”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/20/2019

Skincare Routine

Ajet ajet artis sangat nak bagitau skincare routine kat orang, macam la muka mulus ibarat kulit telur. Tapi kulit aku ada la sikit macam kulit telur, bukan bab kelicinan tapi bab bintik2 jeragat haha. Kulit aku range normal and Alhamdulillah aku rasa keturunan aku memang takde masalah kulit muka. Takde yang berjerawat atau berlubang. Keturunan turut memainkan peranan ye. Let's start

Oil Cleanser

Dulu aku tak amalkan pun double cleansing ni, tapi setelah dipengaruhi masyarakat twitter, aku pun cuba la. Orang ramai cakap oil cleanser yang okay jenama Biore, Simple, Hada Labo and Muji. For the 1st time nak cuba aku ambil Biore sebab harga dia murah berbanding yang lain, dalam RM20++ je. So far so good, muka aku pun rasa dan nampak lebih sihat (perasan). Aku dah pakai botol kedua. Pakai oil cleanser ni rasa makeup betul2 tertanggal dari akar (??) so rasa lebih bersih muka gitu. Satu botol ni tahan dalam 2-3 bulan. 

Pencuci muka

Aku pakai yang ni baru masuk tube ke-2. Pencuci muka ni bagi aku kau pakai apa pun sama je. Tapi aku pernah pakai Mary Kay and hada Labo muka aku naik jerawat. Ini terbaik bagi aku so far. Harga agak pricey, kalau takde diskaun 1 tube dalam RM52 tapiiiiii, tapiiii puan-puan, 1 tube ni boleh tahan 6 bulan hokayyyy. Pakai sikit je pun dah puas hati. Harus diingatkan yang dia ada dua jenis, foam and gel. Aku suka foam sebab banyak buih tapi hari tu teramek gel, pun okay walaupun sanubari ku meronta di manakah buihh. Haha

Scrub

Aku pakai scrub setiap malam Rabu and Ahad. Aku tak pernah pakai jenama lain selain St Ives cuma aku tukar perasa dia. Kau pehal perasa? Kau makan ke apa? Haha. Lepas aku dah try apricot, green tea, coffee + coconut ni paling bestttt! Aku suka bau dia. Bila pakai rasa lumur krim roti kat muka hahhaha kau apehalll Nadia. Korang kena cuba, feeling dia tak dapat diungkapkan. Lepas tu muka lembut bak kulit roti benggali haha. Time pakai memang rasa nak jilat muka sendiri haha. Harga dalam RM20++ jugak and tahan setahunnn! Sebab pakai 2x seminggu je.

Toner

Kalau korang rakyat twitter mesti tau phrase 'hydration is the key' by Maisarah Mahmud kot nama dia. She is indeed true. Aku cuba benda ni pun lepas baca tweet dia la. Now is my 2nd botol. Harga selalu aku beli RM45++ and tahan 2-3 bulan jugak rasanya. Dia agak thick tapi cepat absorb. Kalau pakai memang kulit rasa hydrated. 

Moisturizer 



Walaupun dia tulis untuk dry skin tapi aku sesuai je pakai. Agak thick tapi bila pakai dia memuaskan kehendak hati sebab rasa la kelembapan dia and rasa muka dilindungi gitu. Aku dah pakai tube ke-3, so far so good tak memudaratkan. Murah je 1 tube dalam RM 14++ tahan dalam sebulan dua. Dia ada tube kecik harga RM5++ camtu, sesuai sangat untuk bawa travel. Dia bukan untuk muka je tau, sesuai pakai 1 badan. Tapi aku ni suka tukar-tukar product, lepas ni macam nak try moisturizer Muji pulak hehe.

Serum

Aku tak tahu serum apa yang sesuai dengan aku, semua aku pakai okay tapi tak effective mana. Serum ni tak wajib pun, kalau ada duit extra and nak feeling2 ratu cantik aku beli la. Latest aku pakai yang ni


Harga dia RM50++ tahan sebulan camtu. Paling best sebab dia macam air je, cepat sangat serap kat muka and rasa la muka lembut. Plus aku suka bau dia. Orang kata yang letak kat muka ni tak elok sangat yang ada bau tapi gasaklah, okay je aku pakai.  Bab dark spot tu maybe lambat sikit la, aku baru pakai sebotol, dark spot aku masih ada mungkin pudar sikit. Kalau nak hilangkan semua mungkin aku kena togok serum ni sebotol sehari ibarat togok pati ayam Brands haha.

Sunblock

Twitter jugak bagi aku kesedaran tentang pentingnya sunblock. Concern utama aku adalah nak elak jeragat kat muka bertambah. Sebelum ni aku pakai Skin Aqua, okay not bad tapi kena tunggu kejap untuk serap. Now aku pakai 

So far ini terbaik. Dia agak cair tapi serapan dia padu. Letak terus serap, muka terus lembut and finishing dia matte. Love it. Memang kena dengan iklan dia, non-sticky and moisturized. Harga dalam Rm20++ kot, tak ingat plus time aku beli tu tengah sale dapat less than RM20. Boleh tahan dalam 3minggu - sebulan maybe.

So itu je la yang aku pakai, so far aku berpuas hati dengan semua pilihan aku. Aku tak tahu which product yang membantu tapi dengan skincare routine ni kulit aku bertambah sihat dan kusam pun berkurangan. Glowing gitu haha. Perasan lagi. 

4 comments:

  1. Salam kenal..
    Tak yah rasa bajet artis baru nak bagitau skincare routine kat orang sebab LZ pun camtu suka share hal yang sama.. Just for our blogging satisfaction..

    Bab skincare routine, LZ tak boleh guna toner sebab kulit akan keluar rashes..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul tu, jadi bloggers ni selagi boleh share mesti nak share kan. antara ada masa dengan tidak je

      Oh apa2 toner pun tak boleh? Even soothing toner? Kulit sensitive ye?

      Delete
  2. Artis tak artis belakang kira sis as long as kita kongsi benda baik 😁

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!