(Pandangan aku ni bukan general ye, ni apa yang aku perhatikan berdasarkan pengalaman sendiri je)
Sebelum aku masuk kerja kerajaan, aku kerja swasta.
Time aku kerja swasta memang ada masanya rasa nak maki je orang kerja kerajaan sebab pejabat aku banyak kena deal dengan kerajaan. Aku tak pernah maki orang ye, rasa je, pendam dalam hati, jumpa kucing tepi jalan tenggong depan dia lalu luahkan perasaan tak puas hati.
Mana tak nya, aku terpacak depan kaunter pukul 2, sorang pun takde. Habis rehat pukul 2 means pukul 2 kena start kerja bukan pukul 2 baru nak bangun ambil wudu' ye. 2.15 baru terkedek nak masuk pejabat, 2.30 baru nak ke kaunter. 30 minit aku ni ibarat emas 916 sekilogram tahu!
Lepas tu muka cemberut habis, muka tak ikhlas. Jawab soalan pun hmm hmm angguk angguk geleng-geleng je. Lagi ramai orang lagi masam la mimik muka. Dah tu kau bukak kaunter lambat siapa suruh??
Jawab telefon pun kasar, macam hal satu Malaysia dalam tangan dia busynya. Bila tanya kenapa urusan lambat sangat (lambat yang tak masuk akal), jawapan paling langsi sekali
"Cik ingat cik punya permohonan sorang je ke saya nak uruskan? Beribu permohonan tau tak!"
Hellooo aku dah hantar permohonan dekat 6 bulan kot! Nak tunggu aku beranak satu baru nak siap ke apa?
Aku pernah tekan button :( kat kaunter hahaha padan muka kau!

Tu belum cerita cari pukul 10 takde kat pejabat, cari pukul 11 takde, pukul 12.15 dah keluar lunch. Belum cerita saka tolong punch kad in and out.
Benda-benda ni semua buat orang ada tanggapan;
"Hmmm orang kerajaan memang macam tu"
"Untunglah kerja kerajaan boleh mengangkang"
Sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Ada je aku jumpa yang berintegriti. Yang manis muka melayan pelanggan, yang punctual, yang kerja tak bertangguh, yang tahu pikul amanah.
Berbeza dengan aku kerja swasta. Kitorang takde punch kad ye. Tapi sorang pun tak pernah datang lepas pukul 9. Antara pukul 9 pagi sampai 1 tengahari memang ada je kat meja buat kerja. Pukul 2 semua pun ada dah atas kerusi masing-masing. Padahal nak menipu boleh je, boss masuk lewat kot.
Hari tu aku pergi ceramah motivasi, penceramah tu tanya;
"Kenapa orang kerja kerajaan tak semotivasi orang kerja swasta?''
Tak sempat kitorang nak jawab, dia bagi jawapan siap-siap. Ape da sendiri tanya sendiri jawab haha
"Orang kerja swasta lebih motivasi sebab dorang dinilai dari prestasi. Kau rajin dapat banyak clients, makin berkepuk la bonus kau. Main goal syarikat swasta ni adalah keuntungan. While in kerajaan, main goal kerajaan adalah untuk serve people. Orang kerajaan ni gaji tak setanding dengan syarikat-syarikat swasta, gaji ciput, motivasi pun kurang. Tapi bila kita ikhlas, ada rasa kepuasan bila memberi, rasa seronok nak tolong orang, rasa lapang dada bila tengok orang senyum, berterima kasih dekat kita, faham apa maksud amanah, gaji yang sikit tu akan buat kita rasa tenang. Gaji yang sikit tu la penuh keberkatan. Rasa kepuasan tu di sini *tepuk dada*, takkan dapat kat mesin ATM"
Then aku masuk kerajaan. Organisasi aku kecik je tapi jaga satu negeri. Dengan tak sampai 20 kepala, kitorang kena jaga berpuluh ribu kepala. Sebelum aku masuk aku ada jugak terfikir, apa la kerja aku nak buat nanti, macam takde kerja je.
Sekaliiiii. Amek kau! Rupanya selama ni tanggapan aku orang kerajaan tak banyak kerja adalah salah sama sekali. Kalau tak masakan ada masa aku kena overtime (tak berbayar T___T). To-do-list aku pangkah 1, muncul lagi 3.
Alhamdulillah environment kerja aku pun bagus. Sebab kitorang sikit, so bos pantau kaw kaw punya. Memang takde la istilah mengular. Lagipun workloads terlalu banyak sampai nak bangun dari kerusi pun tak sempat. Bos aku siap hantar kursus and ajar kitorang macam mana nak deal dengan public. Orang maki macam mana pun, kita tetap kena sabar dengan senyum.
Aku memang tak pernah marah public or bermasam muka, sebab aku pernah lalui macam mana rasanya bila orang layan kita tak ikhlas.
Sebab tu kalau deal dengan customer baran ada yang kena tumbuk, rasakan, baru kena buku dengan ruas.
Kitorang ada SOP yang kena follow. Ada due date untuk setiap proses. Aku kadang-kadang terlepas jugak due date sebab tak terkejar.
So aku pelik manusia kerajaan yang boleh mengular sana sini, 2 jam je duduk kat pejabat tu pun bersembang. Mana la tak kerja 6 bulan tak siap-siap.
Dan aku perasaan banyak masalah datang dari organisasi besar yang mana bos susah nak pantau. Yela ada yang organisasi sampai 200 stafss, bos pun tak kenal semua, macam mana nak pantau? And immediate bos jenis lantak hang la sebab ada orang lain cover kan kerja. Orang yang kena cover kerja dah memaki hamun tapi dalam status FB je :P So last sekali takde siapa ambil tindakan tu yang makin menjadi-jadi. Kawan lain pulak rasa, eh dia boleh buat bos tak kisah pun, kenapa aku tak boleh buat?
Tak kira la kau kerja kat mana pun, bagi aku paling penting kau kena tau tanggungjawab kau. Kalau kau kerja sebab Allah, sebab nak tolong orang, kau fikir duit gaji nak bagi anak bini makan, kau takkan sewenang-wenangnya lari dari amanah.

aku swasta. mcm kau ckp, peluang untuk malas dan mengular tu amat tinggi sekali. takde punch card, bos kadang ada kadang takde. tp aku percaya dalam mencari rezeki yg halal, amanah dlm berkerja. mmg bos takdak, tp Allah ada.
ReplyDeletedan aku tahu, sebenarnya penjawat awam kerjanya banyak. tp aku tak faham kenapa diorg suka bazir masa rehat sampai 2-3 jam. belum masuk minum pagi, minum petang, lunch, snack, gossip etc.
kalau aku, aku akan tumpukan buat kerja sbb aku jenis rimas dgn kerja menimbun.
tp tulah, politik dlm pejabat kita xtahu. nnt kan asyik buat kerja, kena tuduh tak reti sosial. entahlah,
tp bg aku bila cari rezeki biar berkat.
betul tu. kalau semua orang fikir macam kau akan smooth la segala proses kerja.
Deletekan? sebab takde orang pantau kot. and takde rasa "Allah nampak". Aku pun. Aku tak boleh la ada kerja tak buat, rasa tak aman hidup aku haha.
betul biarlah orang nak kata apa pun. janji kita tahu apa kita buat and nak.
Yup.
ReplyDeleteOrang kerja kerajaan kutuk swasta. Swasta kutuk kerajaan.
Itu memang biasa berlaku.
Macam kau dapat rasa perit dua-dua belah, maka kau tahu menghargai.
Setengah orang dah terlalu lama hanyut dlm dunia sebelah dia sahaja, sampaikan terus menolak pandangan orang lain tanpa mendengar.
Bottom line is, kerja itu tanggungjawab, amanah.
Buatlah sebaik mungkin tak kira kerajaan atau swasta.
Marilah menuju kejayaan **tetiba**
betul. manusia kan. mesti rasa apa yang dia buat adalah terbaik, takde siapa boleh celen haha.
Deleteselain dari niat nak tolong orang, kerja yang kita buat tu biarlah setimpal dengan gaji yang diberi kan. Kalau kerja lebih dari gaji, anggaplah amal jariah hehe
Ayuhh *nyalakan obor dan bersedia untuk lari*
Aku kerja swasta tapi pernah ada client kerajaan. Aku tgk org krajaan ni ada je kerja sebenarnya, tp disebabkan dah terbiasa dgn budaya keluar minum pagi, keluar suka hati, diorang terikut2 dan dah buang masa yg sepatutnya digunakan utk siapkan kerja.
ReplyDeleteTapi, aku ok lagi yg keluar minum pagi tp time balik dia balik lambat sikit sebab nak cover masa minum pagi tadi. Tapi yg aku x ok ni dgn yg asyik keluar minum la, ambik anak la tp bila balik nak on time je... Macam budak sekolah pun ada aku tgk diorang punya happy time waktu balik tu. Bezanya xde loceng je. wuhuuu...
yes, budaya. buadaya turun temurun haha.
Deleteada manusia memang slumber dia je, langsung takde perasaan bersalah dalam diri makan gaji buta. dulu aku time belajar ada jugak ponteng kelas, tapi time kerja takde la perangai gitu sebab dapat gaji hoho.
Assaklamualaikum nak tanya nanti bila dah kerja boleh tak tukar sektor? contohnya memula kerja swasta lepas tu nak pindah kerajaan...boleh tak macam tu? maaf baru 18 tahun haha
ReplyDeleteBoleh. Bebila nak tukar boleh. Tapi kene melalui proses interview semua la mcm mintak kerja baru. Antara swasta pun melalui proses yg sama. Kalau dpt Alhamdulillah. Tak dapat cuba lagi :)
Delete