Kalau korang nak tau dekat Ipoh ada animation park baru bukak nama MAPS. Ke korang dah tahu? Ala buat2 la tak tahu, aku baru nak membongak ni haha. Harga tiket masuk tak kira tua muda RM45, aku beli dekat kawan aku. Ni harga promotion, harga betul nanti dalam RM100 ++ rasanya.
Aku pergi dengan segala keturunan aku yang ada. Pakcik, makcik, cousins. Dalam 25 orang kot kitorang hari tu, memang kecoh haha. Aku pergi just nak merasa, nanti apa pulak masyarakat mengata kan, kata orang Perak tapi hampeh MAPS pun tak pernah masuk. Masyarakat memang suka berkata-kata haha.
Secara keseluruhannya, wahh terus conclusion, kau memang suka jump into conclusion la haha. Ok secara keseluruhannya, MAPS ni tak la menarik mana hahaha. Mainan dia biasa-biasa je bagi orang tua macam aku ni. Ada je bahagian yang tak bukak lagi sebab tu dia boleh bagi harga murah kot and ada mainan yang under maintenance. Yeke under maintenance? Ke taknak on sebab nak saving? 😏
Untuk harga tiket RM45 berbaloi la, kalau RM100++ dengan condition sekarang memang tak berbaloi. Budak 3 tahun dan ke bawah percuma sebab most of mainan dorang tak boleh naik hahahhaa. Depends pada mainan la, yang orang dewasa punya tu ada sukatan ketinggian dia. Bawah 120cm memang tak boleh. Antara 120-130cm kena ditemani oleh orang dewasa.
Meh la aku cerita sikit apa aku buat hari tu. First of all waktu aku datang tu cuaca tak menentu. Kejap mendung kejap panasss lit lit. Sila la pakai sunblock ye untuk mengelak kanser kulit haha.
Meh la aku cerita sikit apa aku buat hari tu. First of all waktu aku datang tu cuaca tak menentu. Kejap mendung kejap panasss lit lit. Sila la pakai sunblock ye untuk mengelak kanser kulit haha.
![]() |
Kena merentas terusan ni dulu, jauh jugak la haha. Kat sini pun dah penat |
![]() |
Sampai-sampai terus bergambar dulu |
Sampai je simpang pertama kitorang masuk simpang kiri dulu. Oh siapa2 yang tak bawa stroller anak or nak sewa kerusi roda ke buggy ke memang ada disediakan dekat pintu masuk. Kalau bawak orang tua elok la sewa buggy tu. Makanan kat sana mahal ye, seganda dari kat luar. Aku beli set nasi beriani ayam RM18. Air tin RM5. Botol air masak boleh bawak kalau kau ada anak kecil. Macam pergi hari tu cousins aku ramai cenonet lagi so tumpang la beg ibu2 ni hehe.
Benda alah ni 1st ride aku naik. Cuak jugak sebab baru lepas makan kotiau kicap. Kalau tengah tergantung macam gambar ni kalau termuntah macam mana? Muntah akan mengalir ke mata la kan? Euwwww hahahha. But surprisingly aku berjaya naik benda ni dengan seronoknya! Enjoy gila tambah2 bila dia tergantung kat atas ni, punggung tak cecah seat, rasa macam ada super power gitu. Hotak kau hahaha. Makcik aku cakap paling jelas dengar suara aku gelak. Aku gelak ke? Aku rasa aku jerit. Gelak tu ada la sebab geli perut haha. Kalau korang pergi sila naik, worth it!
![]() |
Tak suka naik ni. Pening |
Lepas tu ada lagi satu benda aku naik, malas pulak nak cari gambar dia haha. Paling best naik menatang 360 darjah tu la. Lepas tu kitorang melawat kawasan setempat je. Ada banyak shows tapi satu pun aku tak pergi sebab I didn't feel like going haha. Ada la naik keretapi dalam bilik2 gelap, mainan budak2 haha.
![]() |
Half of the family. Time kitorang naik pentas ni ramai gelak sebab ramai sangat. Orang lain paling ramai pun 4-5 orang haha |
Aku balik awal sebab dah penat fikir nak tidur je. Aku memang tak fun bab2 berpanas and orang bersesak ni. Sebab tu aku suka masuk hutan, takde orang ada beruk je haha. Family aku yang lain tunggu masuk rumah hantu dalam pukul 5 petang. Ada yang keluar dengan linangan air mata, hantu tu share kisah hidup yang lampau agaknya haha.
Dah tu je, nak pergi silakan, tak pergi pun tak rugi hahaha.
umar memang tak puas hati byk ride dia xleh naik. lagi2 bumping car tu. dia siap cakap dah besar nanti dia nak pergi lagi. mak bapak dia pandang sesama sendiri je sbb kitorang xnak pergi dah hahaha.
ReplyDeletehaha sian Umar. dah besar nanti pergi uss je la hehehe
Delete