”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/04/2016

Badminton dan zumba

Serius aku rindu blog tapi serius jugak aku takde masa nak berceloteh kat sini. Memalam memang tak dapat la sebab laptop aku yang masih belum diformat ittewww. Haha.

Semalam lepas kerja aku pergi main badminton dekat HTS Badminton Court Ampang, Ipoh. Sewa 2 jam je, RM28.00. Lama woi aku tak main badminton tapi masih ada power keh keh keh. Main 2 set je semalam. 2 set pun berpeluh macam joging 6km. Aku tak suka jogging sebenarnya, tapi sebab forever alone terpaksalah jogging sebab tak perlukan partner hoho.

Semalam main badminton dengan housemate aku and geng office dia, tetiba aku menyebok. Dorang okay je. Untuk pengetahuan semua, aku tak pernah main badminton double, segala syarat game pun aku tak tahu hahaha. Semalam hentam je ikut arahan orang. Aku main single je selalu. Aku tak suka share takhta dengan orang, aku kan tamak huehuehue.

Lepas main badminton housemate aku ajak pergi stadium Ipoh ada program berbasikal and zumba. Dorang berbasikal 33km semalam. Tapiiiiii, baru kayuh seminit agaknya, hujan mencurah ke bumi dengan gahnya. Kah kah kah aku tolong gelakkan je.

Aku join zumba for the 1st time. Baru 3 ke 4 lagu aku dah berhenti sebab stamina dah habis main badminton. Plus badan aku kayu weh! Aku dapat rasa aku langsung takde skill berzumba. Lagi sekali untuk pengetahuan korang, aku tak reti beza kiri kanan, it'll take time to determine which is which. So bila instructor tu dengan lajunya suruh tukar pergerakan kiri ke kanan, kanan ke kiri memang tetiba dunia aku gelap, terus aku statik kat situ hahaha.

Instructor dia lelaki ye, tapi punyai ciri-ciri wanita. Weh kalau dia pakai wig and lenggok gitu sah orang tak sangka dia laki. Maybe actually my soul trapped in his body. Hahaha!

Aku nak cari movie partner dengan badminton partner lah. Orang lain-lain takpe, orang yang sama pun takpe haha.

Hari ni badan aku sakit-sakit sebab bergiat terlebih aktif semalam. Tidur pun lena bukan main, sedar-sedar dah Subuh memang rasa nak mintak MC pun ada, bukan sebab badan sakit tapi sebab ngantuk haha.

Jari telunjuk aku bengkak. Aku tampar sekuat hati nyamuk kat stereng kereta, nyamuk tak mati, tangan bengkak. Zika sungguh perangai nyamuk itu.

Okay, till next update. Mmmuahhh ciked.

10 comments:

  1. Hello.. Pembaca baru.. Pengikut baru..

    Aktif nau memalam. Bagus la kuat bersukan. Tak semua orang ada kudrat untuk bersukan malam-malam. Macam aku kudrat di malam hari hanya cukup untuk melantak sahaja.. Melantak dan berdengkur

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thank you.

      bersukan sebab bosan, and boleh penat dan cepat tidur dengan lena sekali! hahaha

      Delete
  2. best tu main badminton, last IQ main 2009...hahahah!! punya la lame oii..7tahun lepas!!
    zumba best kan? cuma IQ tak berpeluang nak join..ingt nak buat zumba kat rumah la...hehehe...time to slim back!!

    yang pi tampor nyamuk tu buat ape nad oiii~ biau ler dia nak terebang..dapat zika je pun...bukan denggi...heeee...*tetiba celupor mlut aku...eh..maap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan! hehe. alamak zumba bg Nadia x berapa best hehe. ramai je buat kt rumah, video bersepah kt youtube, plus tak payah jaga aurat hehe

      bengang tgk dia terbang dengan suka hati haha

      Delete
  3. Hahahahha.. aku pun dah lama tak main badminton.. agaknya sekarang kalau aku main, mesti pukul shuttle kena besi jer.. kakaka.. reket aku pun entah ke mana... huhuhu

    Tu laaaa.. aku dah kabo, sarang nyamuk jgn kau jolok.. kan dah bengkak tangan... wkwkwkwkw... jHatnya aku gelakkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kena besi takpe lagi, jangan pukul angin :P

      bila masa nyamuk ada sarang? haha. tak habis lagi dendam aku dengan nyamuk ni

      Delete
  4. Baca cerita badminton kau, aku sendiri pon dah lama tak main.
    Sbb badminton jenis takleh main sorang, paling kurang kena ada partner, so mmg susah laa cari geng sbb member2 aku semua kaki futsal. Hahahah

    Selalu aku dengar zumba tapi tak pernah tahu apekebendenye zumba tu.
    Dia macam aerobik ke kena gerak ikut muzik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kann. Sadis. Jom lah main dengan aku haha

      Aah dia mcm aerobik tp lebih lincah. Konsep tarian la

      Delete
  5. Aku pun ada masalah nak beza kanan kiri..zumba is definitely not for me..aerobik boleh tahan lagi walaupun aku rasa aku macam beruk kena sambal belacan warisan nenek turun temurun bila buat aerobik.. =_=

    And aku lagi prefer jogging daripada badminton.. So, movie partner boleh, badminton, sorryla, tak dapat membantu.. QvQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ada jugak aku geng. aku pun rasa macam beruk makye kalau melibatkan tarian ni.

      ha kira jadilah! haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!