”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/10/2019

Compressor Aircond Axia

Aku dah pakai Axia sejak 2014, nothing major problem. Aku service on time. Tapi sejak setahun ni kerap sangat gas aircond habis. Aku tau something is wrong tapi aku ignore sebab yeahhh take it for granted. Sebab selama ni isi gas je terus okay selama beberapa bulan.

Sekarang kan musim panas gila, aircond aku buat problem lagi. Kali ni memang tak boleh maaf, sampai iphone aku overheat bila dalam kereta. Over tak? Sejak dari 2015 aku guna Iphone first time Iphone aku shutdown sebab temperature tinggi. Dah la time tu aku tengah guna waze jugak. Hanettt. Nasib baik aku sampai area rumah aku dengan selamat, aku risau kalau tetiba aku sampai rumah kat Perak je. Kahkahkah

So aku pun cari kedai aircond area rumah aku. Jumpa kedai aircond Daikin tapi mau aku kene parang kalau pergi situ. Last-last aku nampak 1 kedai cina ni, aku pun tak fikir banyak terus pergi. Tak raya ke cina ni? Cina ni raya macam mana eh? Takde ke melawat sedara mara ke? Sebab time raya cina hari tu aku masuk hutan jumpa cina jugak. Aku kalau time raya masuk hutan mesti Mak Ayah aku tak mengaku anak haha.

Okay back to kedai aircond. Dia pun cek aircond aku. Dia cakap kipas tak pusing. Aduh macam masalah besar je. Ganti kipas Panasonic tak boleh? Rumah aku guna kipas Panasonic 20 tahun elok lagi. Lepas tu dia godang bumber depan kereta aku, keluarkan compressor sebab dia syak compressor bocor.

Aku cakap kat dia buat la apa patut, janji kereta aku macam kereta bukan macam oven. Orang lain risau aku kena tipu la apa la. So what the heck I can do other than trust that mechanic? Kalau aku ni ahli nujum boleh tau orang tu jujur ke tak senang la cerita. Aku tau turn on aircond je itu pun kalau salah tekan remote (aircond rumah) aku dah tak tau nak betulkan. Aku tak suka orang cakap 'eh sekali dia tipu sebab kamu perempuan?' Dah tu aku kena jadi laki ke? Aku memang tak tau pape pasal benda tu, yang aku tau aku kena percaya orang yang lebih pakar je la.

Aku tak suka fikir benda-benda negative and tak menentu macam tu. Banyak sangat komen meh tolong aku tengok kan kereta ni, kalau pandai cakap je baik diam. Wah emoo. Emoo la kau ingat compressor murah? Hahaha. 

Cina tu double confirm dulu then dia tunjuk aku memang bocor. Dia test dalam air. Nampak la bocor tu. Aku cakap tukar je la, what else to do? Takkan aku nak membakarkan diri dalam kereta. Dia cakap dia guna yang ori tapi second hand. Sebab selama ni dia guna compressor baru dari China yang harga sekali upah RM800 memang bunyi bising gila. Yang ori sekali upah sekali gas and ada beberapa benda lagi dia buat RM750. Dia tunjuk aku yang 2nd hand punya, nampak elok macam baru. Aku tanya dia mana dapat? Dia kata kat kereta potong, kereta axia yang accident total lost, dia ambil compressor tu. Kalau ori dari perodua RM1500 sekali upah. Gulp.

Aku pun suruh la dia pakai yang 2nd hand tu. Dia godang sana sini, dia cek temperature guna satu alat tu. Alat tu kat atas tunjuk temperature luar, kat bawah tunjuk temperature dalam kereta. After beberapa kali dia running test, dalam kereta aku cakap suhu 9. Dia kata kalau capai bawah 12 dah okay dah tu. Time tu cuaca luar 38.2. Omaigod omaigod dunia tengah demam panas!

Alhamdulillah lepas tu kereta aku okay. Handphone aku pun dah sejuk balik. Hati aku pun dah sejuk walaupun duit melayang. Takpe selagi hidup ada la rezeki aku walaupun sebijik telur sehari haha. We see how this second hand compressor working. Kalau dalam beberapa bulan buat problem, aku tukar kereta terus kot. Wahhh gituuu hahaha. Tukar handphone sekali. Eh? Haha. Shhhh jangan bagitau dorang haha.

By the way, pomen tu cakap Axia memang problem aircond. Dah berapa banyak Axia datang kat dia. I admit that hoho. Ehem Perodua, take note.

42 comments:

  1. haha nak cite pasal aircond je kau dah melalut entah ke mana-mana.. tapi kalau compressor problem ni memang mahal kos dia. Nasib baik la kau keje kerajaan.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kena mengena dengan kerja kerajaan ohh haha

      Delete
  2. Anonymous2/24/2019

    tukar kete terus tu. murah rezeki.
    kereta dah abis warranty eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ameen
      aah dah habis untuk aircond

      Delete
    2. Warranty aircond untuk axia 3 tahun ke 5 tahun?

      Delete
  3. IQ pernah la tukar compressor aircond viva IQ skali, masa tu nangis gak la nak dekat seribu, usia viva IQ lebih kurang la macam nadia punya, 2014 cuma awai tahun. selamat duit kita melayang terbang ke angkasa rayaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan memang rasa nak nangis tapi apakan daya redha je la hhaha

      Delete
  4. boleh tau sis repair kat mana? Kereta saya ada masalah yang sama juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat Jalan Gombak. kedai tu tepi jalan je. nama kedai memang tak tahu haha. you can just go any kedai yang boleh baik aircond. lebih kurang je rasa semuanya.

      Delete
  5. Anonymous7/29/2019

    ...axia sya hampir mula bt hal dh econ nye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. The time has come haha. Axia tahun bila tu?

      Delete
  6. Anonymous9/04/2019

    Axia saya baru 1 tahun. dah tukar gearbox. skg ni ada ura2 aircon pula. saya ok je sbb masih boleh claim warranty. hihi. lepas 5 tahun atau 150k km kena beli keta baru kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aircon warranty 3 tahun je. Dah tanya hari tu. Hmm tu la, kereta ni dah 5 tahun tp milage baru 80k.

      Delete
  7. yang 2nd hand tu brp pulak harganya?

    ReplyDelete
  8. Axia 2014, aircon leaking, banjir terus kat carpet depan blakang. Tengah buka carpet kci kering baru hantar ke perodua

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai komplen pasal aircond axia

      Delete
  9. Anonymous11/07/2019

    Betul. Sorang pomen ni sarankan lain jali beli myvi. Xde masalah

    ReplyDelete
  10. Sy bli axia 2017 se..serviceperodua tak prnah mis..dh 80000km..complain sy tntg kreta ni 1.bunyi sprti cengkerik dlm airkon sblh kiri pintu..jln jauh bru kdgaran.prgi produa service tkkan slesai mslh..sbb dia test pndu tak jauh..tk jumpa bunyi.mulanya sy sgka mmg bgtu..slma sy ada kreta axia..roomate sy ada kreta beza.bunyi yg sma ada pd kreta ni jga.hurm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah bunyi tu kereta saya pun ada. terpaksa la ignore janji aircond sejuk. axia ni makin lama pakai makin banyak bunyi pelik2. anggap je la irama lagu haha

      Delete
  11. pengalaman sy yg kdua mgunakn axia ni..kburukan yg tak bole elak adalah airkon..prgi produa service alasan kurg gas.xd bocor.sthu sy gas takkn kurg kcuali ada bocor..dan kna prgi kdai airkon cek sndri..untuk pgtahuan waranty xda pd airkon ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah called perodua, warranty pada aircond ada 3 tahun tapi saya tak tahu part mana je yang dia cover.

      Delete
  12. Today sy dh trade in kereta axia ..nk test plak saga bru.goodbye perodua

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok nanti cerita pengalaman dengan proton pulak ye hehe

      Delete
    2. Nak trade in kene habis bayar dl kereta axia ke mcm mana ye

      Delete
  13. Betul la cik.. axia mmg problem aircond.. sy punya axia 2014 mileage 120k ekon dh out... pegi hantar perodua dia mintak rm1300 kna tukar compressor ngan magnetic clutch.. teruk betoi kualiti perodua skrg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu saya pun 2014, tak sampai 80k mileage dah out. hmmm.

      Delete
  14. Pakai kreta 2tn dah out conpressor..tukar lain.. Selang 1thn gas topup 2x.. Dah topup gas kali 3 bunyi pelik kat compressor..suapek magnetic clutch.. Teruk kualiti axia.. Walaupun murah sepatutnya perodua kna ambil kisah tentang kualiti brg.biarla sekurang 5thn bertahan..nie ntahla..out sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai komplen pasal aircond axia ni. tapi tak tahu la kalau versi baru ni perodua dah upgrade kan.

      Delete
  15. Sy guna axia sejak 2015, 1 jan 2018 ekon kuar angin..pergi perodua dia servis ekon, tukar gas, bukak comprrssor, psg balik..tak ok jugak .g bengkel kete luar, brader tu servis puli compressor, baru ok...dia kata puli compressor tak brpusing..pastu, staff perodua grid btg sub comprrssor kuat sgt sampai lose btg sub tu, dari bersegi jadi hampir bulat btg tu..skrg ni, 28 jan 2020, ekon buat hal lg..start kete x sejuk, kne tggu 30mnit atau sejam kete running, baru ekon sejuk..knp sejuk? Sbb compressor bru brfungsi..nk repair compressor kat bengkel td, tp boleh pulak compressor brfungsi tiba2..adoi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya memang aircond axia ni problem. Huhu. Saya kereta tahun 2014, lepas tukar compressor hari tu Alhamdulillah masih ok sampai sekarang. Kalau rosak lagi lepas ni tukar kereta terus kot hehe

      Delete
  16. Anonymous6/23/2020

    so mcm mana selapas beberapa bulan aircond masih ok tak? saya ada masalh compressor jugak sekarang ni, hari tu dah kne tipu, kedai cakap cooling coil, tukar cooling coil RM550.00 lepas seminggu panas balik, ttbe workshop cakap compressor,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sampai sekarang elok, tak pernah lagi isi gas sejak baik hari tu. Huhu bertabahlahh. Kalau betul compressor kena keluar duit lagi tuu.

      Delete
    2. Anonymous6/23/2020

      yaa ada survey beberapa kedai skarang. x tau nak beli ori baru or recon. huuu runsing

      Delete
    3. tu saya pun tak berani nak bagi suggestion. kena tanya pada yang pakar. saya beli ori 2nd Alhmdulillah elok sampai skrg. tapi tu la dia, yang rosak tu pun yang ori baru la pun haha.

      Delete
  17. Eh baru nk tanya apa jd skg tgk2 dia reply hari ni le.sy tgu duit je nk kna fkr nk bli ori atau ori 2nd.pening.ori 2nd rm300 pun ada.upahny mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau upah berapa? saya beli ori 2nd sekali upah 750. kalau yang baru tapi bukan perodua rm800 sekali upah

      Delete
  18. Kereta Axia Sy punya baru hari ni kena,aircond tiba2 terus x sejuk.. esok baru nak g hantar perodua nak kena cek dulu.. x tahu la berapa kena

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah berapa tahun guna? kalau bawah 3 tahun still under warranty.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!