”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

7/02/2018

I'll do my best

Dunia semakin maju dan moden, ada benda yang masih praktikal dan ada benda yang dah outdated dan ada benda yang kena update.

Sekarang ni orang sana sibuk kata diri dia betul, orang sini terpekik kata orang sana salah. Manusia saling menyalahi satu sama lain, dunia hanya boleh berpeluk tubuh dan menggeleng kepala.

Perempuan sibuk berkata hal memasak, hal mengemas rumah bukan tanggungjawab perempuan. Laki terus berlumba membuktikan 'men are trash'. Manusia semakin sakit, dunia semakin penat.

Baru-baru ni aku ada baca IG stories Dr Fatin Liyana. Dia cakap, lebih kurang la, yang bahawasanya  dalam rumah tangga, once kau dah cintakan suami kau, kau memang nak bagi yang terbaik untuk dia.

I have friend that once said to me 'Nanti dah ada suami, berbaktilah kepada dia sebab nanti bila dia meninggal dunia, we have nothing to regret because we've done our best'. 

Aku hadam kata2 di atas which I find it's somehow true. Buat apa nak melalak itu bukan kerja kau, ini bukan kerja kau. Why not you just do it because you love him?

Penat? Dunia ni memang memenatkan. Tak salah ambil masa untuk berehat. Suami tak pernah tolong? Slow talk. Tak payah meroyan dekat FB ke apa ke. Tak jalan jugak? Doa, cerita dekat Allah how tired you're, doa Allah lembutkan hati dia untuk nampak pengorbanan kau yang memang nak bagi yang terbaik.

Kalau kau buat kerja ikhlas, somehow penat tu akan berbaloi bila orang yang kau sayang appreciate usaha kau. Itu belum kira ganjaran berkoyan-koyan dari 'atas sana' yang  kau terima atas kebaikan kau tu. 

Kita ni kekadang diwayangkan dengan kehidupan orang lain. Orang yang tayang dekat IG stories suami dia tengah vacuum habuk, yang canang suami dia tolong masak dinner. Entah2 sekali tu je buat sebab nak dapat permission pergi lepak dengan kawan. Dan ada manusia, memang itu cara 'bahagia' dia dengan dapat pujian di alam maya walaupun pada hakikatnya dia sendiri tahu keadaan sebenar kehidupan dia. Kesian.

Setelah muhasabah diri, aku decide dan berazam aku just nak jadi yang terbaik untuk orang yang aku sayang. Aku akan cuba sedaya aku bagi yang terbaik. Dia taknak hargai? Takpe, janji aku dah bagi yang terbaik. Dia nak cari perempuan lain? Takpe, janji aku dah bagi yang terbaik. Dia nak patah balik dekat ex dia? Takpe, janji aku dah bagi yang terbaik. Sakit? Senyum. Janji orang yang aku sayang bahagia. Mungkin aku tak dapat balasan kat sini,  tapi aku akan dapat ganjaran kat 'sana'.

Sebagai manusia biasa, setiap benda ada batas dia, ada tarikh luput dia. Akan sampai masa kau dah penat sangat sampai tak boleh funtion. Jangan risau, time tu Allah akan tunjuk jalan keluar. Janji selama ni kau dah bagi yang terbaik.

Aku tau benda tu susah sebab aku manusia biasa. Tapi aku yakin bila aku usaha bagi yang terbaik, akhirnya yang terbaik akan jadi milik aku. Tak banyak aku mintak, cukuplah dengan kebahagiaan hidup dan ketenangan hati.

Apa nak serabut? Dunia kan sementara. Allah kan ada. :)

12 comments:

  1. Anonymous7/02/2018

    one in a million, itu yg boleh describe ttg nawaitu dan tekad nad... semoga teruskn wlu bertubi panahan sekitar

    ReplyDelete
  2. Anonymous7/02/2018

    Wow, entri yg (agak) serius di pagi isnin yg indah. Sapa la yg mulakan istilah men are trash tu. Ramai je lelaki baik2 di dunia ini yg bukan trash. Tak patut la judge satu jantina sedunia terus.

    Setelah muhasabah diri, aku decide dan berazam aku just nak jadi yang terbaik untuk orang yang aku sayang.
    Hmm... Untungla sapa yg disayangi tu kan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. indah ke pagi isnin anda? untunglahh haha. betul, tak semua laki trash. i just quote words tu viral sekarang kat twitter hehe. memang banyak laki baik dan tersorok hehe.

      hehe untung ke? hmm i wonder

      Delete
    2. Anonymous7/02/2018

      Indah la. Setiap pagi kan indah. Pagi isnin awak tak indah ke? Hehe *tumpang simpati*

      Mungkin laki baik ramai tak hensem kot. Sbb tu org tak nampak. Hahaha

      Delete
    3. tak berapa haha.

      hmm yang tak handsome ni kena usaha sikit la sebab kebaikan lambat sikit nak nampak. tapi handsome pun bukan kekal and benda tu subjektif

      Delete
  3. mendapat lelaki yang pandai serba serbi tu bonus tapi tak boleh menjadikan seorang perempuan tu lupa tanggungjawab dia. apa2 pun bergantung pada niat. kenapa kamu berkahwin? untuk menjadi raja atau untuk bahagia berdua?

    rindu nak berbakti pada suami. huuuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu betul tu. key dia toleransi antara satu sama lain.

      sabar ye IQ. berbakti dekat 'sana' nanti :')

      Delete
  4. kalau faham erti 'saling menyenangkan' tu, rasanya tak timbul isu sapa buat apa. apa nak berkira sangat laki bini aku pun tak paham hahaha. tapi sampai sekarang aku pegang pesanan mak mertua, laki kalau dia nak buat kerja jangan dihalang. bini tak payah tunjuk superpower sangat, acah-acah mithali sampai kaki laki pun kau nak lap konon nak syurga. dia nak bantu biarkan, biar sama pikul rasa penat. kalau mak dia boleh pesan macam tu, kira okay la kan? hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kann. walaupun saya x kahwin lagi, saya pun tertanya benda yang sama. sebab living with my parents tak pernah dengar isu2 mcm ni. betul kata mak mertua tu hehe

      Delete
  5. Anonymous10/09/2018

    Setelah muhasabah diri, aku decide dan berazam aku just nak jadi yang terbaik untuk orang yang aku sayang. Aku akan cuba sedaya aku bagi yang terbaik. Dia taknak hargai? Takpe, janji aku dah bagi yang terbaik. Dia nak cari perempuan lain? Takpe, janji aku dah bagi yang terbaik. Dia nak patah balik dekat ex dia? Takpe, janji aku dah bagi yang terbaik. Sakit? Senyum. Janji orang yang aku sayang bahagia. Mungkin aku tak dapat balasan kat sini, tapi aku akan dapat ganjaran kat 'sana'

    SETUJU!!!!!!!

    Moga bertemu jodoh yang baik.

    Salam dari PTD senior :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. takutnya ada senior baca blog ni *behave mood on* haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!