”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

12/04/2015

What is Islam? I'm confused

Isnin-Rabu hari tu aku ada kursus. Malam last kat sana takde aktiviti so ramai tak stay hotel, aku stay sebab malas nak drive plus balik rumah pun bukan takat suami je takde nak sambut, kucing pun takde haha.

So aku lepak dengan somebody sampai 10.30 malam kat cafĂ© hotel. Orang kenamaan, politician. Non-muslim. Mula-mula sembang pasal bisnes dia, pasal politik, pasal perkhidmatan kerajaan, pasal kerjaya aku. He’s a nice person, humble walaupun harta berkoyan-koyan.

Tetiba dia tanya aku;

What is Islam? I’m confused. Back then only few people wear tudung but now the amount getting bigger.

So aku explain yang dulu muslim kat Malaysia mungkin kurang kesedaran, tapi sekarang ilmu makin easy access, so ramai dapat kesedaran tu, thanks God.

After that bertubi-tubi dia tanya aku, ada yang aku terkedu nak jawab, rasa hina sangat, rasa macam ya Allah, aku orang Islam, tapi nak jawab pasal Islam pun ter errr errr hmm  lagi.

Antara yang dia tanya and mention;

Why ISIS is so extreme?

Bagi dia ISIS is muslim. So aku emphasise yang ISIS bukan Islam. Islam tak pernah ajar umatnya untuk bertindak melampau. Yes, war is allowed in Islam but we still have limits. Kita tak boleh bunuh budak, wanita contohnya. And war is last resort I guess, cari cara pendamaian lain dulu. Kita berperang untuk pertahankan agama kita, bukan sesaja sesuka je.

Aku jugak cakap, ramai je salah gunakan Islam. They claimed that they're muslim but actually they're not. Nak cerita ilmu ajaran sesat karang melalut ke kerajaan langit ke apa pulak.

Dia pernah cakap kat aku;

You’re different. You’re sweet and reserved.

Memula kembang la jugak kena puji kan hahaha. Then waktu kitorang sembang tu dia ada cakap;

I used to drink, but no more. Dulu saya pergi kelab, saya nampak banyak young Malay girls, partying, dancing. Some shake hands with me, some hugs me as friends. Only now I realise that Malay women cannot shake hands with men, so I never offer my hand anymore but some women, mereka yang hulur tangan pada saya.

Baru aku sedar, kenapa dia cakap aku lain dari yang lain. Mungkin selama ni dia terlampau banyak bergaul dengan manusia yang lupa mereka Islam or lupa apa yang Islam perintahkan. Aku tak kata aku a good muslim, tapi bagi dia aku lain dari young women yang dia kenal. Jimbet, korang yang terkinja, aku yang kena jawab dengan dia.

So aku jawab;

In Islam, we hold tightly on 2 things, first is Quran and 2nd is hadiths. Hadiths are from Prophet Muhammad. In Quran, Allah already clarified the do’s and the don’ts for Muslim together with the consequences. So it’s back to our faith to follow or not.

Ni je aku mampu jawab. Nak jawab lebih-lebih karang takut salah. Patutnya time ni la aku boleh hebahkan betapa indahnya Islam, but I couldn’t, I feel so bad.

Antara soalan besar lain yang dia tanya;

Islam ni lain-lain ke mengikut negara? Why Indonesians Muslim can get married with non-muslim while here it’s strongly prohibited. If allowed, I bet there are so many non-Muslim guys will marry Malay girls.

So aku explain;

Islam is universal. Takde beza pun. Cuma yang membezakan is between practising Muslim and non-practising Muslim. Plus Islam sangat pentingkan nasab keturunan. Kita taknak nanti ayah Islam, mak non muslim nanti anak confused nak ikut agama yang mana, and jadi chaos.

Nak cerita pasal slight different between 4 mazhab, aku pun tak pro. Waaaa kerdilnya diri! Dia buat aku sedar yang banyak lagi aku kena belajar pasal Islam. And dia baru tau Quran ada translation and dia cakap dia nak beli satu, nak baca.

Dia ada jugak cakap kat aku;

I’m intrigue by your values and you as a person.

Bila dia cakap macam tu, aku sedar yang memang kita ni as Muslim adalah role-model untuk agama kita. Tu bukan pujian bagi aku tapi as amaran yang aku selalu kena jaga personality aku as Muslim. Aku ni hancus jugak tapi sebab dia pernah nampak orang lagi hancus dari aku, so dia rasa aku baik. Wahahaha *gelak pun macam syaiton*. Dan terima kasih Tuhan kerana menutup aib-aibku. 

So sedar tak sedar, time aku lepak dengan dia selama 2 setengah jam bukan bagi kesedaran kat dia, tapi kat aku.

Kawan-kawan Islamku, ingatlah, kita akan sentiasa bawa nama Islam dengan kita. Jagalah perilaku semacam mana yang Islam dah aturkan. Jangan buat orang agama lain confused dengan agama kita.

Sekian, khutbah Jumaat. Haha  


10 comments:

  1. Wah...terbaik la kau nad. Kira dah cukup bagus dh jawapan kau bg kat dia tu. Kalau aku, belum tentu aku reti nak jawab.

    Tu la...kita sendiri yg melambangkan islam tu camne. So, kena behave la kan dgn apa yg kita buat tiap2 hari. Kalau kita sendiri pun x bantu nak indahkan imej islam, susah la...non Muslim pun xde nampak any value dlm islam yg membolehkan diorg minat nk masuk islam...

    Tp serius situation kau hadapi ni rare nk jadi. Dakwah kpd non Muslim. Keep It up. Aku doakan lg ramai non muslim kau boleh ceritakan pasal islam n semoga non muslim yg kau sembang tu masuk islam. Insyallah, besar pahala kau nanti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu je mampu jawab :(

      kannn. selama ni macam aku tak sedar benda tu. tapi bila kena face to face mcm tu baru aku sedar. dah la kena jawab on behalf of community. haha

      aku x tau la nak cakap ni dakwah ke tak sebab tu la, tak mantap langsung :( aku harap kalau ada lagi non muslim tanya aku, aku lebih ready nak jwb. tu la..InshaAllah. bos aku pun cakap macam tu. moga aku tak salah cakap and ada sikit bahagian untuk aku.

      mana tau kan jodoh aku dengan non muslim wahahahahhaha okay bergurau.

      Delete
    2. Yupp..aku rasa jodoh kau dgn non muslim la... Cuba kau ingat balik masa kau berbual dgn dia tu kau ada rasa bosan x? Kalau xde, betul la tu jodoh kau...kahkah!..

      Delete
    3. Hahahhahahampeh kauu. Taknak aku. Dah tuaa :p

      Delete
  2. Power. TEN thumbs up!
    Aku kalau kena soalan macam tu, mesti naluri aku first kick in ialah lari dari topik tu...hahahaha
    Tapi betullah kata kau. Selama ni kita fikir semua orang ada hak individu masing2, sbb tu semua tunjuk perangai besar masing2 sedangkan dlm masa sama kita bawa nama Islam, nama agama kita.
    Kalau kita buat benda tak elok, buat jahat, dengki, busuk hati, buat dosa sana sini, yang buruk bukan hanya nama kita sendiri, tapi cerminan Islam tu sendiri.

    Salut dgn kau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan salut sangat weh. Kau tak tau betapa aku rasa nak pergi terjun kolam renang time tu wahahaha.

      Kan. Somehow God sent him to me nak buat aku (kita) sedar benda2 ni. Jangan ingat dunia kita punya, so sukahati nak buat apa.

      Aku terfikir, pernah tak perangai aku buat orang Bukan Islam menyampah dengan Islam :(

      Delete
  3. err aku nak tanya, dia hensem tak? wahahahaha! dasar wanita berhidung belang

    aku sama cam cEro, tabik spring kat hang Nadia. sebagai muslim, selain dari jaga maruah diri dan kehormatan, nama mak bapak, perlu jugak jagan nama agama. ramai sgt org islam sekrg ni yg mengkonfiuskan non-muslim. tgok cara berpakaina sudah lah.. tu belum perangai. kalau aku non-muslim pun aku akan ingt muslim ni ganas.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Handsome for an old man hahahha.

      Kannn. Kita ni mmg agen kpd agama kita. Kita x blh selfish. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Plus pihak luar asyik la nak ambil kesempatan menjatuhkan Islam. Huhu

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!