”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

11/22/2018

Kedah's Food Trip

Last weekend aku balik Perak and ambil cuti hari Isnin so I had a long weekend at Perak. Awesomeeee. Hari Ahad aku pergi MAPS, nanti aku cerita serba sedikit kat entri lain. Hari Isnin aku pergi food trip ke utara tanah air. 

Aku gerak dari rumah dalam 9.30am, aku pergi dengan buddy aku. Aku dah lama bising aku teringin nasi daging, aku asyik bermantra dekat dia je nak nasi daging. Dia pun dah cemuih nak dengar agaknya so dia bawak la aku pergi makan nasi daging dekat Pendang. Area kampung dia, suka sangat aku tengok kawasan kampung macam tu, ada tali air ada sawah bendang.

Nasi daging dia terbaik baq hang. Kalau tak memikirkan yang banyak lagi benda aku nak makan plus portion perut aku tak banyak sangat, tak jadilah aku tambah. Aku makan Nasi Daging Original Batu Hampar, korang waze je la. Kedai dia warung tepi jalan je, memang feel.

Air kat kedai tu free flow. Aku nampak ada tong air sirap and air kosong. Aku tanya buddy aku nak air sirap ke air kosong? Dia jawab, mana air kosong? Aku tunjuk la tong air tu. Lepas tu dia bantai gelak cakap tu tong air basuh tangan la! Hansapp gelakkan aku, customers lain pun gelakkan aku sebab buddy aku gelakkan aku. Customer lain siap cerita dekat Mak dia, uwaaaa maluuu. Ikutkan hati aku, aku nak je bagi buddy aku air tu, paksa dia minum! Siapa suruh gelakkan aku? Merajuk! Haha

Lepas makan nasi daging, hilang terus rasa malu, nak tambah pun tak malu tapi tu la kena beringat huhu. Nak nasi daginnnn. Buddy aku cakap orang Kedah cakap tak bunyi huruf G. Yeke?

Then kitorang shoot ke Alor Star, mak dia pesan paste tomyam yang popular tu. Sampai je Pekan Rabu melantak bihun sup daging segenngam. Aku bukan peminat sup tapi bihun sup tu ya Allah tak boleh nak describe rasa dia. Rasa dia sangat serasi antara satu sama lain. Bihun dia, sup dia, sambal merah dia dengan gumpalan daging campur perut bagai. Erghhhh sedapnya. 

Memula nak pergi yang bihun sup viral dekat Pendang tapi tutup pulekkk. Kalau yang viral tu aku tak tahu lah sedap dia macam mana, mungkin rasa makan di syurga haha overr.

Bukan biasa-biasa. Nakkk! Jangan terkejut tetiba aku ada kat Kedah sebab nak makan bihun sup.

Nasi daging je kitorang order asing2, yang lain semua order 1 je share sebab banyak lagi nak diisi. Lepas dah isi perut dengan bihun, tanpa insaf kitorang pergi Nasi Lemak Royale pulak. Tak tau la bela saka ke apa kitorang ni haha. Time belajar dekat UUM dulu aku pernah makan sekali Nasi Royale ni tapi bagi aku tak sedap sangat. Tapi hari tu sedap pulak rasanya.  Tambah makan disuap pulak kan hehe. 

Dapnyerr

Lepas tu terus shoot ke Pantai Merdeka nak layan ABC. Macam takde tempat lain kan? Pantai Merdeka ni biasa2 je, takde yang luar biasa. Tapi ABC dia luar biasa wehhh. Walaupun dah kenyang aku masih gigih nak mengoda (bukan menggoda ok?) rojak buah dan ABC.

Besaq gila baq hanggg. Memang tak habiss. Ais dia banyak, kekacang dia tak banyak sangat.

Kuah dia padu
Bila dah kenyang sambung layan angin laut pulak. Jalan pun dah seret kaki sebab kenyang plus ngantuk. Peha dan perut pun dah membesar. Nak nangis sebab dah gemukk hahaha.


Lepas tu kitorang pun bertolak balik, time tu dah nak senja. Being my buddy, dia suka tangkap gambar, tak tahu la suka tangkap gambar aku ke pemandagan ke apa. Tapi mestilah aku paksa dia tangkap gambar aku. Selalunya yang trigger nak ambil gambar adalah dia, aku follow je. Tapi once dah follow memang dia la pulak penat melayan aku haha.

Cantik kan gabungan warna tu? Subhanallah. Ciptaan Allah memang indah, termasuk aku :P
Aku sampai rumah dalam 9.30 malam. 12 jam keluar sampai ke Utara. Kerja gila. But I enjoyed every moments, rindu semua makanan! Nak repeat! Jom food trip lagi?

4 comments:

  1. Bihun sup dan rojak buah di Kedah (dan Perlis) memang pawwaaa Nad, nanti kalau mai utagha lagi lajak la ke Perlis sekali ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. org perlis ke? inshaAllah. boleh senarai kedai pawwaa2 dulu nnt blh cekidaut haha

      Delete
  2. hashriq11/26/2018

    huhuhu, nad dh mai cni x habaq... mai len, cekidaut len yaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ok lepas ni nak datang ceq habaq naaa haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!