”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

7/23/2018

Tukar Bateri Iphone 6 dekat Machines

Aku pakai Iphone 6 dari tahun GST dikuatkuasakan di Malaysia, aku beli sehari sebelum GST. Aku tak pernah pakai handphone lebih dari 2 tahun tapi dengan Iphone memang tak rasa 3 tahun dah berlalu. Gituu. Haha.

Tapi biasalah, makin berusia, makin banyak la cabaran dan dugaan mendewasakan usia *siapa ternyanyi dia terror*. Dengan Iphone 6 ni aku ada problem dengan bateri. Hauk gila bateri dia lepas 2 tahun pakai. Sebab tukar dekat Machines mahal sangat, aku tukar battery 3rd party. RM150 dekat Wangsa Walk pada tahun 2017.

Pun hauk haha. Aku memang bersabar dengan batteri ni sampai dah tahap kritikal, handphone aku sentiasa ber charge, tak lekang macam bebudak isap puting. Then aku tau Iphone ada buat promotion tukat batteri RM120. Ok la tu kan?

Aku pun pergi Machines dekat The Curve. Tak semua Machines ada services untuk repair ye, yang ada dekat The Curve, KLCC and MidValley sahaja. And KLCC kena buat appointment. Aku ingat nak pergi KLCC je hari tu, sekali time nak set appointment, hari Selasa (esok) baru ada slot available.

Procedures dia agak leceh. Kena back up data bagai, kena diagnose semua dah rupa orang tengah sakit. Dah habis diagnose, pekerja dia dengan mask masih di muka, sambil bukak rubber gloves berkata 'Maaf puan, handphone puan tinggal 6 bulan je lagi nak hidup' hahhahahangguk kau. Ok je la, sah la handphone aku original. Plus machines tengah guna sistem baru and still under training, pekerja pun buat kerja terkial-kial.

Aku tak back up data sebab aku budget ada backup dekat iclouds especially gambar, yang lain aku tak kisah sangat. Gambar pun aku tak kisah sangat sebab tu aku tak berusaha pun nak backup bagai. Ada la dalam 2k ++ gambar2 dari handphone tu baru dibeli terkhazanah dalam tu.

Sebelum hantar aku tak baca terms & regulations, orang kedai pun tak explain. Dah hanguskan semua benda dalam tu, dia suruh tinggal handphone dalam 4 jam. Okay lah. Dalam pukul 7pm dapat email yang dorang tak boleh proceed sebab aku pakai battery 3rd party. Shitt! Terus aku berkata begitu. 

No one to be blamed here. Machines has right to do so sebab Apple pun nak jaga nama baik dorang. Mungkin ada negligence dari pihak aku yang tak membaca and pihak Machines yang tak explain betul2 sebelum proceed. Benda nak jadi kan? Aku fikir because it's just a battery kan, what's the big deal pun? Rupanya bila tanya benda tu ada risk and as I mentioned above Apple nak jaga reputasi dorang sebab ada risk battery tu akan tak function.

Ralat? Sikitt aaa sebab handphone aku macam baru. Kene download bagai semua benda. Contacts je ada, gambar semua terkubur. Biarlah, I was ready for it pun. Just a reminder untuk siapa yang nak tukar. Lagi satu, tempered glass aku pun dorang cabut sebab nak tengok scratches and so on. Dorang takut nanti customer tuduh dorang calarkan pulak kan.

So esoknya aku pergi tukar dekat Ipro Cheras. RM120 jugak. 5 minit je, tak payah nak reset apa bagai. Buat depan aku takde fikir nak tercalarkan ke apa. Hahaha. Sabo je laa.

But still battery tu tak perform. So aku rasa handphone aku yang problem. Maybe it's a right time untuk tukar yang baru.Yesss?? Hahaha

6 comments:

  1. ala kena back up ke? baru nk pergi tukar kt machines. haha.
    Beli baru jela nadia. Taklama dah ios tu nnt lama2 mesti takleh update. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kena hehe
      nak beli baru tu memang la ada niat tapi pulus tak mengizinkan haha

      Delete
  2. Anonymous8/27/2018

    Cabaran dan dugaan mendewasakan usia. Rintangan dilalui tambah pengalaman diri... :b

    kalau pakai iphone 6 memang kena tukar baru la Nadia. sebab nanti bila apple release ios12 lepas update phone tu akan jadi slow. kalau dah slow tu akan bertambah slow. begitulah nasib pengguna iphone. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoii nak tukar tu bukan sikit duit tu. takpelah bertahan selagi mampu haha

      Delete
  3. Anonymous8/31/2018

    tak nak beli hp baru sehari sebelum SST dilaksanakan pula ke? haha

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!