”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/07/2019

Check Handphone Pasangan

Korang yang ada pasangan ni cek tak handphone pasangan korang? Especially suami isteri. Aku terdengar satu ceramah tu, ustaz tu kata tak payah cek handphone pasangan especially isteri nak cek handphone suami. Buat apa nak susahkan hati? Ingat satu benda, semua benda bawah kawalan Allah.

Allah Maha Melihat, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengetahui. Setiap apa yang pasangan kita buat, ada malaikat kiri dan kanan mencatit, yang tak pernah tertinggal walaupun sekecil zarah perbuatan.

Unless kita nampak kemungkaran depan mata, ye kena tegur. Benda yang kita tak nampak jangan cari! Nanti akan timbulkan syak wasangka dan banyak benda negatif yang akan rosakkan rumah tangga.

Lepas aku dengar benda tu, betul jugak apa ustaz tu cakap. Aku tak kahwin lagi tapi situasi cek handphone ni aku pernah lalui selepas aku lalui satu tragedi oktober. Lepas tu kepercayaan retak, aku jadi syak yang bukan-bukan yang buatkan aku ada perasaan nak cek handphone pasangan and I did.

Dah cek aku jumpa benda yang aku tak suka, tapi telan je la. Aku cuba nasihat impliedly. Aku jadi runsing fikir benda tu. Kan tak bagus? Ignorance indeed a bliss. The truth will always be revealed. Allah takkan zalim pada hambaNya. Yang kau perlu buat adalah berdoa. Doa dijauhkan dari sebarang kejahatan samada orang lain atau diri sendiri.

Aku ada password handphone pasangan aku dan dia pun ada password handphone aku. Tapi aku dah tak cek dah. Kalau bukak pun nak tolong waze ke apa ke. Yang lain lantak kau la nak buat apa, bukan kuasa aku nak jadi CSI sebab benda boleh delete, boleh block / unblock. Buatlah apa pun janji kau layan aku baik. Yang aku tahu Allah Maha Melihat. Ha gitu konsep dia.

Dia pulak aku tak tahu la cek ke tak handphone aku. Nak cek pun cek la I have nothing to hide. Aku pergi keluar dengan kawan laki aku pun aku bagitau dia. So nak takut apa kan? Haha. Tapi dia pernah kantoi guna handphone aku stalk ex dia. Hahaha tampo karang. Nasib baik la aku ni malas nak gaduh benda benda bodoh cemtu. 

Tapi kalau dah start rasa perubahan negatif tu confront la. Janganlah laki kau tak balik semalaman pun relaks lagi, 'takpe Allah Maha Melindungi, Maha Melihat'. Pergi lah carikkk! Kot la terjatuh dalam longkang ke then bateri habis. Tapi kalau jumpa tengah tersangkut dengan perempuan eloklah kau pergi balik asah pisau. Bukan nak suruh pergi sembelih laki kau! Tapi masak la kambing favourite dia. Mana tau itu masakan terakhir kau untuk dia. *letak racun HAHA gurauuuuu!

Kalau benda yang kita tak cari tapi dia muncul, itu petunjuk. Kalau apa yang kau jumpa dari pasangan kau adalah tak menyenangkan, terpulang nak ambil tindakan macam mana. Tapi sebelum apa-apa istikharah dulu.

Tahap ketahanan manusia berbeza. Ada orang boleh tahan laki dia banyak perempuan, ada orang walaupun laki dia berkawan biasa dengan perempuan lain pun dia mintak cerai. So bila dah tau sesuatu yang tak enak, kau ada pilihan nak teruskan atau tinggalkan. Hidup ni memang Allah bentangkan dengan pilihan. Hanya diri kau tau tahap ketahanan jiwa kau, tahap keredhaan kau pada Allah. Asiah yang dapat laki macam syaiton tu memang punyai tahap kesabaran dan ketahanan yang perlu diidolakan. Yang engkorang ni asyik nak mengidolakan Baby Pian yang baru putus tunang terus buat lagu syahdu sembilu. Tapi lagu tu sedap haha

Senang cerita, percaya. Kau taknak percaya 100% kat pasangan kau pun, kau percaya kat Allah je cukup. Setiap urusan kita kat dunia ni dalam kawalan Allah. Don't worry, be happy.

Tapi ada yang aku dengar, suami ada hak cek handphone isteri sebab suami bertanggungjawab menjawab setiap perbuatan isteri tapi isteri tak payah la nak cek handphone suami sebab isteri tak bertanggungjawab atas perbuatan suami. Wallahualam. 

6 comments:

  1. Handphone aku semua adik beradik aku tahu password aku apa. Kalau takat pasangan nak cek handphone aku tak kisah langsusng. Tak buat benda salah of course la tak kisah kan..

    Tapi pda aku kalau dah level suami isteri tu dua2 bagi je la password. Kalau saling percaya insyallah sama2 tak ingin pun nak cek handphone masing2 atas sebab respect. Tapi sekali sekala dapat bukak phone org lain, amik gambar selfie kat phone orang, baca conversation dari berlainan jantina dalam phone dia, best gak kan? Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye betullll.

      aah. dia jangan check untuk cari salah. macam kau cakap la, kalau tak buat salah apa nak takut. tapi ada je pasangan psycho, chat dalam group dengan officemate pun mengamuk. haha. conversation yang best antara lain jantina selalunya di delete. Kakakaka

      Delete
  2. aku rasa aku cool. so aku tak check handphone pasangan aku. hahaha... terpakai tagline blog hang pulak.

    ReplyDelete
  3. Anonymous2/24/2019

    saya tak kisah pun kalau pasangan cek phone.
    tapi pasangan pula tiada :b
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nanti ada la tu inshaAllah. Ameen

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!