Hari tu aku tak buat apa then kawan aku ajak pergi KL Forest Eco Park yang dulunya dikenali dengan nama Hutan Simpan Bukit Nanas. Dia dekat area Bursa Malaysia and Menara Maybank, memang tengah2 bandar la. Hutan dalam bandar.
Aku sampai area pukul 11 pagi, siap pakai sunblock uolss, jaga muka mana tau dah umur 60 pun persis 25 tahun nanti kahkahkah. Beria pakai baju sukan sebab aku ingat track dia panjang sekali mehhh. Kau pakai skirt kembang mengurai pun boleh. Memang takkan berpeluh. Orang datang aku rasa memang nak ambil gambar je. Entrance Fee pun takde.
Yang popular kat sana memang canopy walks dia la.
Untuk bergambar menarik. Aku rasa perjalanan dari parking kereta ke main entrance lagi jauh berbanding panjangnya canopy walks ni haha. Gayat? Tak. Ada la bahagian jambatan gantung ni yang retak tapi konfiden jeee haha.
Pergi la kalau nak bersantai-santai, sana banyak pokok, redup je hehe. Tak sampai 30min pun aku kat sana then gerak pergi Kg Baru makan Ayam Penyet. Sedapp jugak, kedai tepi jalan je tapi aku tak ingat nama haha
sempoi gak nad, nnt spi kl nk try pi jenguk gak la.. dok npk hutan batu ja kot situ, tq shared
ReplyDeletePergi la. untuk santai2 memang menarik :)
ReplyDeleteheh, pergi tak ajak! hahaha!!
ReplyDeletehaha nadia pun diajak orang
DeleteTempat hangout dengan keluarga bila boring tengok shopping mall dan concrete jungle. hehe
ReplyDeleteyess benarrrr. hehe.
Delete