Hari tu aku beli benda ni time offer, jadi RM20. Harga betul dia aku tak tahu berapa. Eh yeke RM20? Aku beli time ada promo 3 barang RM60, so kira aci RM20/item la kan? Haha
Aku tak tahu kenapa terdetik nak buat review. Sepanjang aku hidup aku baru try 3 jenis foundation iaitu Catrice HD Liquid Coverage Foundation, Maybelline Fit Me Foundation and this one. Selalu aku pakai BB Cream je, jangan tanya beza dia aku tak tahu haha.
Antara 3 yang aku pernah try, Catrice yang terbaik, paling best. Beli time Watson buat offer 50% lagi berbaloi-baloi. Kadang-kadang aku terfikir berapa sebenarnya modal per product sebab boleh bagi diskaun kadang-kadang sampai 70%. Berapa keuntungan yang dorang dapat actually? Kalau yang online ni harga supplier lain, harga agen lain harga dropship lain. So harga founder berapa sebenarnya? Eh aku melalut apa ni haha.
Ok back to this foundation. Nampak macam intern (baca: praktikal) kan sebab ada sekali berus? Tapi aku tak suka sebab baru berapa hari beli stick dia dah patah. Means foundation tu patah walaupun masih boleh diguna. Tapi kalau salah bukak tersembam terpenyek atas lantai, ada tahi cicak pulak tu, kau nak pakai lagi? Haha. Tak tahu la faktor patah itu atas sebab suhu global ke apa ke.
Tekstur dia dry gila and berus tu tak membantu langsung walaupun dalam keadaan muka yang ada moisturiser. Bila guna berus dia rasa gatal kat muka sebab bulu dia kasar or tajam aku tak tahu, tak smooth. So kena apply guna tangan,
Tapi aku ni jenis kalau dah beli akan guna sampai habis. Tapi lepas ni memang tak beli dah leee. Nasib baik pakai apa pun cantik. Eh? Hahaha. K bye.
Hahaha.. Confirm mengelak beli brand ni lepas ni. Personally aku suka foundation Bourjois Paris Healty Mix sebab ringan dan coverage cantik. Tapi kena pakai ngan beauty blender. Kalau guna jari je nampak berbelak. Sayangnya packaging dia dalam botol kaca. Sangat tak convenient. So aku berpatah balik ke BB cream. Tapi muka still kelabu asap pakai apa pun. duh
ReplyDeleteAku kalau pakai BB Cream berbelak. Beauty blender can help eh? Thank you bagitau haha. Catrice tu pun botol kaca. Wuwuwuww
DeleteOmg tak bestnya kalau foundation texture dia dry. Nanti mesti jadi cakey.
ReplyDeleteTu la. Kena pakai time muka lembab.
DeleteBerus dia kena cuci dulu kot (walaupun by right boleh je terus guna mcm kabuki brush). basuh sikit ngn soflan bagi lembut (tips kita baca)
ReplyDeleteaduh banyak pulak kerjanya. takpelah, tak rajin haha
Delete