”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/15/2019

Pindah Rumah #4

Projek DIY Katil Queen

This is totally not my idea, obviously. Contribution aku kepada projek ni hanyalah 5% agaknya iaitu memberi kata2 semangat dan semasa upacara perasmian haha. Ni my buddy yang gigih nak buat, 1st timer, no experience just berdasarkan pembacaan dan instinct serta diiringi doa ke hadrat Ilahi supaya projek ni menjadi.

Memula mesti la kena design. Dulu dia pernah ambil Civil Engineering 1 sem, so membantu la agaknya nak guna material and equipment apa haha.



Dah ada design, dah ada sukatan then pergi la kedai hardware beli segala benda yang diperlukan. Actually dia kata tersalah guna jenis kayu tapi sebab dah beli, gasaklah. Haha. Ramai sekarang guna kayu pallet tapi tak jumpa pulak supplier. Or malas cari haha.

Proses dia bagi aku agak rumit (Cehhhh macam kau buattt) Haha. Tapi dari keluh kesah, penat jerih tu, aku memang perlu sangat menghargai usaha itu dan menghargai hasil usahanya. Hehe



Ni dah nak siap. Aku memang tak tau prosesnya tapi ada la dengar rungutan seperti 'Ala salah kayu', 'Kena beli besi ni nak kuatkan dia'. Aku angguk2 je la sambil cakap 'ha beli la, menjadi punya, dont worry' sambil makan aiskrim.

Aku nak cerita lebih pun aku tak buat. Yang aku tau guna plywood, kayu, driller, grinder, tenaga, wang dan waktu haha.


Alhamdulillahhhh! yeayy akhirnya siap dengan jayanya. Dah try test, inshaAllah setakat ni kukuh hehe. Paling aku suka adalah pigeon hole tu, boleh simpan banyak sangat barang. Sangat berguna sebab maklum la rumah kecik je so kena fully utilise. Tilam aku beli dekat kedai perabot (memang la beli kat kedai parabot, mana ada orang beli tilam dekat kedai motor!) dengan harga RM388, ketebalan 8'. Ok la tengah offer.

Frame peta dunia belakang tu paling loveeee. Beli dekat Kaison RM50 ++. Time on the phone dengan my buddy main teka2 negara tu kat mana, negara ni kat mana. Benci sebab dia hafal peta dunia while me peta Malaysia pun tak berapa nak hafal haha.


Aku beli boxes ni pun dekat Kaison. RM27/box. Muat2 elok je. Aku suka boxes ni sebab boleh bukak dari depan and kukuh. Tapi kalau korang nak beli baik ushar Shoppee. Aku tengok hari tu boleh dapat less than RM20. The same box. Huhu

Dear My Buddy,
Thank you for your effort, your time, your energy and your sweat. I really appreciate it. May Allah repay you with abundance of wealth and health. 

8 comments:

  1. Anonymous8/15/2019

    sweet nyaa Nad, leh ketengah kn idea katil camni.. pi paten kan leh dpt hak cipta org len x leh tiru dah nk gak kena byaq. May Allah merahmati both of u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Banyak dah pattern camni. Aaameen. Thankyou2

      Delete
  2. Katil DIY yang simple dan cantik..
    Pigeon hole tu boleh letak buku atau magazine mudah kata pelbagai guna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe thank you (i take the credit on behalf)
      betul, memang banyak guna, macam2 boleh letakk.

      Delete
  3. Gigih, nad. I tu yang kita mau :p. Dulu aku pernah buat platform sofa guna palet kayu. All is well sampaila nak kena pindah. Berat nau bendanya. Last-last campak masuk refuse chamber.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kann. gigih nau nau. ye betul. itu pun permasalahan yang kami dah terfikir sebab berat. tapi takpelah fikir kemudian hahaha

      Delete
  4. Anonymous12/05/2019

    hi, nak tnya langsir u tempah ke beli siap?

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!