”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/22/2019

Nikah. Alhamdulillah.

Alhamdulillah aku dah selamat diijab kabulkan pada 19/10/19 hari tu. Actually tak plan pun nak buat nikah hari lain, kenduri hari lain. Sekali terpaksa sebab ada urusan dekat negara luar. Ehehehe.

Lepas bincang dengan family, kitorang decide nikah dekat KL je sebab aku takde masa nak uruskan dokumen kat Perak. Memula nak ada mak ayah kami je time nikah, sebab nak jimat haha. Sekali entah macam mana terjadi pulak kenduri kecil, jemputan dalam 70 orang jugak la. Haha. Lain rancang lain jadinya. Takpelah, rezeki bagi orang makan.

Aku nikah dekat Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju. Lepas apply online untuk nikah aku pergi jumpa Kadi kat sana nak sign borang. Ayah aku dah sign borang kat Perak depan kadi sana. So bila dua2 pihak pengantin dah dapat kebenaran, aku pergi daftar dekat JAWI. HIV test semua dah setel time ni. Aku test HIV dekat Klinik Kesihatan Dato' Keramat, kena call dulu untuk booking. Ambil darah kejap je, tunggu sign doctor yang lama. 😴

Untuk nikah ni aku memang prepare ala kadar je sebab benda luar jangka. Bagusnya masjid ni dia ada sediakan ruang untuk akad nikah yang siap ada pelamin. Tak payah bayar. And kalau nak buat jamuan just bayar duit meja and kerusi. 1 meja 10 kerusi RM30. Lepas tu bayar cleaner seikhlasnya. Tapi hari tu aku nikah dalam masjid sebab ada 3 pasangan. Nak bergambar boleh dekat pelamin tu tapi aku tak pergi pun, malas hahaha. 

Catering kena ambil panel masjid, nanti orang masjid bagi list. Aku ambil pakej makan pagi RM10/kepala untuk 70 orang. Total aku habis bab makan ni dalam RM1k. Menu: nasi lemak, air tea panas, air sirap sejuk, kuih koci, karipap and dia bagi free bubur kacang merah. Makanan dia sedap la, tapi banyak jugak lebih so ramai bungkus. Mak aku memang siap2 bawak plastik. Advance my mother haha. 

Baju aku pinjam adik aku punya baju hahaha. Time tu aku memang takde masa nak fikir, sebok dengan kerja pun 1 hal. Veil and kasut aku pakai yang sama time nak pakai untuk reception. No make up, memang aku siap macam nak pergi ofis je haha. Nikah ni memang family and best friends je yang aku jemput.

Photographer apa pun takde. Buat apa photorgrapher kalau dah ada handphone yang setanding dslr? Eh riakkk pulak haha.

Hantaran? Pun non hadoooo. Tak penting pun benda2 tu bagi aku. Alhamdulillah family aku okay bab ni.

Isnin sebelum aku nikah orang masjid call aku nak buat confirmation and nak bagitau sesuatu. Debor weh, dah kenapa? Ada masalah lagi ke? Dia cakap 'bukan tak boleh nikah, nikah tetap nikah tapi kami awalkan sikit ye sebab Kadi nak pergi Hari Sukan Negara.' HAHAHAHA Boleh takk wehh camtuu? Hahahaha Bagus Kadi ni mengamalkan hidup sihat. Aku bagitau jemputan waktu diawalkan atas sebab yang demikian, semua gelak weh haha. Aduiii.

Alhamdulilahh semuanya dah selamat. Aku memang tak cuti langsung, siap Isnin tu aku kena kerja sampai malam. Semua orang yang macam woiii kau kejee? Hahaha Sabar2, aku cuti panjang kemudian2 hehe. Sampai sekarang aku tak percaya aku dah kahwin. Kehidupan berjalan seperti sebelum kahwin. Harap smooth sailing till our final destination. Mohon doakan keberkatan perkahwinan aku dan suami. Ameen. 

20 comments:

  1. Anonymous10/23/2019

    Alhamdulillah, Tahniah Nad.. semoga berkekalan selama2nya, Nad teruskn memblog tau jugak selama2nya :)

    ReplyDelete
  2. Anonymous10/24/2019

    Tahniah Nadia. walaupun akak tak kenal awak in reality, tapi akak kenal awak melalui blog ni. suka baca tulisan awak. keep writing tau walau dah kahwin.
    Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke syurga dan sentiasa dalam rahmat Allah.
    Doakan juga akak bertemu jodoh yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe InshaAllah. Ameen3. Thank you :)

      Delete
  3. Halamakkk...lama tak singgah sini, tahu2 kau dah nikah eh. Tahniah2... semoga perkahwinan kau dan pasangan diberkati dan berkekalan till jannah. Hehe.. gila apa keje baru nikah, kalau aku takleh buat keje betul2 agaknya duduk kat situasi kau ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thamk you Bro. Aameen.

      Haha aku cuti kemudian nanti, dah ada plan :D

      Delete
  4. Tahniah Nad, selamat pengantin baru. Ambuih bizi bebeno penanti ni.. kah kah kah..

    ReplyDelete
  5. tahniah sis . simple tapi berkat tu yang penting . My wishlist pun nak buat sesimple yang boleh time kawen nanti . Asal sah dan di di berkati . Selamat pengantin baru , semoga kekal bahagia :) Salam kenal dari saya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank youuuuu. InshaAllah. Ameen. Salam kenal :)

      Delete
  6. Tahniah. Semoga bahagia bersama pasangan hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  7. MOHD FADZIL11/02/2019

    Tahniah nadia..selamat pengantin baru... happy honeymoon too with ur husband 💐💐💐

    ReplyDelete
  8. advance btul! bila resepsi? nak pergi boleh?haha

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum n hai.... Sya pon bakal bernikah kat masjid usamah bln 4 tahin dpn.. Mmg masjid ni kne sewa ke dewan dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dewan tu kalau nak guna untuk makan2 boleh sewa, tak wajib pun.

      Delete
  10. Assalamualaikum cik nadia. i've encounter ur blog thru google search. hikhik. sebenarnya sy nk tnya pasal prosedur awk buat dgn pihak masjid usamah zaid. memang isi form nikah dulu bru bgtau pihak masjid eh? sy risau if da isi form suddenly tok kadi xde. muhaha. sorry pjg pulak soalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Aah kena isi form nikah dulu, dah dapat kebenaran kahwin baru boleh book tok kadi. Awak baca my newer post after this, saya ada cerita sikit2 prosedure dia.

      Haha mustahil tok kadi takde. satu masjid bukan sorang tok kadi and they're available till night sebab kita bayar dorang nanti. kalau penuh pun awak maybe just kena adjust masa je sikit.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!