Hari tu bos panggil untuk penilaian prestasi. Alhamdulillah tak sangka dapat markah setinggi tu for my first year sebab aku rasa aku tak betul-betul reti lagi manage works properly. Ikutkan markah, gred aku A+, bangga jap walaupun rasa tak deserved haha.
Then bos aku ada cakap;
Awak sorang je staff saya yang tak tarik muka bila kena tegur, kena marah. Yang langsung tak simpan dalam hati, yang act like nothing happens a second after awak keluar dari bilik saya. Yang bersifat terbuka.
Hahaha dah memang salah aku, takkan aku nak diva pulak tak boleh ditegur. Kau ingat kau siapa? Haha. Dah memang salah, admit je la and betulkan. Time muda ni la kita belajar bukan menyombong diri.
Lagi satu, aku sebenarnya tak reti beza orang tu marah ke tak unless dia mention dia tengah marah. Maybe sebab family aku semua bersuara lantang so orang naik suara sikit aku memang tak rasa dia marah. So sesiapa nak masuk family aku sila bersedia untuk pekak hahaha.
Even cara aku bercakap, siapa yang tak biasa pun selalu ingat aku marah. Haha tak weh, aku paling jarang marah orang luar. Memang suara aku kuat and cara cakap macam tu. Aku kalau dalam meeting tak payah guna microphone pun satu bilik mesyuarat boleh dengar suara aku hahaha.
Hari tu time keluar dari mesyuarat, dorang bising bos marah-marah. Terus aku cakap dalam hati, oh marah eh tu? Haha. Lepas tu aku angguk je la dengar luahan perasaan mereka padahal aku tak rasa pun bos marah.
Dorang yang pelik ke aku yang pelik? Betul la tuh bila orang cakap aku takde perasaan. Macam mana nak bagi ada perasaan? Ada supplement tak? haha
kelakar pulak x fhm org tngah marah.. Hahaha.. Xdak la emo lelebih
ReplyDeleteoh kelakar eh? haha ingat weird. but seriously i rarely can tell haha
DeleteHang boleh join Pak Zack. Kena bambu kaw kaw dengan boss, tapi keluar dari bilik boleh gelak gelak.
ReplyDeleteWkwkwkw
aku pun naj jadi cool cam pak zack juga hehe
Delete