Tahun ni bagi aku macam tahun-tahun yang sebelumnya jugak. Makin kita ke depan makin jauh kita tinggalkan segala yang di belakang. Sebab hidup aku adalah kitaran biasa, aku kadang-kadang terlepas pandang banyak perkara.
Apa yang ada dalam mind aku; apa yang aku ada, akan sentiasa ada. Aku tak pernah kena tamparan yang hebat yang boleh buatkan aku sedar yang semua kat dunia ni sementara.
Bulan 12 tahun lepas uncle aku koma selama dekat 4 bulan atas segala macam penyakit yang tiba-tiba datang, penyakit dia tu tak melibatkan otak je, organ lain terlibat.
Baru-baru ni dapat tahu sepupu aku kena jangkitan radang otak.
Alhamdulillah kedua-duanya getting better.
Tapi benda ni bagi tamparan hebat buat kami sekeluarga. Kelam kabut jadinya, semua orang dalam mood kemurungan, dengan makcik-makcik yang menangis, dengan pakcik-pakcik yang nak pitam, tak boleh tidur malam. Kau bayangkan ayah aku, aku kena gigit nyamuk pun dia marah nyamuk, sepupu aku jatuh sikit pun mak dia kene marah dengan ayah aku haha, tetiba ni pulak dapat tau sampai tahap koma, sampai tahap ada risiko mati dan lumpuh, memang hilang darah kat muka dia. Itu baru cerita ayah aku, belum pakcik makcik aku yang dengar terus terduduk nak pitam.
Side ayah memang rapat. Ayah 12 adik beradik, yang dah kahwin 11, sepupu-sepupu aku dah lost count dah berapa total, anak saudara ada 3. Point nya, kami rapat. Kami ibarat cubit peha kanan, peha kiri terasa.
Makcik aku pesan,
'Kita kena kuat. Ingat, kita ramai and kita rapat. Ni baru dua kita hadapi dah rasa sesak nafas, nanti macam-macam hal lagi boleh berlaku'
Baru aku tersedar, ye aku langsung tak pernah fikir yang semua dalam dunia ni pinjaman, termasuklah ahli keluarga kita. Aku seolah terfikir yang kitorang tersangat rapat then takkan Allah nak pisahkan kitorang?
I really live in my comfort zone, which I always can count on my family no matter what, I always think that they're always there whenever I need them.
No, no one is forever here, no one is immortal.
Aku dah kena siap-siap setkan dalam kepala otak aku bahawa sebelum aku yang pergi, mungkin ada beberapa kehilangan yang menyakitkan aku kene tempuhi.
Aku kena hargai selagi dorang masih ada depan mata aku.
Dan aku harap Tuhan lindungi kita semua dari segala penyakit yang berbahaya. Makin bukan-bukan penyakit zaman sekarang ni, takut aku dengarnya.
Jaga kesihatan guys, jaga makan, exercise regularly!
Show your love to your loved ones coz we usually love when we lost.
Show your love to your loved ones coz we usually love when we lost.
Kata orang kita tak tahu nilai sesbenar sesuatu sehinggalah kita kehilangannya.
ReplyDeleteBetullah tu.
Kit akena menghargai sementara masih ada.
Bila hilang baru nak hargai, itu terlewat dah namanya...
yes. we always take things for granted. :(
DeleteYup..betul2. Semua org akan tinggalkan kita satu hari nanti. Kena appreciate yg ada skrg ni baik2.
ReplyDeleteTp aku rasa kalau seorg lelaki nk tunjukkan syg dia kpd org yg dia syg agak susah. Biasa pun tunjuk melalui perbuatan, tu pun kalau org faham la...
Betul
DeleteAku pun tak reti weh tunjuk yg aku sayang. Tkpe actions speak louder than words :)