”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

7/24/2019

Pindah Rumah #3

Barang2 aku dah 3/4 dipindahkan and inshaAllah Ahad ni aku pindah sepenuhnya kat rumah tu. Bermula la hidup sorang-sorang seperti yang diidamkan. Doa la takde 'peneman' lain. Haha. Barang2 pun tinggal sikit je lagi nak beli. Hari tu aku beli iron board dekat Shopee lepas tu bila bukak tengok patah. Tak boleh guna dah. Seeeedihhhh. Nasib baik murah je beli. So kena beli baru, nak beli dekat DIY je. 

Aku banyak beli barang dekat Shopee. Beli time promotion memang berbaloi weh. And boleh kumpul coins, coins nanti boleh redeem time membeli. Baru2 ni aku beli ada promotion dapat coins 2,712 equal tu RM27.12. Siapa nak bagi woi? Lepas tu korang beli melalui apps Shopback. Dah la korang beli harga promotion by Shopee, guna apps tu dapat cashback senang-senang je. Siapa nak bagi kan? Antara yang aku beli kat Shopee:

Rak Pinggan


Rak ni aku beli sekali postage RM86 camtu. Memang berbaloi sebab jimat space. Dapur dah la kecik je kan. And air basuh terus jatuh balik dalam sink tak payah buat 2 3 kerja. Very convenient. Dia ada 2 size, satu lagi untuk 2 sinki and ada jugak 2 tingkat. Memandangkan aku duduk sorang, this is more than enough.

Curtain


Ni aku beli RM29 + rod dia RM 6. Kain elok. Ni aku letak dekat pintu depan rumah sebab orang lalu lalang kan, so boleh la aku bukak pintu kayu sekali sekala tanpa membiarkan auratku tercemar. Hagituu.


Ni aku beli RM32 + rod RM6. Kain macam kain guni which is elok tebal. Yang ni pendek je, aku letak dekat pintu nak masuk dapur. Satu je aku tak puas hati, korang tengok la gambar sendiri apa yang tak kena. Grrrr.

Lantai Dapur


Haha pakai bedal je aku buat ni, dah macam2 arah corak dia. Gasaklah, janji berlapik. Ni sticker aku beli dekat Eco. Sekeping Rm2.10, aku just perlukan 6 keping which the total was RM12.60 sajo. 1 keping bersize 120cm x45 cm tak silap. Senang nak pasang. Dia nipis je but boleh laaa dari mata kau sakit tengok simen haha. Plus nampak kemas sebab sticker kan, memang dia melekat. Tahap kemelakatan (word apa ni?) pun padu. 

Rumah ni satu je kekurangan so far, air sink dari direct line slow gila. Sebab rumah lama, plumber cakap paip dah karat la tu. Total kos nak buat RM1600. Fuhhhh. Kena bincang dengan owner ni, idakle nak guna duit sendiri, bukan rumah aku. Hoho. 

Okay tu je update setakat ni. Nanti aku update lagi. Yeksaited pulakk haha.

6 comments:

  1. LZ pun dalam proses pindah rumah.. In shaa Allah pada 27hb ni angkut semua barang.
    Sekarang sibuk angkut barang kecil sikit-sikit guna 2 buah kereta berulang-alik. Penat mental & fizikal dan dalam masa yang sama duit banyak keluar, bertabahlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ni pun angkut sikit2. haha keluar duit tu betul. dah lost track dah berapa dah habis haha

      Delete
  2. Nad, aku rasa nanti kalau dah ada rumah sendiri lagi la kau excited nak renovate. Ufff

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun rasa camtu. tapi kene kumpul duit dari skrg haha

      Delete
  3. Anonymous7/24/2019

    struggle kan Nad.. rasa nk panggil ja mai berkongsi hidup, hahaha... tp tkpa penghijrahan ni bg makna dlm kehidupan kita. Di satu masa nnt inilah saat2 indah yg boleh diingati dan membuatkn kita tersenyum sendirian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. struggle gak la. Pengalaman hidup la ni. hehe

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!