”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/06/2019

Long Well Spent Weekend

Aku baru sampai KL petang tadi lepas balik Perak selama 6 hari. Pergh heaven. Aku balik Perak hari Khamis malam sebab Jumaat cuti hari Wilayah. Balik malam tu jem jugak la dekat Tapah-Gopeng sebab ada lori rosak tapi aku tak terkesan sangat sebab aku tidur haha. Gerak dari KL 830malam, berhenti solat bagai, 230 pagi baru sampai rumah. Alhamdulillah sampai. 

Teluk Batik, Perak

Hari Ahad aku pergi berkelah dekat Teluk Batik dengan family side Mak. Pergi pagi balik dah nak senja. Mak, Opah, makcik aku masak macam-macam buat bekal. Memang kenyang gila. Aku tak mandi pun laut, malas. Just ambil angin je dan menketadarah. Dah lama gila aku tak lepak sana, 15 tahun ada. Nasib baik masih laut tak berubah jadi menara condong ke apa ke, yela mana tau kan, dah lama tak datang haha

Aku upload gambar ni ramai tanya kat mana. Macam kat Maldives katanya. Kahkahkah. Power of editing
Sungai Relau, Kampar

Hari Selasa konon nak bangun pukul 5.30 pagi nak pergi hiking dekat Gunung Relau, Kampar. Tapi hampehhhh haha. 6.30 pagi baru bangun mandi then 7.15 baru keluar rumah. Sampai dekat kaki Gunung Relau dah pukul 9.30 am.

Tapi semangat takkan pernah luntur. Aku pun teruskan perjalanan. Time kat tempat parking kereta dah goyah dah iman sebab kitorang parking betul-betul dekat Air Terjun Batu Berangkai. Ya Allah cantik weh air terjun tu. Sila pergi.

Walaupun digoda air terjun, aku teruskan perjalanan. Berhenti kejap tepi anak sungai makan bekal nasi kerabu buat bekalan tenaga sampai atas. Ikutkan estimation, akan sampai ke puncak time matahari terpacak atas kepala. 

Jalan memula landai tak mendaki. Lalu kebun durian bagai. Sepanjang perjalanan memang menyelusuri sungai. Tiba kat satu tempat tu kitorang nampak satu kawasan air terjun yang Ya Allah amaizing gila, air dia jernih nak mampus. Kali ni memang kuat diuji iman aku.

Aku dah merengek taknak teruskan mendaki, nak mandi hahaha. Tapi buddy aku tak layan dia suruh teruskan and balik nanti singgah mandi. Aku pun redha teruskan niat asal. Dalam 1/3 perjalanan aku terus berzikir nak mandi nak mandi hahaha. Last2 buddy aku give up, dia ajak patah balik HAHAHA. Dia cakap nanti la naik Gunung Relau bila sampai awal sikit, kali ni dia bagi chance aku nak mandi puas-puas. Sebab kalau teruskan pendakian mau lewat petang jugak baru sampai situ balik and nanti tak puas mandi plus sekarang Perak petang-petang hujan.

So kami pun patah la balik. On the way patah balik terjumpa buah rare yang aku tak pernah makan. Sedap gila ok.

Nak kata manggis bukan. Nak kata tomato bukan, nak kata limau gong xi fa cai pun bukan.
Aku ada bawak balik sikit buah ni, Mak cakap ni buah cerapu a.k.a pisang kaki kampung. Cerapu ke merapu ke janji sedap. Cuma bergetah sikit buah dia. Dia berulas macam buah limau tapi kulit nipis. Bentuk macam manggis. Complicated kan? Haha

Tapi aku tak peduli tu semua, aim utama aku nak pergi mandi air sungai yang maha jernih. Excited sebab 1st time jumpa sungai sejernih tu kat Malaysia. Kalau korang tak percaya tunggu jap.

Subhanallah. Weh siapakah yang tidak tergoda kann? Haishh rindu. #cantmoveon

Definitely will come again. Wait for me!!
Lepas situ dari pukul 11pagi sampai 2.30 petang. Ikutkan taknak balik, ikutkan nak mendirikan rumah tangga kat situ tapi sebab nak solat Zohor so dengan berat hati turun la.

Sempat makan maggi sebelum balik. Nikmat betul makan maggi sebelah air jernih ni. Kuah maggi tu guna air belakang aku tu la. Hehe

Tak menyesal patah balik. Worth it. Banyak ikan pulak tu plus tak ramai orang. Memang seronok berendam walaupun air dia sejukkk. WIll repeat again, siapa nak join halo halo. Hehe.

Dah turun bawah solat bagai terus pergi Secret Recipe teringin sinjonku ke apa entah nama kek dia tu. Aku mintak yang nutella di served kan dengan whipped cream and ice cream. Mak ai heavennnnnn! Birthday aku nanti sila belanja aku sinjonku tersebut ye, nescaya aku sayang siapa yang belanja aku menatang tu haha.

2 comments:

  1. Anonymous2/07/2019

    sempoiii cuti nad, selamat menjalankan amanah semula ya :) sat nk google sinjonku tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha thank you. tak tau la sinjoku ke sinjiku ke sinjuku ke sindosa ke haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!