kereta axia, nak baca review blogger, sekali best pulak bace blog akak ni. hihihh.
ReplyDeletehehe tq dik :)
DeleteSpek bawah rm400 paling murah ke? Haha...kalau aku bawah rm100 baru la murah.sekarang ni pun pakai yg mahal sikit je..rm120. Tapi lagi la cepat rasa senget bila pakai.
ReplyDeleteTapi lepas baca entri ni aku sedar yg bukan salah spek sebenarnya. Even spek kau rm400 pun kau tetap rasa senget...makanya semua ni salah telinga...aku dapat ilmu baru hari ni.Thanks...haha...
weh kt mana kau beli spek murah gitu? sini cermin je 100. nk dpt bingkai rm20 mmg tak la haha.
Deletehahaha. jgn la begitu. sekali aku sorang je senget T___T
Setuju setuju.
ReplyDeleteapa pun comel jer takde senget spek tu
Soya antara Fakta dan Auta
hehe. tu sebab dh betulkan haha
DeleteSama laa aku pun telinga senget. Hahahahahahhahaa...
ReplyDeleteBila pakai spek kena adjust sendiri batang dia bagi satu naik sikit sbb kalau nak suruh kedai adjust nanti malu dia ejek telinga senget...hahahahahahahha
hahhahaha ada geng rupanya. gimme 5! actually dia ada satu mcm penyendal plastik kn nk letak kt batang spek ni utk betulkn alignment dia atas telinga kita? ke tu inovasi yg baru aku fikirkan? haha
Delete"Lepas balik dari KENDURI... lepak tepi Sungai Perak sambil menikmati BURGER..."
ReplyDeletefats alert! hahaha :p
i dont care :P haha
Delete