Korang suka membaca tak? Korang pernah tak beli buku tapi sayang nak baca, tapi nak baca jugak, tapi takut nanti habis baca.
Aku sangat value buku sampai tahap ISBN pun aku baca hahaha. Cecita aku untuk ada satu mini library kat rumah sendiri nanti. Kalau tak mampu beli rumah nanti, kita beli library je haha.
Aku dah lama jugak tak beli buku (read: komik). Sejak Ujang dah dihentikan pengeluaran ni, hati aku sungguh duka. So aku beli komik Gempak je, tempat pertama aku tuju kalau pergi Popular atau 7e.
Tetiba hari tu aku baca blog cEro dengan blog Zyra ada promote The Komik, dorang antara artis (artis kauuu) yang menyumbangkan lukisan dalam tu. Aku tau kewujudan The Komik ni dari Prince Noob tapi time tu 1st edtion dia promote kat aku yang e-book punya. Aku tak minat e-book.
So untuk kali ni aku tengok dorang ada jual terus dari 1st edition-3rd edition. So tengok kalendar, zakat lambat lagi nak bayar, tak salah rasanya nak spend duit untuk diri sendiri sikit, maka aku terus email Prince Noob order 3 terus.
Bila dah buat bayaran semua, sungguh rasa tak sabar nak tunggu parcel sampai. Aku buat alamat office sebab kalau letak alamat rumah tunggu balik weekend baru dapat sentuh nikmat yang satu itu. Aku sudah tidak zabarrr.
Kebetulan time parcel sampai aku kat Hotel ada kursus. Aku siap minta tolong staff yang kebetulan nak hantar dokumen ke hotel tu bawak parcel aku sekali dengan diiringi doa parcel tu tak jatuh ke tangan Dato' Hahaha.
Alhamdulillah akhirnya aku dapat jugak!
Aku limitkan diri aku baca sehari satu komik. Ikutkan tamak haloba aku nak baca semua terus. Tapi dalam masa yang sama sayang nak habiskan pembacaan. Siapa bookworms faham la perasaan aku tu haha.
Overall aku puas hati. Ada yang kelakar ada yang sarkastik, ada yang simple, tak lupa jugak ada yang sendu haha. Tapi santai la baca, tak menyebabkan tekanan perasaan malah boleh menenangkan perasaan.
Keep up the amazing work guys. Hope you guys nanti boleh keluarkan majalah setanding Ujang, sure aku jadi subscriber tersohor, kalau nak aku jadi CEO pun boleh wahahaha. Rindu lukisan-lukisan and lawak kartunis-kartunis Ujang. Sekarang ni boleh baca koleksi-koleksi lama je :(
Wee thanks for ze support Nadia!
ReplyDeleteHahaha sama mcm aku. Sayang nak baca kasi habis, tp nak habiskan jugak. Kalau kau baca ISBN, aku pulak mengeja, MENGEJA ok supaya lambat sikit habis, hahaha itu masa zaman aku hingusan la tapi, zaman Gila-Gila dan Ujang tengah top lah, huhu...
Ye aku rindu zaman tu, sobs.
my pleasure :)
Deletehahaha lagi teruk mengeja :P but i understand the feeling wiwiwi.
best kan zaman tu, gajet pun x wujud sangat time tu. the good old times.
Thank you Nadia sebab beli. Karya yang sendu tu karya aku laa tu. Hahahaha
ReplyDeleteAku pun berharap Buasir Otak: The Komik ni akan boleh pergi jauh lagi.
Mana tau ada company besaq nak publish dr indie jadi mainstream ke...hehehehe
bukan kau lah *serius*.
Deleteha kann mana nak tau rezeki kannn. jadi mcm syarikat gempak ke. gituuuu. ameen hehe
mana nak dapatkan the komik tu..kedai buku biasa ade ke..
ReplyDeletesedih bila ujang dh stop kan keluaran,,
setahunya ada jualan online je. pergi web ni : http://buasirotak.blogspot.com/2015/11/buasir-otak-komik-reloaded-revolution.html
Deletekan? ramai rupanya yg sedih. ingat aku sorang je :(
Haha I already've mini library in my room , there's a thousand of series even UJANG also I have a whole series . I know that feeling when make a limit but to me I'm too addicted to books so , It's hard to NOT read whole series at the same day . Waaaa
ReplyDelete- Syamsid Blog -
omg. Amzaing! Can I borrow ujang's series, nak photostat haha. mine gone already sebab orang pinjam tak reti pulangkan :( never thought ujang will stop their business.
DeleteHaha same here, but still I can set the limit, lepas tu tak sabar balik rumah nak baca haha
Peh...beli tiga terus. Bagus2 support member sambil puaskan nafsu membaca komik sekali..
ReplyDeleteAku xde peluang lg nak baca komik ni. Harap2 yg sendu tu aku terskip. haha...
Aku rasa sama la, kalau komik ni dah ada kt tangan aku mesti aku pun sayang nk habiskan baca jugak. Lain la kalau dah ada keluaran baru. Dan2 je nanti x sabar nk habiskan baca, nak baca yg baru pulak..haha
Sekali sekala. lama dah tak membeli komik hehe. nak pinjam aku punya tak? haha
Deletekita semua mempunyai masalah yg sama. sayang nak baca tapi tak sabar nak baca. krisis betul haha
pfftt... ni yang bikin jeles. oh no! oh no!
ReplyDeletekan best kalau jual kat kedai biasa. uhuk.
btw suka gileeerr baca ujang dengan apo ! aku tak pernah miss baca love story dulu bila layan ujang. tapi kini tinggal kenangan
(T.T)
hehe beli la online..
Deletekannn! omg pls la ujang sedar yg dia sebenarya ramai peminat hoho